Foooo kanan, fooooh kiri,
rasa nak pengsan dulu!!!
Panjang betul soklan subjektif si fatt ni.
Udah le ako kurang gemor sungguh nak jawab soklan karangan ni.

iskkk tapi memandangkan orang dah TAG kita,
lagi-lagi pakar traveler ni, maka ako dengan rasa rendah diri cuba-cuba juga la ye menjawab soklan-soklan kat bawah ni!

tetiba kepala rasa berat......memory hardisk ako macam TERjamm....

Bismillahirrahmanirrahim

Part I

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas

Nama ako, retna. 
R.E.T.N.A :)
Tapi dikalangan blogger atau forumner ako guna nickname 'anakomak'. Ntah mana ako dapat, ako pun dah tak ingat. Tapi tang nama RETNA tu memang nama betul la dalam surat beranak. Yang kowang slalu sebut "AKO" .. "AKO" tu erkk ako pun tak pasti nape. Tapi maybe sebab initial nama dalam blog ako letak 'AKO@retna' la kan.. hahahaa...  Ekceli AKO tu makna nya AKU. Saja ako ubah U jadi O. Sentimental value arr sket, kan ;-) Tapi tak kisah la, apa nama pun kowang nak panggil, janji ako paham.


2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?

Dunia travel? Ermm ako rasa dah lama kot. Sejak zaman jahiliah lagi. erkk maksud ako sejak zaman ako lom akil baligh lagi. Itupun sebab mak bapak ako yang bawa la kan. Klu dah nama pun lom akil baligh, konpom la ako pun x reti nak travel sendiri. Kira tolak campur darab bahagi sumer lebih kurang sekitar awal tahun 80-an la gitu.


3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?

Erkk..... rasa nya tourist je kot.. Belum sampai lagi masa nak jadi traveller macam u all :p

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency

Tour agency!!
Hahaha sebab tu ako jawab soklan b4 ni, ako sekadar tourist saja lorrr ;-)
Tapi ada juga yang ako memandai sendiri. Agak-agak juga la, klu tempat tu ako rasa leh teroka sendiri, maka sendirian berhad la ako ke sana. Klu ako rasa malas nak bersusah payah, maka khidmat Travel agency sangat-sangat diperlukan.

5. Siapakah travel partner anda?

Slalu nya family ako la. Ako slalu travel ngan parents ako. Coz arwah abah memang kaki jalan. Tambah plak, adik beradik yang lain sumer dah kawen, so tinggal ako sorang je yang solo, maka senang la pape ako hangkut parents ako je. Pas derang dah takde, ako kerap travel ngan kengkawan tapi x de specific member. Mana yang free, asal boleh je la. 


Part II

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?

Sekitar awal tahun 80-an.  

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini

Ini dalam negara ke luar negara ek?
Klu luar negara takde la banyak sangat. Cuma pernah sampai ke :-
  • Jakarta, Bandung, Jogja, Batam (Indon)
  • Hong Kong
  • Singapore
  • South Korea
  • Shenzhen (China)
  • Mekah, Madinah (Arab Saudi)
  • Jordon 

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut

Of course pernah!!
  • Langkawi & Kuching (klu bole tetiap tahun akan pegi, dah jadi macam tempat wajib pegi plak)
  • Singapore
  • Indonesia 

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa


Korea!
Sebab aritu pegi macam x puas. Dan ada tempat-tempat yang ako nak pegi tapi masa plak tak cukup. Tambah lagi, ako tak sempat TERjumpa pelakon hero kat sana. hahah macam la terjumpa kan..


10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
  • Jepun
  • Australia
  • Bali

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti

Bagi ako kenangan berjalan dalam bulan puasa paling manis arr dikenang. Slalu orang takkan berjalan bercuti ke sana sini dalam puasa. Penat kekdahnya, betul tak?! Tapi ako ngan cousin plan bercuti dalam bulan puasa. Penat?? Memang pun! Especiallay bila ko berjalan dalam cuaca yang panas terik, pastu tengok plak apek jual eskrem tepi jalan. Klu iman tak kuat, memang ako bukak je puasa time tu hhaha .. Alhamdulilah, dugaan berpanas terik, kami tempuhi dengan jayanya. Seronok jgk tengok diri sendiri cuba bertahan daripada TERbuka. Masa ni lah kita leh uji diri kita sama ada kuat atau tidak dengan ujian kecik dariNYA tu. 


12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti


Kat korea, derang bawa mandi kolam air panas. Masuk kat bilik persalinan ada banyak locker. Waktu nak tukar baju tu, tetiba ada sorang ahjuma ni lalu la kat sebelah. Mula tak perasan sangat pastu geng2 seangkatan dok sok sek so tertarik plak nak dengar. Ghope nya derang dok mengata dan terkejut tengok ahjuma tu dok jalan sana sini tanpa seurat benang pun kat badan. Aiyoo... 


Pas salin baju, kena masuk satu bilik air ni. Kira kena basahkan badan dl arr ngan air tu. Ada lah sekumpulan ahjuma dah ada kat dalam kolam air tu. Dok berbogel gak. Pastu dok tergelak-gelak tengok kitrg terkedu-kedu dan termalu-malu. Aisshh terus ako x jadi nak mandi weii.. Tak nak ako berbogel kat situ. Yang ahjushi nya plak, seb baek la ko pakai spender. Tapi berboyot2 juga anu kat depan tu.. hahhaa aiyyooooo hilang pahala ako kejap. 


13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?


TAK!! hahaha sebab ako ni jenis memilih sket makanan.
Cuma klu terdesak, ako telan je la.


14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya


Erkk takde, camne ek? 

Cuma sebab aritu gi korea kan, femes ngan kimchi. So tergedik juga la nak mencuba.
Untuk kimci yg fresh baru dibuat on da spot, ok la masih boleh ditelan.
Tapi bila makan kimchi yang dah diperam lama, erkk langsung tak boleh. Maybe sebab ako kurang gemor sket makanan yang masam-masam ni.

First time makan kimchi sotong yang fresh. Sedap!!


Part III

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

BEG TROLI!!!
hehehe... siyes memang takde beg backpack pun. Nak redah masuk hutan pun masih nak tarik troli. hahha tapi penipu la kan, takkan masuk hutan nak hangkut troli jugak. Cuma ako akan bawa beg galas belakang je la. Yang macam beg skolah tu. 


16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan

Beg ni ako TERbeli kat Hong Kong tahun lepas. Itu pun sebab beg troli yang ako bawa masa tu dah rosak. So nak tak nak TERpaksa la juga membeli yang baru. So, far klu jalan jejauh je guna beg ni. Sebab keluasan nya, bleh sumbat sumer sekali. Senang!

Yang ni plak kecik sket dari beg kat atas. Dah lama dah.. Klu travel domestik or jangka waktu tak lama, ako bawa beg ni je.. Keluasan nya sederhana. 

Ako pun macam Na jugak. Prefer bawa beg tarik-tarik je. 

Yang ni sampingan je pun. Beg tambahan. Mana tahu slalu orang kata, pegi satu beg, balik musti berbeg-beg. So daripada kena beli beg baik la ready sesiap. Dan klu ako travel 2h1m pun ako akan hangkut beg yang ni je.


17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
  • henpon
  • kamera
  • laptop

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
  • selipar
  • kunci kete
  • sun block

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)


Online facebook. Nak update blog panjang-panjang tu takde la cuma klu TERada masa, update mana2 yang patut je. Amek gambar tu memang WAJIB la kan. Rugi la klu gi satu2 tempat tak snappy-snappy. Gambar leh jadi kenangan. Tapi tu lah dulu2 mana de digital kamera. Sumer masih pakai filem lagi. So, tak banyak dah gambar lelama dalam simpanan ako.



20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?


Suka bergambar. Dari situ kita leh tgk perbezaan gambar kita dulu dan sekarang. Dah membesar atau dah mengecut. Dari muda dah makin matang. Pastu leh arr kutuk mengutuk atau puji memuji gambar sendiri.. :p



21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah



Suka pic ni sebab feel ala-ala winter sonata gitu....


22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?


Jawapan standard, opkos arr fridge magnet & t-shirt! heheh paling senang dan mudah nak dapat.



23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?


Yup semestinya keutamaan pada family dulu ar.. Then baru kengkawan. Itupun tak sumer orang la kan. Klu nak beli tuk sumer, mahu bengkok kewangan ako. ;p



24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?


Keychain!! Paling simple la kan. 
Takpun pen. 



Part IV

25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)


Jordon - ermmm klu kowang tengok gambar kat atas tu, sure bleh agak camne keadaan kat sana. Derang masih kekalkan bangunan-bangunan batu berbentuk 4 segi. Memang sana sini batu-batu dan pasir je. Cuaca agak panas. Sehari dua bole la kot klu nak melepak tapi bagi ako x sanggup nak ada kat sana lelama. Boleh bankrup ako sebab derang meggunakan matawang pound untuk berurusniaga.

Korea - suka tengok negara derang yang sentiasa bersih. Especially derang punya tandas awam. Memang respek kebersihannya. Walau orang sentiasa kuar masuk toilet tapi takde satu pun yang bau hancing atau kotor. Plak tu derang tak pakai air kat dalam jamban tapi tetap bersih. Cuba klu kat msia, ermmm bau masuk  tandas je dah ada satu bau hapak, ngan bau rokok nya lagi. iskk.... 

Singapore - satu satu nya tempat yang ako pegi yang ako akan naik public transport dia. Mudah dan senang nak ke mana-mana. Even naik bas awam pun tak payah nak berebut-rebut. Dan satu yang pasti, pemandu kat sana sangat-sangat menghormati pengguna jalan kaki. Derang akan bagi keutamaan penjalan kaki untuk melintas dahulu. Klu kat msia ni, walau ada zebra crossing, selagi bole lalu, takde nya ko nak pedulik orang yang berjalan kaki. Lagi ko nak tekan pedal nak lepas kan diri ada lah.



26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel

Saya berangan mahu dapat suami yang kaki travel dan klu dapat, nak gather-gather travel sesama suatu hari nanti. Ala macam si biqque ngan Na.. Ahkak jeles tengok derang bertravel sana sini berdua. Sooo romantik gitu!! auw
ww:p

Soalan Bonus :


Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)



Alamaakkkk konpom la takde. Passport lelama ntah mana ntah (ke pihak imigresen amek balik ek? ako pun dah lupa) ... Passport yang baru buat masa ni , masih kurang stamp. So takde la yang menarik nak dikongsikan.

Fuh... berjaya jugak ako jawab soklan 'SPM' si fatt ni...
Walau tak sehebat mereka, jadi la kan. Asal terjawab juga sumer soklan-soklan kat atas tuh. ;)
Harap-harap para 'guru' yang bagi markah tu nanti takde la letak kosong ek tuk paper ako ni.. hahaha... Pape pun, puas hati!!

Nota Jemari: sekali sekala berkongsi cerita