Saja nak campak belakang... Rasa lama betul kami tak buat family trip beramai ramai. Yang latest aritu time raya ke PD je la kan. Satu lagi alang-alang takde idea nak update kan, moh la kita throwback cerita percutian ke Kuala Terengganu 2 tahun lepas 🤣🤣 aci tak eh? Ekceli banyak sebenarnya trip yang malas nak di blog kan haha tapi yang ini kita cuba la ye. Kot masih ingat lagi kan kronologi percutian nya ni 😅😅
Family Trip 2024 ke Kuala Terengganu, of coz semua sekali la kan adik badik dan anak-anak buah join trip ni.
Kali ni kami naik flight ke KT. So sampai sana kami dah siap² booking HiAce.
Pengangkutan kami selama di sana. Senang gerak sekali 12 orang tapi ada juga tak bagus nya sebab ada sekali tu ako nak ronda² sendiri cari dobi or nak cari kudap² tapi sebab ako tak pandai drive van , dah tak pasal² kena hangkut semua orang kluar ramai² hahaah.
Destinasi pertama kami setelah landing di KT adalah ke Noor Arfa Craft Complex (NACC) iaitu lebih dikenali sebagai nak cari Noor Arfa Batik. Masa ni tak silap adalah cuti sekolah jadi memang ramai gila la manosia di situ. Penuh dengan rombongan sekolah, rombongan cik kiah dan rombongan rombongan keluarga seperti kami.
Kat bahagian entrance masa tu ada ruangan mewarna batik. Ada plak offer buy 4 free 1 so memang sesuai la dengan kumpulan kami. Ako soh semua budak budak join aktiviti mewarna batik ni. Sekurang-kurang nya masa mak mak gi soping kat dalam, takde la diorang bosan sangat kan. Haha memang tau tau je Noor Arfa punya plan nak menyenangkan mak bapak ye 🤣🤣
Aktiviti macam ni kalau tak disuruh memang semua malas nak join. Daripada diorang berzikir "lambat lagi ke?" , baik la ako paksa memasing buat aktiviti yang satu ni. Biar diorang khusyuk dan tak kaco mak mak nak bersoping 🤣🤣
Sementara diorang dok mewarna, moh la kita belek belek kain ela dari Noor Arfa Batik. Eh jangan la ingat batik cop ni mahal ye. Ada je yang murah murah dan affordable untuk kita semua.
Selain aktiviti untuk budak-budak sempena cuti sekolah dan juga shopping kain batik, ada juga pameran dan juga cara-cara melukis batik.
Kemudian kami ke Masjid Tengah Tengku Zaharah atau lebih dikenali sebagai masjid terapung.
Budak budak genZ & alpha mana tahan panas kan 🤣🤣 Baru jalan dari parking nak ke masjid terus cari tempat berteduh especially budak paaki spek itam tu haha.
Bila nina ajak anak-anak buah bergambar tengah panas🤣🤣 , "cepat la nina oii!! Panas ni!!" Aishh derang ni kan 😅😅 Ok la jom la balik.... mencik tau baru nak hajak posing². Bukan senang nak g situ lagi.😅
Ok ekceli lepas masjid terapung kitorang nak pergi lunch dulu sebelum check in homestay. Tapi kita sempat singgah beli kuih buat minum petang kat homestay nanti. Katanya tempat ni antara yang femes kalau ke area situ. Nama nya Gerai Kuih Gong Kapas. Seriously banyak gila kuih muih yang dijual. Memang rambang mata oii.
Pelbagai jenis kuih, ada yang kuih tradisional & juga kuih moden. Jenis kuih tempatan pun ada juga. Eeee kalau ke sana memang rasa semuanya nak dibeli🤣🤣
Dah beli kuih baru la kami cari port untuk lunch. Singgangbudu menjadi pilihan. Eh sini bukan je jual lauk singgang atau budu tapi macam macam jenis lauk tau tapi sayangnya ako tak sempat nak snap gambar sebab orang terlalu ramai. So kalau korang nak tengok camne ghope kedai dan lauk pauk nya , boleh ke IG SinggangBudu.
Kami check-in homestay kawan MAMA uyum jam 3 petang. Lepak betul kami sebab penat dari pagi membawa ke petang tak rehat² lagi. Malam nya tak larat nak gi jauh jauh cari makan. Just cari area² homestay je.
Cari punya cari rupanya ako tak snap pun gambar homestay.😅😅 Homestay ni ada 3 bilik. Laman pun luas. Nanti la klau ada info homestay ni lagi, ako share kat sini balik ye.
Bersambung hari kedua....
Nota Jemari: kita throwback je la lepas ni eh. Ako suka trip kitorang kali ni, so sayang kalau tak simpan kat blog🥰🥰























2 Comments
2 tahun lepas masih ingat cerita ni kira mantap memory ni. Hihi. Lama jugak dah Cie tak ke Ganu. Abang ke3 ada duk sana.
ReplyDeleteIngat² lupa juga.. kita amek yg penting² je la kan 😜 harap memori 2 thn lepas masih simpan lagi dan bole dishare ngan semua org heheh
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com