psstt.. pssttt ingat tak lagi pasal contest Photo Challenge masa ghaye aritu?
Result nya ako dapat tempat ke-2.
Hepiiiii sesangat!!!
Hadiah adalah pilih antara dua, ke Bukit Merah ataupun Indoor genting.
Ok, ako malas nak gi jejauh nun so ako pilih hadiah nya tiket masuk ke indoor genting.
BEst!!!! Tengkiu pihak penganjur Photo Challenge!!

Sebabkan pihak penganjur yang tolong belikan tiket atas nama beliau, maka urusan pengambilan tiket banyaklah songeh nya. Macam-macam plak yang pihak genting soh sediakan.
~surat pengesahan
~tiket online
~photostat ic/kt kad pembeli

Dan dek sebab itu, x pasal-pasal ako terpaksa buat temujanji memalam buta dengan si tukang beli iaitu chawanNA.

"psstt NA, ermmm derang x tengok pun surat tu sumer!!! Macam siot je kan!!!"

Tapi ada bagus nya, klu tak dek kerna syarat2 si genting tu, sampai ke sudah ako xkan bersua muka ngan si NA tu. Kecik molek je owang nya ye. hahha... "Nice meeting u, NA!!" *wink*

Ako gi ngan dia. Excited bukan main lagi.
Awal pagi dah siap.
Plan asal nak naik bas je dari Terminal Putra tu, since budak ni excited nak naik bas ekspres kata nya.
Tapi plan bertukar, bila bas yang dinanti akan muncul tepat jam 12 tengahari.
Erkk.... x koser ako nak menunggu sampai jam sebegitu lantas amek keputusan, drive aje lor sampai ke stesen cable car.

Tengok la tu!!
Pandai berlakon ye...
Tido ke takot tu ABIN oiii??!!!

Ala abin saja berlakon tadi tu kan.
Ha tengok, mana de abin takot. Hepi je tau!!!
Iskkk anak jantan mana leh takot-takot kan, abin ;-)

Kitorang sampai kat atas nun lebih kurang jam 930 pagi.
Kabus tebal. 
Angin bertiop kencang.
Sejukkkk.....!!

Memula kita naik sampan ni.
Erkk sampan ke?
Klu ikot kata sentipiknya, "Venice Gondola".
Feeling ala-ala kat Paris.
Ermm, ye ker?

Sian pakcik kat belakang tu kayuh sampan tuk kita berdua je kan, ABIN!!
Memang tak ramai owang. Tu yang sonok pegi awal pagi ni.
Tak yah nak beratur pepanjang n tak yah nak berebut-rebut.

Aiskrim!
Aiskrim!
Sape mau beli, saya ada jual aiskrim!

"Ride de Paris!"

Apasal la nama sumer ala-ala kat paris kan?
Cuba la letak, "ride in KCC" ke, baru la feel2 kat Msia gitu.
Kata Genting ni kat Malaysia kan ;-) ?!!

Main "Carousel"..
Kuda-kuda tu agak licin so make sure klu anak kowang mmg kecik,
maka kowang pun kena la main sekali la yek!

Pastu kitorang naik "Reindeer Cruiser".
Ekceli ako yang naik sesangat. hahahaa...
Ye la, slalu klu gi indoor ni, mana pernah nya nak naik sumer mainan tu.
So, bila bawa budak kecik ni la peluang nak jelajah sumer game yang ako caya kowang pun x hingin nak naik hahaha....

Menan ni cam gayat sket ar....
sebab dia punya rel betul2 kat tengah dan kita umpama duduk kat luar rel cam tergantung gitu.
Especially, masa nak belok membelok. Seriau jgk la. So, klu kowang gayat, x yah la gedik2 nak naik.

Ni lagi satu, "Rio Float".
Konpom memang sesuai untuk game family yang ada anak-anak kecik.

Pastu, abin ajak naik "Mini Train".
Errkk............. pusing pusing ntah bape kali, sampai ako naik muntah dibuatnya.
Hahahaha...

"Monorail"!
Lagi arr....... fengsan!!
Ala yang ulat bulu tren yang jalan cam semput je tuh.
Nak naik punya la beratur panjang.
Sampai ABIN pun dah mengamuk sebab lambat sangat dapat naik.

Masa dah dapat naik monorel ni, ako terperasan yang cover lense kamera sudah hilang.
Gurlppp!! Masa ni terus cam nak marah kat abin coz b4 tu mmg dia ada main ngan kamera.
Mood terus down. Tambah plak tu dengan tren yang slow cam jalan x jalan, lagi arr hangin je satu badan!!
Jauh bebenor dia pusing. 

Pastu turun saja dari tren tu, terus ako gi cari kat tempat menunggu tadi.
Alhamdulilah, seb baek x hilang.
Terjatuh bawah tempat duduk n seb baek xde yang TERpijak.
phewww, lega!!

Mood, senyum kembali!

Dah 12 tengahari.
Ako dah kebulur dah time tu.
Si ABIN dok sibuk nak main lagi.
Ako dok pujuk soh makan dulu, dia dah start meraung kat situ.

"nak main! nak main!"

Adoiyaaaiii.....
Sudahnya ako layan seround, kasi dia main puas-puas.

Sekarang ni, game-game kat situ yang x termasuk dalam tiket indoor (cth game cam lam gambar atas), kita kena beli satu "easycard" nama nya. Min kena beli RM25. Pastu klu dah abesh, bole topup je.

Puas dah bagi chance dia main, terus ako paksa dia gi makan dulu.
Meraung lagi!!! 
Isskk.... kali ni takde chance chance lagi.
Ako tarik je masuk mcD n kasi 'upah' makan eskrem.
Ha, terus terdiam!
Tapi dalam diam diam tu alih alih dia cakap, "nanti kita main menan lagi ye" ..sambel jilat eskrem dia.
Erkk........??!!!

Dah makan, ako assume nak balik je.
Malas dah nak lepak-lepak situ.
Biasa la, on da way nak ke cable car, berderet-deret tempat main game.
Apa lagi, terus arr dia 'tuntut' kat ako nak main game.
Siap tarik-tarik tangan soh masuk situ.

Malas nak bising2, ako masuk juga la.
Kali ni x beli kad. Oh ye, klu kowang dah x nak main, easycard tu boleh pulangkan balik, dan klu ada balance, derang akan pulangkan baki.

Last sekali, masa tu dah jam 3 petang.
Ako dah penat!
Errkk ako yang DAH PENAT ahhaa...
ako tipu ABIN, ako ajak dia main 'cable car'.

SAmapi je kat cable car, terus dia melalak.
Dia cakap "nak main 'kebel car! nak main kebel car!"

"Kita nak naik cable car la ni!!"

Erkk.... dia ingat ako ajak main game kete.
Sampai dah naik cable car, dok bising2 lagi.
terpaksa ako pujuk, cakap "jap lagi kita naik CAR!!"

Adehh..... sampai je kat kete, terus x moh masuk.
hahahaa..... adehh susah betul nak 'tipu' budak kecik kan.
Dari genting ke kolumpo melalak dalam kete dan terus tertido kepenatan.
Sian dia! Tapi tatap puas!

ps: Sampai je rumah, dia terjaga terus teringat, "nak men kebel car!!" adoiyaaii hahaha

Nota Jemari: Puas bersokaria bersama ABIN...