Hari kedua di Hatyai.... sawadikap!!


Kat Hatyai ni kan memang ako sarankan korang gi la sarapan tu seawal 6 pagi waktu Thailand.
Sebab nya lepas jam 7 atau 8 pagi, most of kedai makan akan sesak sesesak nya dengan rakyat malaysia hahaha... 

Walau kedai Khaleed ni betul betul sebelah hotel, tapi tetap la kami keluar sarapan awal ye.
Restoran Khaleed ni tak besar ye. And dia cam style kedai kampung gitu.



Makanan kat situ ada macam-macam.... nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, roti canai, roti pisang.. eh bak kata makanan dia lebih kurang je macam kita makan kat Msia. 😅


Boodak tu tetap la nak sarapan nasi lemak ye... 😂


Hari kedua ni memang ako booking van untuk 1 day tour ye. Sama dari PenLeisure juga cuma kali ni dia charge 4500 baht untuk 12 jam punya service dan kita boleh minta dia bawa ke mana aje kita nak pegi. Van memang selesa la kan... senang dan mudah untuk perjalanan jauh macam nak ke Samila Beach or bandar Songkhla.


Destinasi pertama kami.. drebar suggest soping dulu kat Kayson ni. Kayson ni tempat jual pelbagai jenis souvenir. Awal pagi memang tak ramai sangat orang cuma bila dah masuk situ takut juga terlalu lama lepak kat dalam kedai hahhaa.. takut tak jumpa jalan kluar😂


Eh boodak ni tetap nak 'paw' omak eh souvenir lagi hahaha...
Kali ni kata nya nak bagi cikgu plak. erm....ok kita pilih cikgu-cikgu favorite je la ye!😆





Macam-macam souvenir ada... best offer dia... ada yang buy 10 free 1, ada yang buy 5 free 1 plus dia bagi lagi 10% diskaun tau! So kalau datang ramai2 berbaloi beli banyak-banyak, korang bole share beli sesama.


Tempat wajib pose! hahaha...







Lepas soping kat Kayson, kitorang ke kilang kacang 'renu' plak. Rambang mata juga nak beli kekacang kat sini. Macam-macam ado...snek pun ada, asam-asam pun ada juga. Tapi kalau tak nak beli kat sini, beli kat Kimyong Market pun berbaloi juga ekceli. Situ pun banyak juga pilihan kacang.


Dah beli, bole pack ! Tapi pack sendiri la ye. Diorang ada sediakan kotak, gunting, tali, pen dan salotape juga. Memandangkan balik kami naik flight, so kami pun pack aje, senang nak bawa hand carry dalam cabin! 


Bee Farm ni takde dalam plan kami. Tapi dah alang-alang dekat je ngan kilang kacang tadi, kami pun singgah la kejap. Eh ingat nak singgah kejap tapi tersangkut plak kena dengar talk dia. Hampir 30 minit juga la dengar penarangan pasal madu lebah ni. Last-last dia promo produk madu dia.. Nak beli bole , tak beli pun tak pe. Terpulang!


Hahhahaa dua lebah jadian :D


Beli la eskrem madu...!! Ni lebih kurang la macam bubble bee kat msia. Boleh bayar pakai duit msia kat situ.. Mahal gak wei RM10 eskrem tu hahah !! 😅


Masjid Songkhla.... Ako tak masuk ke dalam.. Orang kata ia ibarat ala-ala Taj Mahal... tapi ako pun tak reti nak compare sebab tak tengok lagi Taj Mahal depan mata kan😅


Apa yang ako boleh katakan, view kat sini memang cantek!! Especially time matahari atas kepala ni. 


Pastu kami teruskan perjalanan ke bandar Songkhla. Mula plan nak singgah tempat gajah tapi dok pikir sian gajah tu kalau Uyum naik hahaha terus kami cancel. Akhirnya kami singgah sekejap kat Amazon Cafe yang tengah viral tu. Masyallah memang ramai nya orang ke situ!


Sampai sini better korang order dulu minuman sebab nya memang lama nak tunggu air siap bila dah terlalu ramai orang tu. Sementara air korang ready, boleh la pi usha-usha kat belakang taman tu. Ohsem weiii!! Cantek sangat view dia... taman tu takde la besar sangat tapi redup banyak pokok-pokok, sejuk je mata memandang.





Ini lah air terjun yang viral tu!! Subhanallah memang ohsem!! Nasib baik tak boleh mandi hahaha, setakat ko snap2 gambar je tau! Banyak port OOTD kat situ, so korang yang suka bergambar memang sesuai la lepak kat sini. 


Kalau drive sendiri, boleh la lepak lelama kat sini. Tapi sebab kita punya masa tu pack, jadi nya lepas dah snap sana sini, tunggu air pun nak dekat sejam, moh la lekaih gerak ke destinasi seterusnya.





Air dia macam ala-ala cabak tapi murah gile wei dari cabak. Harga paling mahal pun RM10, paling murah lebih kurang RM5 pun ada. Rasa ok juga not bad. Bole la juga compare ngan Zuss, tealive dan seangkatan dengannya hahaha...




Pastu kitorang dibawa naik feri ala-ala macam naik feri kat penang tapi kitorang tak bole nak kluar dari kereta sebab feri ni kecil je. NGam-ngam bole sumbat beberapa kenderaan, betul2 sempit so memang takde ruang nak buka pintu pun. Maka nya kita dok dendiam je dalam kete. Tak lama... kejap je perjalanan menyeberang naik feri ni, lebih kurang cam 5 ke 10 minit camtu la.


Tak jauh dari port tadi, tup tup kita sampai dah kat Samila Beach ni. Oooo ini la sign yang femes untuk bergambar tu. Betul-betul korang sampai beach ni, mula-mula sekali akan nampak dah sign ni dari jauh.


Tak pasti pantai ni boleh mandi ke tak... Tapi ramai gak orang berkelah kat sini. Banyak pokok-pokok so memang sesuai la bentang tikar makan sambil baring-baring hahaha... 




Sebelum korang nak baring-baring tu, boleh la beli jajan or makanan kat gerai-gerai di situ.


Aktiviti lain, boleh la naik kuda or kereta kuda. Tak ingat berapa harga nya tapi boleh tahan gak la 'mahal' sket dari ko naik kat Titiwangsa tu hahaha.. Ye la apa je nak buat kan, so kita bagi je la boodak bambam ni naik kuda. Nasib baik la kuda tu terima seadanya tuk bawa boodak ni hahaha.. Pasrah gitu kata nya dalam hati :D



Ooo ini la patung duyong yang viral tu. Bapak panas weii nak beratur tunggu giliran semata-mata nak bergambar ngan patung ni hahhaha.. dah le panas terik oiii!!!...

Kami snap satu, dua sudah! Tak tahan panas... dah le nak memanjat patung tu satu hal juga hahhaa.. Sila pakai kasut yang sesuai je kalau ke situ.


Ako lupa nak soh drebar bawa yang ada sign "Old Songkhla" tu... Ntah kenapa kelam kabut betul tengah panas-panas... Lapar sebenarnya!! Drebar nak bawa tempat makan yang femes dan sedap, sekali penuh oii dengan ada booking 2 bas , terus kami cakap kita makan kat Hatyai je la. Dah moh balik hatyai.. Patut la orang cakap, 1 day trip songkhla ni pun dah cukup. Maybe ada tempat yang ako tak sempat nak jejak. Tapi takpe, kita boleh je repeat lagi ngan orang lain plak kan :D


Sudahnya kami lunch kat Floating Market je. Bila datang tengah panas-panas ni, mood nak menerokai tu macam 'kureng' sket. Tambahan plak memasing tengah kelaparan so hilang sket mood tu.

Kalau naik bas or kereta, korang tak lalu pintu depan yang ada jualan gerai-gerai tu tau.
Korang tak lalu jambatan....
Korang terus akan nampak yang tempat makan 'food court' kat bahagian atas tu.


Masa ni omak eh dah kepenatan... Uyum pun dah kelaparan. Jadi diorang terus je gi cari tempat makan. Manakala ako n aqeem terus ke bahagian bawah yang area floating market nya tu. Seriously bila dah panas-panas tu memang cari air je weii!! OK kita beli je la air dalam buluh, sekali dia hentam kita harga kemain mahal tau!! Pulak tu dia tak nak duit besar ye acik-acik sekalian. Sila sediakan duit kecil-kecil kat diorang. 

Waduhhh dah le panas, pening nak cari duit kecil. Korek-korek poket suar, korek-korek bag ...nasib baik ada la duit syiling nya hahahha.... Jadi la dapat beli air nya tu.😅

Masa ni ikutkan ako dah malas nak gi cari duit tukar tapi memandangkan dah order, tukang kedai pun dah cedok air baru dia cakap nak duit kecil, tu yang terpaksa gak gigih cari duit sana sini hahha...Lagi satu kang tak beli, tak nak la dia anggap orang mesia ni 'penipu' kan hahah.. Dia pun nak cari makan gak. Tu yang dengan mood hilang, kita pun usahakan la juga cari duit kecil. Takpe la dah tu je rezeki diorng kan. Memang tak ramai time tu, maybe sebab masih awal, panas plak tu kan. 

Nak datang situ, paling cantek dan ok, gi la time nak sunset... dalam jam 6 petang ke atas.


Ada je gerai jual souvenir.. Nak tengok pun tak selera hahaha... penat!! Dah isi perut, moh le masuk van lekaih...


Next kitorang cakap nak pi Central Festival. Gara-gara nak makan toro fries ni.
Ya allah, dah viral memang ramai la kan.
Sila order dan amek nombor dulu. Dalam sejam gitu baru la korang datang balik untuk dapatkan order korang.


OK yang ini seriously sedap!! Berbaloi tapi tak ckup la order 2 box je hahaha...
Dah datang ramai-ramai kena order lebih baru puas hati.
Fries ni dah dapat kena terus makan baru la fresh cheese tu, kalau tak fries akan jadi lembik sangat kalau lambat makan.


Yang ini ako frust sungguh...
Overrated bila orang dok viral kan...
Kedai ni macam kedai daiso, Eco je tau...!
Tapi memang la barang dia murah-murah, satu barang Rm1.30 tapi.......




Tapi barang-barang yang jual kat situ kebanyakkan nya sesuai untuk budak POMPUAN!! GEGURLS!!
Isskkk.... bila ko datang ngan 3 anak jantan, memang memasing garu kepala la kan nak cari barang apa untuk buat 'ole-ole' kengkawan ni???? Hahaha sudah nya, ako soh diorang amek je la pen or pensil or pemadam buat souvenir untuk diri sendiri je!!

Sadisss!!!


Dah frust tu jom kita gi 7-eleven je la. Kali ni kami ke HQ 7-eleven yang terletak di.... ha google sendiri je la korang ye hahaha....


7 eleven yang ini pun viral juga kat TT. Boleh la pegi memang tak ramai orang pun, mungkin sebab lokasi nya yang jauh dari kawasan hotel dan public transport kot. Tapi kalau korang drive sendiri, boleh la singgah 7-e yang ini yek.



Yang paling UTAMA, rak makanan HALAL ni ye hahaha... Mari la borong roti burger cap CP!! Nak beli banyak-banyak sangat pun x boleh sebab ada expired date dia dalam seminggu je pun. Gigih tau sampai rumah KL terus masuk freezer roti burger... Seminggu la budak-budak ni bawa bekal roti CP gi sekolah hahaha....



Lewat malam kitorang gi Lee Garden Night Market. Jalan kaki je dari Hotel kami. Tak jauh pun dalam 10 minit sampai la...


Masih ramai manosia makan lewat malam.... Jadi bertabah la ye nak cari tempat kosong, nak order dan tunggu makanan siap! Masa ni omak uyum ngan abang aqeem dah malas nak ikut. So kita tapau je la makanan untuk diorang.

Lepak sini tengok orang nyanyi-nyanyi...
Tengok orang beli belah...
Tengok orang makan macam-macam...
Tapi sini dah takde lobster la masa ako datang...!

Nape eh??? Dah mahal ke lobster??
OK next time kalau korang ada pegi lepas ni, sila bagi info eh samada masih ada lagi x orang jual lobster kat Lee Garden Market...

Sambung lagi nanti...

Nota Jemari: tq sabar menanti cerita kat sini...