,

JJCM: Las Vacas Mount Kiara

Aiyoooo baru pasan entry ni terdampar kesepian dalam draft.
Sebab ako pun takde entry baru kan, so jom la ako teruskan juga menghabiskan citer Jalan-jalan Cari Makan kami untuk tahun 2012.

Tanggal 15 Feb 2012.
Hari Rabu!! Selalu nya klu sesi JJCM bersama anakomak ni, kitorang prefer buat hari Jumaat sebab panjang sket waktu lunch nya tu kan. Tapi ntah tetiba hasrat si kecik tu nak melantak kat tempat ni. Dia yang suggest tempat dan dia juga yang rekomen makanan-makanan yang bersesuai untuk ditelan.

So, apa tunggu lagi. Aiyo kita tengok tempat pilihan kami kali ni.
Tempat dituju ke Las Vacas (bunyi macam ala-ala Las Vegas plak kan :-D) yang terletak di Mont Kiara.
Mont Kiara ni adalah salah satu branch derang. Kedai utama adalah di Kelana Jaya (berdekatan Wisma FAM).


Wah-wah excited sungguh adik-adik tu nak melantak. Haha... Lapar sungguh kekdah nya ye :p
Kowang tahu area Mont Kiara? Sila google ye hehehe.. ater nak stori mori kat sini pun, erkk cam x reti nak explain. Cuma yang pasti klu kowang tahu balai polis mont kiara, mont kiara plaza, ha dah dekat la tu. Betul-betul tepi jalan. Lebih senang lagi, ianya terletak kat area Coach bus Odyssey to Singapore.














Ako pinjam la kejap map dalam website odyssey tu. Ada juga terpampang kan Las Vacas dalam map tu. hehehe ..

Ok dah dah jom citer apa makanan yang kami pilih kat kedai tersebut.



Sebenarnya, kedai ini adalah sejenis kedai yang menjual pelbagai jenis daging mentah. So, pemilik kedai tu telak commercialkan kedai tersebut menjadi sebuah restoran. Takde la besar mana pun cawangan dia ni. Sebab kat dalam hanya terdapat beberapa buah meja dan kerusi sahaja, maka pilihan tempat untuk santapan kami waktu tengahari itu adalah di bahagian luar kedai.




Pelbagai jenis daging menjadi pilihan.
Pelbagai jenis bahagian lembu boleh dicuba.




Duduk di bahagian luar, memang terasa bahang nya bila ditambah dengan terik matahari di waktu tengahari.



Tapi senyuman 'segar' tetap menten di wajah masing-masing.



Sebab duduk di bawah payung berwarna merah, dah tak pasal-pasal sumer gambar makanan pun jadi kaler merah. ermm.....

Btw, ini adalah sejenis makanan yang diberi nama "Beef Wrap" yang berharga RM18. Klu mengikut menu, makanan ini terletak di dalam kategori "LasVacas Special".



Yang ini plak nama nya "Roasted Potato" berharga RM7.

Kowang pernah makan kentang rebus kat Cameron tak?
Ha lebih kurang la macam gitu cuma kentang kat cameron tu kaler pepel kan, yang ni plak kentang nya jenis yang australian potato (klu x silap) . Ranggup cuma sedikit tawar. So, ko tambah la blackpepper or garam atas meja tu sendiri ye.



Ha camni la ghope kentang tu. Lembut!
Klu makan ni je pun ghase nya dah kenyang sebab banyak juga portion nya tu.



Kami nak cuba menu burger plak.
Jadi, kami order "Beef Burger" & "Lamb Burger".
Masing-masing berharga RM17 (150gm) & RM19 (150gm).

Besar juga portion burger derang ni. Tapi klu kowang rasa memang kowang tengah kebulur, rasa nya makan sengsorang burger besar ni pun dah cukup kot ;-) Tapi sebab kitorang mengamalkan konsep sharing is caring, maka segala menu-menu yang kitorang ni order, memang kitorang share sama rata. So kira sumer orang dapat rasa setiap jenis makanan tersebut. Dan paling penting secara tak langsung bole berjimat juga ;-)



Side dishes, kowang bole la pilih menu "Salad" berharga RM11.
Ako mengaku salad ni memang banyak dan better la kowang kongsi.



"Beef Bruschetta" - RM10
Daging yang fresh.
Sedap!
Bagi kowang yang just nak rasa-rasa je, ako rekomen cuba je la makanan ni.
Simple tapi still bole menikmati rasa daging nya tu.

"Garlic Bread" - RM4, nampak cam biasa je kan tapi roti dia lembut dan sedap.
Ada rasa kelainan tapi tak reti nak explain. Mungkin bagi tekak ako la kot. 
Takut juga bila kowang cuba, rasa nya cam biasa-biasa je mengikut citarasa tekak kowang kan ;-)
Tapi tak salah klu mencuba kan *wink



Sebab harga makanan pun sudah melampaui budget masing-masing, so kitorang hanya mampu mengorder "warm water" yang berharga RM1 segelas (bapak mahal air suam dia....!!!!)

Dan sebab teringin nak membasahi tekak dengan "Coke", maka order la juga dua ketul tin coke yang berharga RM5.50 setin. (bak kata mereka, tak sah klu makan daging x minum ngan coke!! erkk tapi betul laaa.. rasa satu kePUASan gitu bila dapat minum!!)



Last but not least, wajib la bergambar depan kedai kan.
So, next JJCM, ke mana ye???


Bole klik tuk tengok list menu kat situ.

Mont Kiara (next to Baskin Robbins)

Operating Hours
Mondays (Closed)
Tues – Thurs= 10am – 10:30pm
Fri – Sun= 10am – 11pm
 
LG, Lot 1A, New Wing Mont Kiara Shoplex
Jalan Kiara, Mont Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
 
Tel: +603-62052258


Nota Jemari: nak cari kedai ikan plak laa...

Published with Blogger-droid v2.0.4
Share:

7 comments:

  1. sedapnyerrrrr! aritu i try menate steak, bleh tahan sedap. yg las vacas ni ingat nak gi gak, tapi sedap tak?

    ReplyDelete
  2. Sedap!! But coz i lom try menate steak so i x berani nk ckp sedap lelebuh ar hehe

    ReplyDelete
  3. I am drooling over the lovely food esp the roasted potatoes.

    ReplyDelete
  4. pg keje ke pg review tmpt makan? sedapnyeeeee

    ReplyDelete
  5. kalau nak pi lagi...bgtau ek...
    nak ikutttttttttttttttttt :D
    suka makan daging!

    ReplyDelete
  6. amboi kak ret..bleh jadi duta JJCM la pasni.hehe.

    kite penah tgk kedai ni dlm tv. chef selebriti anis beli daging kat situ..teringin jugak nak try..tapi xtaula bilenya..heh

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.