Kejap je dah nak balik.. hari keempat iaitu hari terakhir di Hatyai. Pagi tu kami sempat sarapan ke Dimsum Chabura. Memandangkan kakak ako tak join sarapan maka nya kami just book grab aje untuk ke tempat dim sum ni. Alhamdulilah memang mudah booking grab melalui apps yang sama kita guna masa kat Malaysia.


Memang dah plan kalau nak sarapan wajib sampai kat kedai sebelum jam 7 pagi. 
Rezeki pagi tu memang belum lagi ramai pengunjung yang datang untuk sarapan. Maka nya memang banyak la pilihan tempat duduk ye. Tak perlu nak beratur or berebut nak pilih dimsum :)


Harga dimsum,, besar 25baht, kecil 15baht.






Macam-macam jenis... macam-macam saiz... macam-macam pilihan dimsum..
Rambang mata... dah dapat meja terus kita bole pilih dimsum kat belah tengah kedai.
Lepas dah pilih nanti ko bagitau kat pekerja dia no meja, diorang akan rebus kan dimsum tu untuk kita.


Santai-santai je kami sarapan bagi tu. Memang tak rushing sangat sebab flight kami petang tu jam 3:40 petang. Hari last day tu memang rileks-rileks je kami. Sempat lagi last minit soping hahah.



Wajib order!! Gyoza antara favorite menu kat situ. Makan panas-panas memang nikmat nya oiii!!
Satu kotak memang tak cukup so harus la kami order 2 kotak sekaligus hahaha..


Kali ni kita try bubur dia plak.. Not bad juga!


Tonyum goreng nama nya.. Kata nya antara menu viral juga. Ha moh la kita cuba kan! 😅


Gitu laa cara hidangan tomyum goreng ni. Macam ala-ala sizzling gitu. Tonyum dia sedap weii!! Cukup untuk 4 orang makan.


OK dim sum dah siap di masak.... taadaaaaa boleh la makan ye!! Nampak macam simple je sarapan dimsum kan tapi ini pun dah boleh buat orang kenyang sampai petang.. eh tipu la sampai petang kan 😅


Dah kenyang, kami balik ke hotel pun naik grab aje. Terus kami singgah kedai souvenir (Thanyada Village) depan hotel. Last minit soping katanya!! 😅 Kali ni beli lagi strawbery kering, mangga kering, eh luggage baru hahhaha  ha banyak lagi la. Tiba-tiba rasa duit baht masih banyak😁 terus kita perabih kan saki baki kat kedai tu.





Dah cantek tau Thanyada ni. Dulu masa pegi ngan sis lin, kedai ni belakang tu macam kilang kan.. Sekarang dia dah tambah buka pintu belakang jual tshirt dan barang2 souvenir lain lagi.. Makin cantek dan besar tau!! Kelebihan soping kat sini, boleh guna duit RM dan Rupiah!!

Tu yang kalau sesape dah terkurang duit baht dan rasa nak soping, boleh la singgah kedai ni!
Layanan pun tip top tau! Kat sni diorang fasih cakap melayu juga. Cuma ada certain-certain barang, harga dia mahal la sikit ye.


Jam 12 pm kami check out.. dah book van aritu untuk ke airport. Bayar dalam 1000 baht. Airport ni dalam 20-30 minit je dari bandar hatyai. Tak jauh pun.

Sampai kawasan airport, kena check kereta dulu. Ada polis jaga kat pintu gerbang nya.
Pastu kan ko sampai kat pintu pelepasan ada lagi check point. Kali ni kena scan semua luggage termasuk hand bag dan semua sekali la. Kena buka kasut, kena buka jam.. kena letak handphone dalam box dia. Tapi ako respect dia punya polis/kastam/imigresen situ. Polite je wei... takde nak muka tengit or mencuka.. Dia tegur pun dengan cara sopan je hahah.. So kita pun yang tengah debo terus hilang rasa debo dan takut tu.


Aiport dia takde la besar. Lebih kurang macam airport langkawi je. Kaunter ada 2 bahagian. Bahagian depan untuk flight diorang manakala kaunter hujung ke belakang tu baru la nampak flight Air Asia ye.


Masa ni dok diskus pasal luggage terlebih muatan ni hahaha... Pung pang pung pang nasib baik la masa check in kat kaunter, staff kaunter tu siap bagi suggestion, yg mana perlu check-in , dan yg mana just hand carry je. Alhamdulilah, luggage terlebih muatan sikit tu dapat diselesaikan 😅



Jauh nun ke depan lagi ye perlu kita jalan. Airport ni 2 tingkat. Dan balai berlepas memang kat belah atas ye. Naik-naik je korang dah memang terus masuk tempat menunggu.


Sempat la hilang kan haus tekak ni. Ada 1 je kedai halal kat situ.. Tak pasti kalau ada belah lagi satu. Kedai lain-lain tu takat ko beli air je ok lagi la. Makanan memang susah cari halal kat airport tu ye. Kedai satu yang halal tu pun jual snek-snek je.


Yeay nak balik dah.... "eh lama kita tak naik kapal terbang kan, nina?!"
Aikkk... yang pegi langkawi tahun lepas tu hape....??????😏

Boodak ni tiba hilang ingatan plak dia haaha.


Awal-awal memang dah pre-book makanan dalam flight sebab memang budget akan kelaparan . Walau perjalanan nya takat satu jam je hhahaha tapi tetap nak melantak gak kat dalam kapal torobang😁

Milk tea ni sedap tapi tak puas minum sebab macam sikit benor air nya hahah.




Antara menu yang kami order.. Bila dah lapar semua pun rasa sedap kan😅


Babai Hatyai... till we meet again, satu hari nanti!! Percutian yang best untuk pembukaan 2024. OK next trip kemana lagi kita ni??? 😁


Hasil belian kat sana... ahahhaha jadi la kan.... 😜

Nota Jemari: uyum soping sikit je tu 😋