Followers

Wednesday, December 7, 2011

Family Trip 2011

Yuuuhuuu I'm back!!
Terasa lama nya x memekak kat sini kan..
Tengok, msjbox kat tepi pun dah expired!
Hahah Jun oo Jun, nak renew berapa ek? :p

Kejap je dah ujung tahun 2011 kan.
Konpom dah masuk musim cuti-cuti.
Ako pun nak coti-coti juga.
So, bila mood cuti sudah mari, memang konpom la malas nak hapdet or blogwalking sana sini.

Ekceli plan nak g cameron ni cam tetiba je la.
Kebetulan dapat plak booking resort bnm kat sana, so apa lagi memang rezeki la nama nya tu.
Konon nya nak pegi ramai-ramai (adik badik ako je la pun) tapi end up yg dapat join, ako ngan family ABIN je. Jadi la kan daripada takde langsung.

Family trip 2011, ke Cameron Highlands la kita tanggal 3-5 Dis.
Perjalanan yang agak lama, hampir 5 jam.
Biasa la kan, klu dah berjalan bawa budak kecik, konpom la nak benti2 dan cara pemanduan kena la slow n steady. Walau bukan ako yang drive, tapi sebagai penumpang di seat belakang, kebas juga la montot dibuatnya!!

Perhatian!!
Klu nak ke cameron, sila make sure korang sampai ke sana before jam 5 petang. Alamat nya klu terlebih masa, kowang akan terasa TENSION akibat terpaksa bertarung dengan jam sepanjang jalan gara-gara pasal malam brinchang!!

Last, ako ke situ sekitar tahun 2007.
Masa tu bercoti ngan arwah MAK n adik beradik gak.
Ermm banyak gak perubahan kat sana.
Pasar malam brinchang pun dah besar.
Banyak dah kedai-kedai baru.
Even kedai yg ako pernah datang dulu tu pun dah berubah wajah.
Bagus la tu kan, so takde la orang kata asyik sama je.

Cuma dari dulu sampai sekarang, ako masih belom berkesempatan nak masuk Tunnel Museum ni.
Saja la ako cari review pasal cameron aritu. So, tempat ni cam salah satu tempat wajib masuk la klu dah ada kat sana. Aisshhhh.. memang kena datang lagi arr pasni. 

"awak oo awak, nak ikot kita g cameron tak?" :p

Disini kami menginap sepanjang 3h2m.
Cuaca adalah sejuk tapi masih di tahap yang boleh bertahan 'beku'.
Dengan heater toilet nya rosak, dengan pemanas badan yang 'hilang', memang nasib tidak menyebelahi kami minggu itu. Harap-harap cepat la pihak JHP baiki pape yang patut ek!!

Oh ye, segala kerosakkan adalah di unit 131.

Kenapa ako macam baru pasan ada spa ek kat situ???????
Nak juga try tapi bila ako tinjau, erkkk nampak kolam mandi kat luar, terus simpan aje la niat tu ek.
Gilo apo nak mandi sejuk2 kat luar dengan cuaca yang sebegitu?!!!

Ke ke.. kolam tu sebagai deko je??? Erkkk..... ok abaikan!!

Strictly for children!!!

Children yang beso gedabak je la sesuai nak main.
Ater permainan kat situ x sesuai langsung untuk budak-budak di bawah 6 tahun tanpa pengawasan orang yang lebih tua.


Aktiviti ako dan dia memang tak banyak.
Mostly hanya melepak kat dalam bilik je. hehehe...
Cuma sempat ke pasar cameron & pasar malam sahaja.
Dan gi petik stroberi & tengok cactus atau bunga2 memang kirim salam saja la ye.
Berjalan dengan anak kecik yang masih belum ada 'kaki' memang agak leceh sket ;p

Cuma on da way balik KL, sempat la singgah di Tea House Bharat Plantation.
Ikot kan hati nak pegi ladang Teh BOH tapi apakan daya hari Senin, derang tutup kedai la plak.

Sebagai kenangan.
Jejak juga kat ladang teh.

Pemandangan yang mengHIJAU.
Budak hijau ni, musti suka !! heheh

Konon nak menikmati secawan teh dan scone di tepi ladang tapi terlupa plak nak snappy scone yang x berapa nak sedap itu.

Kata nya teh tarik float antara menu wajib cuba.
So, ako order la. RM5.50 segelas.
Huh.... baik ko buat sendiri teh tarik pastu ko letak je aiskrim vanilla atas tu.

Scone takde gambar, harga nya RM12 satu set.
Ada 2 biji scone yang besar juga la.
Ada butter, jem strobery dan juga whipped cream.
ermm bole la tapi still x leh lawan scone kat Delicious.

Yang ni pun menu wajib cuba. 
Milky Lava nama nya.
Rasa, ala-ala ko minum ABC.
Susu lebih campur cincau. 
Sedap juga la cuma x puas, bayar RM8 tapi sekali hirup dah abesh.. huhu..
Klu nak cuba, apa salah nya kan ;-)

Orang suggest, cuba scone & teh di ladang TEH BOH.
Sambil menikmati panaroma yang indah!!
Arrghhhh konpom memang kena datang lagi!!

Nota Jemari: tunggu holiday ujung tahun plak...

11 comments:

bdk2 @ John said...

huhuhu..ntah bila laaa aku nk jejak kaki kat cameron ni. still sejuk x AKO?

Biqque said...

dulu gi rasa cam nak tampar2 je muka sebab tak sejuk hahaha! sejuk lagi genting kot...

i gi skali jer, patu dah, thats it! :D

AdanyaKauUntukku said...

nak pegi nak pegi..sob sob......
rindu kat ladang bohhh yang menghijauuuuu..

eh ret..
kalau dari apartment kite tu
(heheh apartment kite tau)
boleh nampak kalau org tengah berurut kat bawah tu ok....

skodengggggg

AKO @ retna said...

John,
Sejuk tak sejuk laa... rasanya sejuk lagi genting ;-)

Biqque,
hhaha xpe atlis dah merasa pegi kan ;-)

Ila,
ye ker?? aiyooo seb baek x gatai2 g spa tu hahahaha

cikyatz said...

wah bestnya bercuti..syok ea g sane.??kita masih lum sampai..huhu..

AKO @ retna said...

cikyatz,
ermm ekceli biasa je hehehe tapi FUN klu gi ngan ramai2 ;-)

Ely Hasrul said...

uitt lama tunggu entry tauuu!!! dok tpk mana ako pg hahahha beshnye g cameron, besh sbb nmpak sayur fresh tp xbleh nk bwk blk sbb beli byk2 tp xmasak ahhaha


err xtau plak psl time tunnel museum tuh.. penah pg sekalik bwk sami pre-holiday. patu pg sekalik lagik sekadar singgah bwk sami main kt playgorund (boleh?) hahaha dari bukit merah otw blk Kl bleh masuk singgah cameron, sami main2 kt playground patu blk ahhahaha ngarut tul..

AKO @ retna said...

Ely,
hahaha ekceli xde idea nak hapdet apa, tu yg cam sepi je kat sini.

Cameron tu, klu org suka soping barang sayur/buah/bunga, ok la kot gi situ.

ala dah otw dari utara mmg ok je singgah kejap cameron tu kan... ;) nak feel2 sejuk ahha

ch@ said...

kita teringinnn sangat nak pergi cameron, skrg ni kena tunggu Aie besar sikitla nampaknya dan kena request awal2. tengok gmbr kakRet ni, rasa sejuk pula kt sini. ahahhaa. ye saya la budak hijau tu eh. kekeke. cantik.

hanie said...

tpi jalan nak naik ke ladang teh Boh tu..skeriiiiii... ~~

AKO @ retna said...

ch@,
hehehe xpe tgu aie dah besar br leh jalan2.. klu g skrg x best coz leceh bawa bdk2 kecik ni..

hanie,
ye ke jalan ke ladang BOH skeri ek? erkk.. gurlpp