Saturday, January 21, 2012

JJCM: Duduk Cafe

Dah lama rasanya tak buat entry pasal makan!! Kebetulan aritu member sebelah ni ternampak kat blog sape ntah, ada mention yg derang melantak kat cafe ni, so kitrg pun gedik juga la nak mencubanya. Dan jumaat baru-baru ni kitrg telah berjaya meloloskan diri ke sana lunch hour aritu.


Jom, kali ni kita bersiaran ke satu lagi restoran di sekitar Solaris Dutamas. Sape yang tak tahu tempat tu, sila gunakan khidmat en google ye ;-)

Moh kita melantak ke Duduk Cafe.

Cafe yang kami pergi ni adalah salah satu cawangan mereka.
Pada kowang yang berada di sekitar Damansara Jaya, mereka juga baru saja melancarkan outlet baru kat area situ.  No 55 Jalan SS22/19, Damansara Jaya. Dekat dengan Atria Shopping Center.


Memula sampai depan kedai ni, terus tertarik nak duduk bersila.
Pastu end up kitorang x sanggup nak melantak bersila, so duduk aje la atas kerusi ye. haahha


Konsep dia simple je tapi still nice.
Kedainya memang nampak natural, sometime nampak macam kosong.
Maksud ako too simple sangat kot hahha.
KLu kowang jenis yang x memandang sangat deco, so kira bole la melantak di situ ;)

Ekceli lebih tertarik nak melantak kat kedai Mz Nina, terletak sebelah je ngan kedai tu tapi sebab dah set mind nak makan DUDUK CAFE, so kita cuba je la dulu kat sini k. Maybe next round, kita bleh try plak kat MzNina ye kengkawan ;-)


Menu kitorang pilih simple je pun.
Yang ini nama nya Nasi Goreng Ala Duduk. Harga nya RM6.50.
Nasi ni, ako x sempat nak rasa aritu so x bole nak explain kesedapan nya.
Tapi mengikut ghope yang dihidangkan, ako rasa ok la kot macam makan nasi goreng kampung la gitu kot hehe :p Pape pun nasi goreng ni klu makan panas-panas gerenti sedap punya.


Ini Nasi Lemak. Harganya RM3.50.
Ye ye memang menu biasa je pun kan.
Boleh dapat kat memana.

Tapi kalau ko tambah rendang ayam & ayam berempah sebagai menu tembahan di dalam nasi lemak, maka ko tambah la RM4.50 bagi setiap satu ye.


Cop!
Nasi lemak ni memang sedap, OK!!
Sambal dia memang ada ummphhhh!!
Memang ako rekomen kat korang tuk cuba.


Fish Burger ni plak harga nya RM15.
Boleh tambah topping macam cheese, telur, streaky beef & chicken, dan setiap tambahan topping berharga RM2.50 satu.

Roti dia bukan macam roti burger biasa tau.
Klu x silap dia bagi roti wholemeal tuh.
Sedap! Dan rekomen juga.

Ni ako cakap sedap-sedap ni mengikut citarasa anak tekak ako la ye.
Tapi klu kowang cuba dan rasa x sedap, so jangan salah kan ako. 
Ye la kan, citarasa tekak ako ngan tekak kowang, mana la nak sama kan ;-)

Kowang bole review menu dia kat sini k.


Tadaaaaa!!
Ni salah satu speciality menu derang.

Deja Vuu Cheese Cake Cravers. Wah nama tak agak-agak panjang kan..
Sedap juga! Kek eskrem. RM5 satu.


Dan ada 7 jenis perasa. So far yang ako dah try, Lemon Cheese Cake, Tiramisu, Chocolate Cheese & Strawberry Cheese. Semua nya sedap-sedap belaka. Enak hingga menjilat bibir... wwoopppssss :p

Klu kowang singgah terlalu kat depan kedai, cuba try rasa eskrem cake ni k ;)
Ako suka! Ako suka! Creamy nyummyy!!


Masa bila ntah kedai ni dah dipromosikan dalam rancangan JJCM TV3.
Ye la kan, ako ni kan lbh kurang sebulan lebih dah x ngadap tb.

Pape pun, selamat mencoba la ye kawan-kawan.
Ako sekadar berkongsi santapan, mana tahu kowang yang xde idea nak makan kat mana, boleh gak mencuba kat sini k ;)



Nota Jemari: alhamdulilah

Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 19, 2012

Answer & Get Lucky!

Weiii ako letak balik tajuk yang sama eh ngan entry ko :p

Yuuhuu kowang.. jom join Giveaway 'kakak comei' ni.
Dia tengah membaikpulih blog jualbeli dia kot ni?
heehe...

Ok meh kita jawab soklan-soklan giveaway dia ni. Mana tahu, untung-untung kowang antara yang bertuah nanti ;-)

1. What are the things you expected to see/get/buy at Moving Out sale?
(eg: books, toys, souvenirs, appliances, bags etc)

----->> ermm for me, ako suka tengok barangan COKE hehehe.. Memang ako tengah mencari pape je barang berkaitan dengan COKE. 


2. Whats the expected price range for the answer(s) above?
(eg: from RM1 - RM10)

------>>> Expected price of course arr below RM20. Tapi ako paham sebab barangan COKE ni macam terhad, so bawah RM50 pun still ok lagi ;-) What d'u expect harga cadar COKE dalam range RM10 kan? hehehe (klu ada let me know ya :p)
3. How many percents should go to Charity? give example on the products and prices
(eg: 10% on toys or 50% on clothes; pls give reasonable answers)

-----> Depends pada harga asal laa.. Klu RM50, 10% daripada tu kira ok la kan. Tapi klu harga dia rendah lagi, ermm 50% pun still ok lagi.

So, ok Puan Ely, saya sudah jawab ye :p
Sila amek perhatian hahaha..

Nota Jemari: Kowang yang lain, jom la jawab k ;-)

Bantuan lagi!!!


Ni ha, camne plak nak add DATE kat atas tajuk entry ye?
Jenuh dah ako google.
Dapat la cari tutorial nya kat sini tapi dah try n error tak menjadi plak.

Rasa nya apa ye yang tak lengkap code html template ni??
Anyone boleh tolong??

Thanks in advance.

Nota Jemari: ..last last pakai je header cam kat atas tu...

Wednesday, January 18, 2012

Minta bantuan!!!

Nak minta jasa baik kowang tolong bagi tau kat mana ako nak adjust gambar header ako ni kasi reduce sket kebesaran nya???!!!

Ako nak tengok html code, klu bole kowang bagi hint kat mana nak edit.
Code yang mana satu nak edit.
Pening dah ni dok belek kat edit html tu tak juga jumpa-jumpa!!!

Ke masa nak dload gambar tu, kena reduce size pic??
Standard berapa ye? Coz memula ako kecikkan size gmbar dia jadi mengecut sesangat..
Then ako amek size yang asal, besar gedabak plak yang kuar.
Alahaaii... maklum arrr i ni kan bab-bab html coding memang fail laaa..

Pada yang tahu, minta advice ye.
Thanks ;-)

Nota Jemari: tu arr malas nak tukar tapi buhsan laakk tengok plain je...huhu

Apa itu Flashmob???

Saja nak kongsi ngan kowang coz ada plak yang bertanya, apa itu flashmob??
Ekceli ako pun x tahu memula tu then ako try search dalam internet pastu ako dapat la info ni.
So, meh kita kongsi sesama k.

Flash mob (atau flashmob)[1] ialah sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika, kemudian bersurai.-wikipedia


Jom kita baca sejarah pasal Flash Mob ni yang ako dapat dari wikipedia.



One of the first flash mobs was created in Manhattan in May 2003, by Bill Wasik, senior editor of Harper's Magazine.[7][10] The first attempt was unsuccessful after the targeted retail store was tipped off about the plan for people to gather.[13] Wasik avoided such problems during the second flash mob, which occurred on June 3, 2003, at Macy's department store, by sending participants to preliminary staging areas – in four prearranged Manhattan bars – where they received further instructions about the ultimate event and location just before the event began.[14]
More than 130 people converged upon the ninth floor rug department of the store, gathering around an expensive rug. Anyone approached by a sales assistant was advised to say that the gatherers lived together in a warehouse on the outskirts of New York, that they were shopping for a "love rug", and that they made all their purchase decisions as a group.[15] Subsequently, 200 people flooded the lobby and mezzanine of theHyatt hotel in synchronized applause for about 15 seconds, and a shoe boutique in SoHo was invaded by participants pretending to be tourists on a bus trip.[10]
Wasik claimed that he created flash mobs as a social experiment designed to poke fun at hipsters and to highlight the cultural atmosphere ofconformity and of wanting to be an insider or part of "the next big thing".[10] The Vancouver Sun wrote, "It may have backfired on him ... [Wasik] may instead have ended up giving conformity a vehicle that allowed it to appear nonconforming."[16] In another interview he said "the mobs started as a kind of playful social experiment meant to encourage spontaneity and big gatherings to temporarily take over commercial and public areas simply to show that they could".[17]

Baca seterusnya, kowang leh klik kat sini .
Nota Jemari: ..."the mobs started as a kind of playful social experiment meant to encourage spontaneity and big gatherings to temporarily take over commercial and public areas simply to show that they could"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails