FAMILY TRIP HATYAI 2024 : ETS EP 9274 KL SENTRAL to PADANG BESAR (Day 1)     FAMILY TRIP HATYAI 2024 : ETS EP 9274 KL SENTRAL to PADANG BESAR (Day 1)

FAMILY TRIP HATYAI 2024 : ETS EP 9274 KL SENTRAL to PADANG BESAR (Day 1)

Ye ye ako tau lama sepi blog ni...Al maklum tuan tanah kemalasan yang amat.
Tapi ni ako nak share juga la percutian baru-baru ni masa Hari Wilayah tempoh hari.
Dah lama diorang tak cop passport kan, maka nya mengajak le diorang ke siam nun.
Ni kira kali ke-3 jejak Hatyai. haahah bakal jadi 'rumah' baru plak ke lepas ni? 😆

1 Februari kan wilayah cuti. Maka nya semua pun setuju nak masuk Hatyai pada hari tersebut.
Belek tiket ETS yang tinggal hanya tiket pada jam 9:50 pagi. Yang lelain dah habis dijual.
Jadi nya kita pun plan 4 hari 3 malam percutian kali ni. Balik 4 Februari memang kena naik flight la sebab tiket ETS pada hari tersebut pun sudah habis!!


ETS jam 9:50 pagi kan, maka nya kita pun santai santai je ke KL Sentral. Sempat la sarapan dulu kat sana. Tepat jam 9:30 pagi diorang dah buka gate boleh masuk dah.

Tren ni pun dah hampir habis gak tiket nya. Dapat la kat koc E, koc second last. seat pun yang menghadap ke belakang ye. Jadi la kan janji semua selamat sampai ke destinasi.


5/6 jam dalam tren, of coz la dedua boodak ni tak senang duduk.
Yang tua ni pun dah kebas-kebas montot dibuatnya apatah lagi diorang kan.


Layan je la boodak berdua ni kat ruang depan toilet hahaha... nasib baik ruang situ luas so diorang bebas sket la nak tergolek terbaring kat situ.. (hahah ok tu tipu la kan!). Memang port diorang la kat situ, janji tak kaco penumpang lain ye.

.:masa ni dah lepas check passport belah thailand:.
.:tengah tunggu van transfer pick-up:.


Alhamdulilah selamat sampai kTM padang besar tepat jam 3:20 pm waktu malaysia.
Ako setelkan urusan van transfer ngan isi borang putih.
Semua pun ako buat kat booth Pen Leisure. 


Van transfer ni RM30 per person (sharing basis)
Tapi sebab kami tak nak share, maka nya kami chartered je the whole van dengan harga RM280 (max 10 org). Ada certain van tak silap boleh dapat dalam RM250 so pepandai la korang cari ye. Sebab kan ako dah biasa dengan Cik Tie ni, maka nya ako berurusan je ngan dia terus (wassap Cik Tie -- > +6013-645 1176).

Perjalanan dari sempadan ke bandar Hatyai lebih kurang 45 min ke sejam.

.:google photo:.

Kami check -in kat sini. "Golden Crown Hotel". Last minit booking hotel, maka nya dapat la book hotel yang ini. Oldish sket tapi sebab ako mencari bilik connecting, so ok la. Kiri kanan hotel ni ada kedai makan HALAL, itu yang penting!!


Bilik ni luas. Connecting room kan... bilik lagi satu tu dia bagi 2 single bed.


Bilik dia simple sangat. Takde kopi kopi kecuali air mineral n dia bagi la cerek untuk air panas tapi xde sachet kopi??? hahaha... terpaksa la kita gi 7-e cari 3in1.

Iron takde tapi hair dryer ada plak! Tapi memang rata-rata hotel kat thailand takde provide iron. Kalau ada tu dah kira bagus sangat. So terpaksa la kami bawa portable iron. Ooo plug kat situ nasib baik sama je macam kat msia. Tapi hotel lain ako x sure / ingat.


Hanger dia banyak dalam lemari tu. So bagi orang yang suka nak gantung baju lepas gosok, memang seronok la kan.


Toilet dia basic ... bersih cuma x banyak toiletteries. So yang ini kena bawa sendiri la ye.


Setel check-in, bersihkan badan semua, moh kita kluar cari makan.
Naik tuk tuk je la ye. Excited betul boodak dua orang tu.


Late lunch... dah kira dinner dah ni. Kami ke kaitod detcha. Alhamdulilah walau nampak macam ramai, tapi tak perlu nak menunggu untuk dapatkan seat.


Ha cepat buat pesanan! "Nak pesan apa ni?? ayam je la... ke kita makan lauk set sudah!"


Order la kami set lauk ikan , tomyum sayur...ayam goreng ni wajib add-on ye. Sedap sangat-sangat tapi nyesal tak order 3 pinggan sebab rasa tak cukup plak masa tu hahaha😆


Air wajib la kan tapi nasib baik hari itu air yang dihidangkan tak terlalu manis.




Tak tau nape, lauk set dia ni macam 'kureng' sket. Untuk tekak ako, rasa tomyum tu terlampau masam sesangat. Lauk daging tu pun, maybe sebab ako tak suka rasa daging sup, jadi bagi tekak ako pun susah nak terima kesedapan nya ye. Ikan tu plak kering, maybe sbb dah terbiasa dengan ikan 3 rasa hahaha so macam frust plak bila makan ikan goreng cmatu je.

So overall kali ni pergi kaitod memang ako frust sket la sebab tak menikmati sangat lauk pauk kali ni.



Dah kenyang, moh kita ke ASEAN NIGHT MARKET. Cuci-cuci mata dulu di hari pertama.



Sempat la boodak ni 'paw' omak eh souvenir untuk kengkawan kelas katanya.
Asalnya nak beli untuk kengkawan abang aqeem sebab last day dia darjah enam kan. Eh sekali boodak bambam tu pun nak juga beli untuk kengkawan dia. So layan kan je la.


Dah puas soping... kita minum minum kejap pastu balik ke hotel.
Lepak-lepak area hotel, sebelah hotel tu ada Ayuttaya Noodles..

Cuti cuti kali ni memang banyak jalan jalan cari makan... nantikan cerita di hari kedua plak...

Nota Jemari: puas hati cuti kali ni :)

Post a Comment

25 Comments

  1. Nak tau x..kita burn tiket pi Jakarta...Mak Pah sakit and potong kaki..so no cuti2 sementara waktu..cutiCNY pun bercutikqt HTJ je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa sian nyaaa... xpe insyallah next time pasti ada rezeki nak jalan2 sekeluarga

      Delete
  2. Best ni family trip ke Hatyai...
    Kitorg org Kedah ni entah bila nak masuk Hatyai pun tak tahu hubu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ada tu insyallah satu hari nanti pasti akan jejak.. ikut bkt kayu hitam pun ok..

      Delete
  3. Nasib baik ada update kat muka buku. Hehe..
    Teringin nak ke Hatyai tapi kena tunggu bebudak besar la dulu. Baru senang berjalanxdengan tenang. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaa next time naniey pun bole bw bdk2 pegi.. enjoy.. drg pun ada tmn tema tau.. zoo...

      Delete
  4. Asiknya trip bersama keluarga, Mbak.
    Di Asean Night Bazaar belanja souvenir apa saja Mbak?
    Dinanti kelanjutan ceritanya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya alhamdulilah... asik cuti ama keluarga.. di bazaar byk boleh di beli.. pelbagai souvenir... bag..baju2 ama kasut2 ..souvenir2 kecil2 pun ada

      Delete
  5. Saya justru sukaaaaa sangat ikan goreng macam tuh kak ret 😁☺️.. pakai sambal pedas , mesti sedap 😍.

    Juli nih nak ke Malaysia, rasanya saya pengen lanjut hatyai pula. Blm pernah kesana. Selama ini dengar dan baca kalo kulinernya sedap2 kan 😄. Ditunggu part2 selanjutnya dari trip hatyai kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haros pegi hatyai fanny... kamu lagi suka makan2 justeru mmg sesuai ke sana :)

      Nnt ketemu ama kamu april nnt... tunggu ya

      Delete
  6. wah bestnye ako pergi hatyai. syu pon tgh dok plan nak pergi jgk.

    ReplyDelete
  7. Excited eh naik ketapi. Kalau ke sini mmg makan sajo la. Kdg rindu nak gi sini tapi fikirkan kerenah kat imi tu buat rasa malas nak gi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhe skrg cam ok je imi.. jom g kak haha ajak sislin haha rombongan bersama kak SK HAHAH

      Delete
  8. Bakal jadi rumah baru ya…hehe. Yelah kan, rasanya dah beberapa kali Ako pergi dalam masa terdekat. Saya ni pulak yang tak sampai seru lagi, dari duduk Penang sampailah duduk kat sempadan Siam pun tak sampai jugak 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ujie..lps ni kena la cari masa tuk cuti2 kat siam... rugi tu sbb dah dekat heheeh

      Delete
  9. Bestnya jalan-jalan. Tak balik hotel pun takpe dah ni, hahaaa!

    ReplyDelete
  10. Rindu pulak nak gi Hatyai lagi laaa.. ada rezeki jomm kita gi berdua hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom weiii... annual trip kita..rasa cam lama x jalan2 together2.kan

      Delete
  11. Alaaa..bestnyaaaa... nengok entry ni macam nak pergi Hatyai lagi!

    ReplyDelete
  12. Excited lah mereka bila ada geng travel tu. Macam tak best pulak kan kalau tak feel makan-makan tu. Yaa air teh Thai tu wajib order. hihi...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com