Followers

Monday, December 12, 2011

Filem: Datin Ghairah

Eh check website TGV tadi.
Konon, konon je la nak tengok show untuk filem Ombak Rindu.
Alih-alih terperasan show untuk filem ni.
Gurlpp....!

"wow abang Aaron, berlakon aksi ghairah plak ke?"

Ni ako copy sinopsis dia kat sini.

DATIN GHAIRIEYAH atau lebih dikenali sebagai DATIN GHAIRAH adalah balu kepada arwah DATO MAHFUZ seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. EMELIA dan EMELDA adalah hasil perkongsian hidupnya selama hamper 20 tahun bersama Dato Mahfuz. Walaupun hidup dalam serba kemewahan, meraka berdua amat lemah dalam pelajarannya terutamanya mata pelajaran matematik,ini membuatkan Datin Ghairieyah mengarahkan setiausaha kerjanya MELISSA mencari seorang guru yang boleh mengajar mata pelajaran matematik melalui internet dan iklan dalam akbar tempatan.
Selama hampir dua tahun status janda yang disandang oleh Datin Ghairieyah sedikit pun tidak melemahkan dirinya untuk meneruskan empayar perniagaan peninggalan arwah suaminya Dato Mahfuz,dia semakin ghairah untuk memperluaskan empayer perniagaan dengan bantuan CAPT.(R)LOQMAN seorang bekas pegawai TLDM yang berpengalaman serta mendapat sokongan daripada CIK MELISA sebagai setiausaha kerjanya,ENCIK FAIZAL dan ENCIK HAIRIE penyelia di syarikatnya.Kehidupan seharian Datin Ghairieyah dan anak-anaknya bertambah terjamin dengan adanya seorang pegawal peribadi yang bernama BADRI atau lebih dikenali sebagai BOB. SUFIAN seorang ahli perniagaan,dia juga merupakan rakan karib arwah DATO MAHFUZ.SUFIAN sedaya upaya cuba untuk memikat DATIN GHAIRIEYAH demi kepentingan perniagaannya.
Akhirnya hubungan antara DATIN GHAIRIEYAH dengan SUFIAN semakin intim.Perbuatan dan sikap sufian yang licik tidak sedikit pun menimbulkan curiga dihati DATIN GHAIRIEYAH walaupun hakikatnya CAPT.(R)LOQMAN mula rasa curiga,dia cuba untuk menasihati DATIN GHAIRIEYAH supaya berwaspada tetapi nasihat dan pandangannya tidak diambil peduli oleh DATIN GHAIRIEYAH. DERUS LEE terbaca satu iklan mencari guru matematik untuk mengajar anak-anak DATIN GHAIRIEYAH yang menjanjikan habuan yang sungguh lumayan.DERUS LEE segera pulang kerumah memberitahu kepada rakan serumahnya ZACK yang masih menganggur.DERUS LEE agak terkilan kerana ZACK menolak cadangannya itu dengan alasan ia tidak akan di terima kerana tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dipinta.
DERUS LEE mencadangkan supaya ZACK menyamar sebagai lelaki berumur supaya diterima oleh DATIN GHAIRIEYAH dan akhirnya ZACK bersetuju. Dalam Perjalanan ke rumah DATIN GHAIRIEYAH di Pulau Langkawi,ZACK dan DERUS LEE telah cuba menyelamatkan DATIN GHAIRIEYAH dari diculik dari kumpulan H1N1.DATIN GHAIRIEYAH agak terpegun apabila menatap wajah ZACK yang saling tak tumpah seperti arwah suaminya, DATO MAHFUZ.DATIN GHAIRIEYAH mememperkenalkan dirinya,DERUS LEE segera mengeluarkan keratan iklan dan memperkenalkan ZACK sebagai guru matematik yang dicari oleh Datin.Datin rasa terhutang budi,ZACK diterima sebagai guru matematik. Kehadiran ZACK yang menyamar sebagai lelaki berumur membuatkan datin sering teringatkan arwah suaminya,dia mula tertarik pada ZACK.Pada masa yang sama,EMELIA juga ada menyimpan perasaan pada ZACK kerana ketampanan wajah ZACK yang asal.Hubungan antara Datin dan SUFIAN mula renggang,Datin kini lebih menumpukan perhatian terhadap ZACK.Ini membuatkan SUFIAN berasa rancangannya untuk membolot harta dan perniagaan Datin tidak kesampaian.
Dia mula merancang untuk menculik Datin.Dalam satu majlis hari jadi EMELIA,DATIN GHAIRIEYAH telah diculik oleh konco-konco H1N1 yang diketuai oleh SUFIAN.SUFIAN meminta wang tebusan sejumlah US100 juta kepada CAPT.(R) LOQMAN bagi membebaskan DATIN GHAIRIEYAH. ZACK,DERUS LEE dan pasukan Polis Diraja Malaysia telah berjaya membebaskan DATIN GHAIRIEYAH. SUFIAN dan konco-konconya dapat diberkas. Akhirnya ZACK terpaksa menjelaskan kedudukannya bahawa dia adalah seorang pegawai Polis cawangan siasatan jenayah Interpol yang sedang memburu SUFIAN yang mengetuai sendikit yang mengedar dadah dan senjata api yang terkenal di asia. SUFIAN gagal mempengaruhi DATO MAHFUZ kira-kira dua tahun lalu dan SUFIAN merancang untuk membunuh DATO MAHFUZ dengan meletupkan bot mewah, ini membuatkan pihak Polis tidak mengesyaki dia membunuh DATO MAHFUZ. SUFIAN mula mensasarkan Datin sebagai batu loncatannya.
Dia mula memperdaya FAIZAL dan HAIRIE bagi memenuhi cita-citanya,ternyata tindakannya berhasil. ZACK memberitahu Datin,dia sangat berterima kasih kepada seseorang yang telah memberikan segala maklumat tentang kegiatan SUFIAN. Orang tersebut adalah DATO MAHFUZ lalu ZACK menunjukkan arah seorang lelaki yang sedang berdiri dan itulah DATO MAHFUZ yang masih lagi hidup. Datin amat terkejut,dia segera berlari dan memeluk suaminya tersayang. Akhirnya DATIN GHAIRIEYAH sangat-sangat terhutang nyawa dan budi kepada ZACK yang telah menyelamatkan diri dan keluarganya dari terjebak di dalam sendikit penyeludupan. Dia dan anaknya EMELIA terpaksa akur dengan apa yang telah berlaku walaupun hati mereka terlalu sayang kepada ZACK namun terpaksa juga merelakan pemergian DSP ZAMREE (ZACK) menjalankan tugasnya demi negara Malaysia tercinta


Nota Jemari: ..bila nak tengok ombak rindu ni??!!!

14 comments:

fatt said...

datin ghairah? cerita sampah apa pulak ni? tajuk cam gam****! camni ke cerita malaysia wajah malaysia??? puiii!

AKO @ retna said...

hehehe no komen la kan :p

Ely Hasrul said...

besh ke Ako? kalu ko tgk sila buat review ye.. aku memula tau tajuk cite nih xtau nk react cemana.. ropenye nama dia Ghairiah hahahhaha

pasnih harap ade cite tajuk datuk gersang plak ek..

AdanyaKauUntukku said...

aaron aziz gak...
wahhhhhhhhhhhhhh

AKO @ retna said...

Ely,
idok le tahu best ke idok... ater x nyempat nak tengok wayang lagi nih...

Ila,
yup... hero la tuh :p

bdk2 @ John said...

hahaha...aku tgk banner tu mmg xkan pegi tgk! walaupun maria farida tu stok2 geli2. hehehe...

tp btol ckp fatt, nama tajuk filem mmg takleh blah! tp rupenye tu nama dia.....hahahaha

AKO @ retna said...

haahhha ako pun baru baca sinopsis, baru tau tajuk filem ada lah nama datin tu hahhaa

Ely Hasrul said...

Ret, tu kategori sinopsis ker? dh tau smpai kesudah citenye hahahhahahah..

AKO @ retna said...

ely,
hahaah.. ntah! ako men copy je :p

JHaZKiTaRo said...

mcm murahan gile je filem ni.. anyway, salam kenal.. kalau nak baca my experience travel ke 46 buah negara, sila2 la singgah my blog (Aku Sebutir Pasir).. :)

Biqque said...

jap aku nak gelak sebab ada bermacam2 benda kat entry ni termasuk komen hahahahaha!

AKO @ retna said...

Jhaz,
ye ye saya dah pernah masuk blog awak cuma x tinggal jejak je ;-)

biqque,
psstt apsal ko gelak? meh kongsi citer.. ako pun nk gelak sama gak ;p

Azira...Nozie...Kechik said...

hamboi..panjang nya sinopsis Datin..padahal nak nengok Ombak rindu..kehkehkeh

AKO @ retna said...

hhhahaah betul tu!! nak tgk filem lain, filem lain lak jadi sinopsis kan :p