Hari ke-3. Hari ni memang tujuan jalan-jalan cuci mata, sambil makan-makan. Takde chartered van or drebar. Hari ni kita bebas naik tuk tuk or grab banyak kali.
Sarapan hari ke tiga kat kedai sebelah hotel juga. Semalam kedai belah kiri hotel, arini sebelah kanan hote.
Ayutthaya Halal Noodles & Shabu-shabu. Masa pertama kali jejak Hatyai, memang sini la tempat makan sebab berdepan ngan hotel. Tapi sejak tular kedai ni kat TT, wah kemain ramai pengunjung dia. Nasib baik la kami sampai sebelum jam 8 pagi. Rata-rata kalau nak sarapan kena datang sebelum jam 8 pagi. Kalau tak, memang kena beratur panjang la gamak nya.
Kedai ni actually femes dengan mi sup ala-ala boat noodles or shabu-shabu gitu.
Tapi kami tak terasa nak makan so kami order yg biashe biashe aje hahhaa...
Telur separuh masak ni pilihan Uyum... macam tak caya je kan 😆
Kita cuba la makan sate dia... sedap gak! Besar oii daging ayam tu.. Kalau kat msia penuh ngan lemak je! Cuma nya kat sana takde la kuah kacang ye. Hahahah ko cicah la sate tu ngan sos thai gamak nya :D
BIasa je kan bihun goreng... ako tak suka sebab dia letak kicap yang rasa macam pelik sket 😅
OK dah kenyang kan? Jom kita gi Pasar Kimyong. Kalau nak cari kacang-kacang, buah-buah, bole la ke sini. Panas nya la haiiii!!!!
Hajat hati nak bawa balik Malaysia buah-buahan tu hahah.. murah murah tapi kuasa la nak menghangkut berat-berat 😅
Kat kimyong ni ako takde spesifik kedai. Walau dah usha awal-awal nak gi kedai mana tapi bila dah masuk situ, ko macam x jumpa jalan yang lurus hahahhaa dah. Nampak je kedai apa dulu, singgah je la kan!
Strawberry kering ni sedap sangat!!! Dia buat macam makan kopok gitu. krup krap krup krap...
Rambang mata weiii!! Sini memang banyak sangat pilihan tapi AWAS!! Tak beli banyak-banyak tu jangan plak terkejut bila nak byar kan ... hahaha ater dah korang pilih semua nya nak dibelikan, maka nya kita bayar je harga sampai beratus2 kat situ.. 😭
Bahaya tau bila bawa boodak demok tu!! Ha tengok la , belakang pompuan tu juga dia nak menyelit.. Kepoh nak beli juga kekdahnya hahhaha...!!
Siapa kata bercuti kat Hatyai setakat dua tiga rattus je ... hahaha dah alang alang sampai situ, takkan ko tak soping, takkan ko tak gi JJCM kan 😆😆.
Kalau ko gi solo, ye mungkin la tak perlu nak bawa duit yang banyak tapi bila ko dah datang ramai-ramai macam tu, banyak plak keinginan sorang-sorang nak dilayan, harus la berkepuk-kepak juga la kita kena kluar membayar. So bagi ako, bercuti mana-mana pun sama je jumlah duit yang ako bawa hahaha.
Selesai soping kat Kimyong Market, kita balik hotel dulu hantar barang-barang kekacang semua tu. Berat oii nak menghangkut sana sini, nasib baik la tak jauh sangat.
Pastu kita kluar balik, naik tuk tuk lagi. Kemain exciited diorang ni. Berlumba-lumba nak duduk tepi hujung sekali. Siap warning, kalau jatuh, kitorang hai hai bai bai je tau!
Korang tau tau je la kemain laju tuk tuk ni kalau bawa.
Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang seriau gak dok paling hujung tu😅
Taadaaaaaaa!!! "Bingsu Nom 6 in the list!!
Berjaya juga sampai. Fuh jenuh nak jejak sini sebab bukan area pelancongan la katakan.
Kami memang sesiap dah book tuk tuk untuk bawa ke mana je kami nak pegoi hari itu.
Nasib dapat pasangan suami isteri yang bagi harga takde la mahal, tapi takde la murah. Cuma pikirkan masa dan lelah diorang kena menuggu kita tu, so ok je harga dalam 700 baht chartred tuk tuk tu.
Bingsu ni terletak dalam satu kawasan dengan Makanan Halal MANDARIN ni. Dedua kedai pun takde la besar sangat cuma terdapat parking lot yang luas la kat luar kedai.
Camni la ghope kedai nya. Comel je weii so kalau nak gi situ ken awal.
Rupa nya untuk hari wiken, diorang buka awal sejam dari waktu asal.
Mungkin diorang pun bole expect pengunjung akan bertambah di hujung minggu sejak dah viral ni kan.
Msaa kami sampai tu nasib la ada meja panjang paling ujung.Rata-rata semua tempat dah penuh dan yang ada kosong pun kat bahagian luar. Dengan panas lit lit nya kalau boleh memang nak duduk kat bahagian dalam yang ber aircon la kan.
OK apa yang istimewa nya kat sini??? Mula nya ako ingat kan just makan dessert je sebab nama kedai pun "Bingsu" kan macam ABC la gitu.
Tapi tekaan ako meleset. Ada juga menu nasi dan berlauk ye.
Kami cuba tomyum ni, antara menu yang ramai orang cuba juga.
Sedap !!!!cuma portion dia tak banyak tau or besar tau!
Cukup untuk 2 orang makan. Tapi kami share je ramai - ramai sebab baru lepas sarapan tadi kan. Lunch nanti plak nak makan seafood buffet,.
Walaweiiiiiii!!! Curlas ko ABC dia eh bingsu dia berasap-rasap... KO hado??!! hahaha
Seriously gi la try... syedap sesangat!! Tak puas makan tapi bagi kami , order 2 bingsu pun dah cukup share ramai-ramai.
Pancake dia ni pun sedap yang amat!! PUas hati la , tak rugi cuba kat situ.
Tadi perisa strawberry kan... kali ni kami order perisa teh ais ahhahaa...
Ako paling suka ni sebab texture ais dia lagi lembut dari yg strawberry tadi.
Bingsu ni kecil je tau.. Mangkuk tu besar mengkuk cendol or ABC kat msia je.
Dia siap bagi condiments lagi.. ada susu, ada caramel.. ada cekelat.. Terpulang la kalau nak lagi manis berperisa, bole la tambah tambah kat bingsu tu.
Banyai gila pilihan... ikutkan macam nak cuba lagi beberapa jenis tapi kang takut plak terkucil kucil hhahaa... Maka nya kena la repeat lagi gamak nya ni, kan kan! hahah
See mostly yang sampai sini semua pakai kenderaan sendiri... Susah kot nak cari tuk tuk area tu. Tapi korang bole je guna grab. Sama je cara nak book macam kat msia. Boleh guna apps grab yang sama dalam hp korang tu. Ako pernah guna khidmat grab kat Thai masa gi Bangkok dulu. Senang dan mudah je!
Masa first time jejak Hatyai dulu, drebar ada suggest Plaza Nora ni. Tapi bila dengar kan kat situ ada jual barangan kulit je terus kami tak jadi jejak.
Kat sini pun korang bole cari barang souvenir.
Barang untuk diri sendiri pun banyak......
Ako memang ada beli luggage hahaha tapi bukan beli kat sini la.. Itu last minit punya soping :D
Rambang betul mata. Tapi kita cuci cuci mata je :D
Cuma kami beli tali pinggang ni. Suka sebab senang nak cari saiz untuk orang gemok!!
Memang kulit asli betul la.. macam-macam kulit ada tapi bkn kulit dari yang ni la ye 🐷 hahhaa
Soping kat Hatyai ni, kalau gi kilang-kilang senang betul dapat kad diskaun.
Suka sangat tau!! Walau tak banyak tapi tetap la hepi.
Dah soping cuci cuci mata, kita gi MAKAN!!!
Khlong Hae Buffet Seafood Halal.
Dewasa 299 baht.
Siap kena ukur ye... kalau ko kanak-kanak tapi tinggi dah cecah lebih dari 135cm, sila la bayar harga dewasa ye, 299 baht tu.
Kedai ni buka 2.30 pm.
Kami sampai sebelum pukul 2 pm.
Jadi nya menunggu la kejap.
Ingat kami aje yang sampai awal.... eh eh sekali ramai rupanya dah sampai dulu.
Mungkin sebab kalau google kata nya buka jam 2 petang... Takpe la kita menunggu aje dengan tenang dan sabar.
Dengan harga 299 baht yang bersamaan lebih kurang dalam RM39, korang makan la apa-apa je yang ada tehidang kat situ. Memang tak menang mata , hati, kepala, mulut hahahah Kalau bole semua nya nak dimakan.
Selesai makan, kami pulang ke hotel dulu. Rehat-rehat kan badan.
Lewat petang kami keluar lagi. Kali ni kami ke ASEAN NIGHT BAZAAR sekali lagi.
Sebelum kami soping, kami naik dulu ke tingkat atas untuk 'makan malam' plak.
Pegi situ time -time macam tu tak ramai lagi orang. So senang la nak cari meja untuk lepak.
Kat situ takde lambung-lambung ye. Goreng je macam biasa tetap rasa nya sama gitu 😅
Rupa nya kat Msia pun baru nak viral walau sebenarnya dah lama mende ni.
Kat Msia nama nya Ubi Lambung.
Kat Hatyai sedap sket nama dia, "Sweet Potato" gitu hahaha
Ya allah sedap ya amat!!! Ranggup di luar, lembut di dalam.
Macam-macam perisa tapi bila dah sumbat semua lam mulut, ko tak rasa beza pun hhahaha...
Kitorang siap berulang-ulang beli mende ni.
Ya allah memang kenyang betul haritu, asyik makan makan dan makan je :D
Ekceli ada lagi beberapa tempat dalam list tak sempat nak jejak...
Memang confirm kena datang lagi ni....
Nota Jemari: abin ngan pak su fir sekeluarga tak ikut trip kali ni...
22 Comments
Sedap betul makanan sana.. Murah pun murah.
ReplyDeleteMeriahnya makanan kat sana. Best jalan2 tempat orang.
ReplyDeleteSaya ni biasa ke Singapura dan Indonesia je, ke Thailand entah bila nak rasa.
ReplyDeleteGambar makanan nampak berwarna-warni dan sedap² belaka. Bestnya dapat shopping banyak barang.
ReplyDeleteWahh thanks kongsi semuanya. Boleh simpan untuk trip Hatyai nanti. Bestnya makanan kat sana.
ReplyDeleteByk lg tmpt... bole buat list..kita pun x smpt nak pegi semua tmtp
DeleteWah..ni trip makan sesaje ni..best betul..
ReplyDeleteHahahaa syedaaappp burlppp opss haah
DeleteBanyak sekali macam makanan disana ya Mbak.
ReplyDeleteSate ayamnya besar-besar. Tapi tidak seperti sate disini, disini biasanya sate ditabur bumbu kacang.
Ceria selalu bersama keluarga ya Mbak.
Salam,
Alhamdulilah..hepi bersama keluarga bila bercuti... ya sate di msia juga pake bumbu kacang hehe
DeleteRindunya Thailand! Sana makan sedap...barang2 pon best nak shopping.. lagi2 kat 7E heheh
ReplyDeleteBetul2...semua sedap2 kan... mmg puas hati
DeleteBetul2...semua sedap2 kan... mmg puas hati
DeleteAku nak suruh Lyea belikan aku stoberi kering tu laaaaa
ReplyDeleteHhahaa beli2 jgn x beli
Deletetrip makan macam ni yang seronok dibaca hahahaha
ReplyDeleteSaya dah hitung2 nak bawa bath berapa banyak nanti. Rasanya mau bawa banyak pun habis juga Krn belanja ntah apa2 dan makan kan 🤣🤣🤣🤣. Thailand ini betuuuuul lah surga shopping dan kuliner hahahah.
ReplyDeleteMenarik semua kak 😍😍. Sampai bingung nak berapa hari di sana nanti 😂
aduhaiii their food, really attractive for my eyes. kakRetna tak selisih actor thailandkah? depa kacak. hahaa tiber!
ReplyDeleteUishhh, Nampak sedap betul je tuh! 😍😍 One day nak p sini..save info dulu! Hehee~
ReplyDeleteehhh.. betullah.. kat mana pun kita pergi melancong duit mesti lebih. Memang lah sebelum pergi kata taknak shopping tapi bila dah sampai tempatnya semua benda teringin nak dibeli sebab bukan pergi tiap2 hari 😁😁
ReplyDeleteWah bestnya makan-makan. Rambang mata betul nak pilih jajan tu. Aduhaii, tomyam dia menggoda sungguh haihh. Besar mangkuk dan banyak isi. Best tu dapat makan macam-macam dengan bayaran lebih kurang harga standard steamboat Msia.
ReplyDeletekat Thai ni Syurga makanan.. kene pastikan perut mau besar.. baru puas hati.. :D..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com