Followers

Thursday, June 28, 2012

Burger Bakar Kaw

Pernah makan burger?
Pernah masak burger?
Pernah ngidam burger?

Hahaha rata-rata musti kowang suka akan burger kan!
Ok kali ni entry 'Jalan-jalan Cari Makan' versi anakomak membawa anda ke area Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.


Dah lama mengidam nak makan burger bakar kaw ni!!
Sejak dah masuk rancangan 'JJCM' versi TV3, bertambah-tambah la keinginan yang melampau.
Maka, di suatu malam yang hening, bergerak la kaki menuju ke destinasi yang terletak di seksyen 2 wangsa maju.

Ko kenal pak bakar?
eh silap, pak bakar tu pakcik ako! hehee..
Pernah dengar nama 'Burger Bakar Kaw?'
Ha kali ni jom kita terjah ke sana ye.

Burger Bakar ni terletak kat tepi jalan je.
Jangan plak ko bayangkan burger bakar ni sebuah restoran.
Hanya sebuah warung yang terletak kat tepi jalan sahaja.

~google map: kredit here 

Paling senang nak cari, ko masuk seksyen 2 dari arah masjid tinggi kat wangsa maju tu.
Pada ako, ikot situ lagi senang.
Bila dah masuk kawasan seksyen 2, sila perati deretan kedai di sebelah kanan anda.
Kemudian, sila pastikan anda tidak terlepas trafic light pertama ye.
Bila dah nampak barisan beratur yang panjang di bawah pokok, ha pasti itulah tempat nya.


Ermm parking agak susah sket la ye area situ.
So, sila pastikan kowang sampai kat sana di awal-awal pembukaan waktu operasi.

Masa kali pertama ako teringin nak makan, waktu itu lebih kurang jam 5 petang.
Tengok kan aje barisan orang beratur yang panjang, terus cancel niat nak merasa sebab gara-gara malas nak beratur panjang-panjang.

So, suatu malam yang indah, untuk kali kedua ako ke situ, walau barisan beratur nya masih lagi panjang tapi sebab dah tergedik sangat nak makan, so sanggup la join beratur sama.

Alhamdulilah, takde lama sangat nak beratur.
Sampai giliran terus saja mengorder.


Kemudian terus saja membayar.
Takde service charge hatta goverment tax.
heheh tapi siyes ako cakap harga burger sahaja pun dah mahal.
So, pada yang teringin sangat tu, sila pastikan anda membawa uwang yang mencukupi ye :-)




Mereka sibuk di dapur.
Sibuk menyiapkan order-order kowang sumer hehe.


Jam dah hampir menunjukkan 11.45 malam.
Masih lagi ramai yang datang berkunjung dan beratur.
Sumer nya gara-gara nak menikmati burger bakar yang kaw itu.


Nombor giliran ako.


Dan akhirnya...
Nyummyy!!!!!

Burger Bakar Kaw dalam genggaman!!!
Double Chzynizer - RM16.


Berbaloiiii!!
Sedap!
Lemak lazat berkrim!!
Cheezzyyy!!!!


Ok ni ako sertakan sekali harga-harga burger tersebut..
Erkk... apa beza?
Ntah ek? Klu nak tau details, better kowang gi try la ye! ;-)

Segala pertanyaan, kowang leh refer kat website rasmi BURGER BAKAR.

➊ OPERATION HOUR IS FROM 6:45PM - 2AM (DEPENDS ON THE AVAILABILITY OF THE PATTIES)

➋ WE ARE CLOSED EVERY MONDAY AS THIS IS OUR REST DAY (WANGSA MAJU ONLY)

➌ WE DO NOT ACCEPT ORDERS BY PHONE CALLS / SMS. KINDLY WALK IN TO OUR KIOSK FOR ORDERS



Nota Jemari: thanksssssss!!!!!

5 comments:

Bondarock said...

giler arrr no 255 !!! *pitam*

retna yusof said...

hhaahahhaa fengsannn!!!

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

umang aihhh....mahainye...
tapi sedap takpela kan...
teringin gak ni...slurppppppppp...

saya si hantu burger :)

retna yusof said...

hahaha klu lagi byk cheese lagi marbelessss!! hehe


Farihaaaahhh!!!
jom makan burger esok :p

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers