Event ni dah lepas dah pun sebulan yang lalu iaitu pada 12-13 May 2012.
Event tahunan department ako ni diadakan selama 2 hari 1 malam bertempat di Gold Coast Sepang.

Pagi-pagi sabtu, mostly sumer orang dikehendaki berkumpul di bank.
Digalakkan kita sumer bersama-sama ke tempat yang dituju dengan menaiki bas yang telah ditempah awal-awal lagi.


Perjalanan ke Sepang Gold Coast dari bank mengambil masa lebih kurang sejam 45 minit.
Terasa lama sangat kan tapi klu dah naik bas pun konpom memang perjalanan akan rasa panjang la sket kan klu nak dibandingkan drive sendiri ke lokasi kejadian. Pape pun, ako lebih suka gather-gather reramai camni. Baru la ada feel-feel nak 'terbang' ke Gold Coast gitu haha..


Lebih kurang jam 9 pagi kitorang dah sampai di destinasi.
Ni pestime ako sampai sana.
Before ni asek dengar sana sini orang dok bercerita keseronokan dan keindahan gold coast, so kali ni ako sendiri berpeluang nak merasainya.

"Cantek!"

Teruja dengan keindahan dekorasai dan suasana kat situ.


"Yeay yeay dah sampai!!"


Sampai-sampai je kami disambut oleh pihak hotel dan juga ATCEN (company yang telah dipilih untuk menjalankan event pada hari itu).

Oleh kerana waktu check in adalah jam 3 petang, maka kami diarahkan untuk meletakkan tag di setiap beg yang dibawa dan kemudian beg-beg tersebut akan disimpan rapi oleh pihak hotel di dalam bilik penyimpanan mereka.

Biasa la, bila dah ramai-ramai camtu, harus la ada kekecohan memanjang di lobi.
Dua hari satu malam je pun tapi beg memasing dah macam nak stay bermalam-malam gitu.



Selesai urusan menyimpan beg, kami dibawa ke tempat pendaftaran peserta plak.
Kali ni kami berurusan dengan pihak ATCEN plak.
Kedatangan diambil waktu ini untuk memastikan sumer orang akan mendapat sijil di akhir kursus. (erk kursus ke ek?)


Dah daftar, kita bekfes.
Bekfes kat tepi 'jeti', betul-betul sebelah bilik kursus kitorang.
Yeehaaaaa!!!! Akhirnya berjaya juga jejak kaki kat situ...


Ok sebelum melantak, kita kasi posing sket dulu ye.


Amboiii cik kak bergosip ke melantak?!! :p



Ok kelas start agak lewat juga la (pada pandangan ako la ye).
Apa tak nya dah hampir separuh pagi baru kelas nak start.
Bagi tahun ni company ATCEN diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kursus ala-ala 'team-building' ni.

Santai je.
Tak yah kusi meja pun.
So bagi permulaan memang rasa rileks sket la kan.
Takde stress-stress macam ko kena gi kelas kat skolah ke hape.
Memasing pun cam seronok nak dengar 'ceramah'.


Aktiviti di pagi hari sekadar di dalam bilik sahaja la.
Mostly pun aktiviti minda dan mental sahaja.
Yang syiok nya, tak yah nak ngadap-ngadap buku.


Ada juga aktiviti fizikal cuma yang ringan-ringan saja pun.
Cuit tangan kiri, tangan kanan akan terasa.
Begitu la sebaliknya.
Aktiviti ni memerlukan konsetrasi dan kepekaan.

Ko nak elak tangan kiri dari ditangkap oleh rakan sebelah tapi dalam masa yang sama, ko juga nak nak menangkap tangan rakan di sebelah kanan ko.

Ha disitu la cabaran nya!
Ingat!!

Konsentrasi!
Peka!
dan Tangkas!!


Seterusnya, aktiviti beralih arah.
Kali ni seluruh badan diperlukan.
Minda & fizikal!!

Dihendaki mengikut apa jua gerak dan gaya yang ditunjukkan oleh rakan di tengah-tengah bulatan. Ha masa ni kira nasib la kan. Klu dapat gaya yang senang alhamdulilah la kan. Tapi klu dapat gaya yang menyusahkan, disitu la cabaran nya hahaha..


Sampai macam-macam gaya la kita boleh tengok!
Dah gaya cam menari lenggang kangkung pun ada.
Gaya superman pun ada.



Apa yang pasti, setiap aktiviti yang dijalankan, klu ada kesilapan, dan kurang kepekaan, maka denda akan dikenakan kepada mereka.



Gitu la nasib ghope mereka yang dah hilang ghope gitu.
Hilang stress kan?!
Masing-masing mencari peluang untuk menconteng kaler ke muka antara satu sama lain.

Pada geng lelaki memang dengki abis la kan.
Time ni la tenyeh pepuas muka-muka yang kena denda.
Pada geng wanita, agak slow motion sket la bab conteng menconteng ni.
Kesian kekdah nya!
Biasa la naluri kewanitaan. Hilang keayuan klu dah menconteng arang ke muka sendiri :p


Tea break!
Penat la juga walau simple je pun aktiviti nya tu.
Bukan penat apa pun, penat bergelak aje la!


Next, macam biasa, bila sudah dibahagikan kumpulan, maka sudah tentulah kena cari nama kumpulan. Dibaginya kami sehelai kain putih dan beberapa jenis marker dan kaler. 
Diarahnya kami untuk mencipta logo dan mencari nama serta sorakan khas untuk kumpulan sendiri.

Sebabkan pembahagian kumpulan adalah berdasarkan konsep i-acted (ok ni warga kerja yang paham ye) maka setiap kumpulan pun menamakan grup memasing sempena ciri-ciri nama i acted itu sendiri.

Group ako meletakkan nama "TRUST" iaitu kepercayaan setiap ahli kumpulan dalam melaksanakan apa jua aktiviti bersama-sama. (wah yo oo je ako bg reason hahaa)

Ako serahkan bab melukis pada yang lebih arif.
Ako sekadar membantu dalam bab-bab mewarna warnikan logo itu.


Ini lah ahli kumpulan ako.
Nasib baik mereka adalah sangat-sangat prihatin dan membantu.


Kena plak persembahkan logo dan bercerita pasal logo kumpulan.
Dan juga lagu sorakan/tema kumpulan.

Grup ako memang simple.
Kitorang just bentukkan huruf-huruf T.R.U.S.T menggunakan bentuk badan sendiri.
Jadi la kan.... ater takkan nak suruh ahkak-ahkak tu menari dan menyanyi plak kan :p


Lepas tea break, kita ada satu aktiviti di luar bilik.
Aktiviti yang satu ni memang memerlukan kerjasama daripada setiap ahli.
Diberinya kami sehelai tikar plastik.

Satu kaler oren, di belakangnya bewarna biru.

Setiap ahli dikehendaki berdiri di atas tikar yang berwarna biru.
Kemudian dengan menggunakan kaki, kami diarahkan untuk menukar tikar tersebut kepada warna oren.


Ingat!!
Hanya menggunakan kaki sahaja.
Dan pastikan semasa proses pembalikkan, kaki sentiasa kena berada di atas tikar tersebut.
Kat sini lah cabaran nya.

Kreatif kah kowang?!!!
Bawa-bawa la berbincang sesama ahli kumpulan ye tuk cari jalan penyelesaian.


Ako bersyukur dapat sekumpulan dengan mereka.
Takde 'bossy'....
Takde 'kuli'...

Memasing terima saja segala pendapat.
Salah atau silap, janji kita cuba dan cuba hingga berjaya!!!

yeehaaaa!!!

Bukan kumpulan pertama yang berjaya tapi alhamdulilah kita berjaya menghabiskan misi ini dalam 2 minit (klu x silap).


Misi kedua plak.
Tadi misi secara individu iaitu secara berkumpulan kan.
Kali ni misi seluruh ahli dalam department.

Masih menggunakan tikar biru-oren.
Cuma kali ni diberi tikar yang lebih besar supaya setiap orang boleh berada di atas tikar tersebut.

Berjaya kah kami?
Pelbagai arahan, pelbagai aksi, pelbagai rentak!!

Alhamdulilah memang berjaya pun.
Yang penting semangat bekerjasama setiap orang!
Memang la cam payah sebab ramai tapi bak kata pepatah, "klu ada kemahuan, disitu ada jalan" *wink


Before kita lunch, sesi gambar beramai-ramai.
adusssss skema nya derang!!!


1 2 3 say cheeeeseeeeee!!!!
Ni la muka-muka department ako!!


Misi James Bond bila lagi?????!!


Tunggu ye lepas kitorang melantak lunch dulu ;p!!


Nak pegi makan tengahari.
Jauh nun ke depan.
Tengah panas-panas terik camtu tak larat arr nak jalan kaki ;p (dasar pemalas hahaha)


Bukan malas cuma dah ada kemudahan, so better la guna sebaik mungkin kan.


Jangan risau buggy sentiasa ada.
Cuma waktu itu terpaksa plak berebut dengan pelanggan resort yang lain.


Sape cepat, dia dapat!!
Hahahah harus la kitorang yang reramai ni conquer dulu kan.
Sorry amoi!!
Kami sudah lapar, nanti ada ativiti lagi.
Kami mengejar masa, jadi kasi kami naik dulu ye ;p


Apa?!!
Ingat orang main golf aje ke bole naik buggy!!
Kitorang pun dah merasa.
Kowang bila lagi?!!

Dah moh cepat makan.
Perut dah berkeroncong.
Masa rehat sejam je tau!

daaaa nanti kita jumpa lagi ye.... 

Nota Jemari: to be continue...