THROWBACK: DAY 3 FAMILY TRIP SARAPAN DI KEDAI KOPI BURUK     THROWBACK: DAY 3 FAMILY TRIP SARAPAN DI KEDAI KOPI BURUK

THROWBACK: DAY 3 FAMILY TRIP SARAPAN DI KEDAI KOPI BURUK

Ok kita sambung lagi ye.
Semalam nya tu kan dah seharian atas laut. So hari ketiga ni kita seharian di daratan plak ye 🤣🤣

Pagi tu kami breakfast di Kedai Kopi Buruk dekat area wakaf beruas. Kitorang random je cari kedai sarapan pagi tu. Cari punya cari terjumpa kedai ni. Ok la style dolu dolu kan. Ibarat balik kampung lepak kedai kupi gitu 😜
 

Tak sangka ramai plak yang beratur. Masa kami sampai tu memang tengah penuh la semua meja. Jadi kita tunggu la kejap. Knowing kami yang 12 orang ni kan. Confirm la takkan dapat satu meja ye. Its ok janji dapat makan kan😁


Nasib tak perlu tunggu lama sangat. Ada yang sudah habis makan, maka nya dapat le kami 3 meja berasingan.



Dalaman kedai penuh dihiasi barang barang lama. Tapi macam banyak koleksi macam kedai repair kete kekdahnya.




Macam-macam yang kitorang order, al maklum 12 orang punya mulut kan hahaa. Tapi yang ini ako lupa, apakah ini eh?😅 Laksam? Mi sup? Laksa? Ya allah rupanya pun ako tak leh nak huraikan. Haha kalo korang terror, apakah itu? Seriously ako memang tak ingat ini apa🙈


Nasi lemak ayam goreng. Bole la cuma ako kireng sket kalau sambal cair macam tu.


Mi rebus?! Ke mi udang eh? Ya allah memang hilang ingatan betul ako ni haha..bukan apa, kadang rupa macam mi rebus tapi maybe mi kari udang haha yang pasti dengan gambar korang tafsir je la sendiri ye😅


Air kopi susu kan ni hahaha... 


Hahaha nasi asam pedas la kan yang ni 😅😅 sila bantu eh pada orang orang pantai timur. Sorry tau sebab nasi tu warna kuning, mula ako ingat nasi ayam tapi sebelah nya ikan asam pedas so ako assume betul la tu nasi berlaukkan asam pedas. Eh kat belah belah sana memang biasa je kan sarapan lauk gini? Maybe rabia bole tolong jawab kan, kan😅


Roti bakar kaya style kampung. Eh roti bakar style bandar camne? Hahaa xde la slalu kalau kat kopitiam dia guna roti bun, roti bakar roti 4 segi tu kan. Kadang ada juga guna roti 'benggali' cam dalam gambar tu. Haha suka hati ako je sebut roti benggali.🤣🤣 tapi betul la zaman kecil² memang orang benggali jual roti ni bawa motor memalam lalu depan rumah ako. Tak tau la area rumah korang dulu yang jual roti bai atau india? Dah melalut plak ako ni 🤣🤣


Mi goreng kampung tapi kalau kat Melaka diorang panggil mi 'bodoh' sebab takde rencah, mi kosong je semata² tapi nasib la berasa mi nya tu. Ako kalau makan mi kosong ni ok je tapi kalau letak sambal lagi umphh 😜

Alhamdulilah overall sedap je semuanya ekceli. Kalau ada rezeki jejak terengganu, boleh singgah situ lagi.

Bila semua dah kenyang, moh la kita ke destinasi seterusnya di next entry k...😉

Nota Jemari: stress la link blog ako masih tak helok² lagi 🤨

Post a Comment

0 Comments