THROWBACK: DAY 3 FAMILY TRIP SARAPAN DI KEDAI KOPI BURUK     THROWBACK: DAY 3 FAMILY TRIP SARAPAN DI KEDAI KOPI BURUK

THROWBACK: DAY 3 FAMILY TRIP SARAPAN DI KEDAI KOPI BURUK

Ok kita sambung lagi ye.
Semalam nya tu kan dah seharian atas laut. So hari ketiga ni kita seharian di daratan plak ye 🤣🤣

Pagi tu kami breakfast di Kedai Kopi Buruk dekat area wakaf beruas. Kitorang random je cari kedai sarapan pagi tu. Cari punya cari terjumpa kedai ni. Ok la style dolu dolu kan. Ibarat balik kampung lepak kedai kupi gitu 😜
 

Tak sangka ramai plak yang beratur. Masa kami sampai tu memang tengah penuh la semua meja. Jadi kita tunggu la kejap. Knowing kami yang 12 orang ni kan. Confirm la takkan dapat satu meja ye. Its ok janji dapat makan kan😁


Nasib tak perlu tunggu lama sangat. Ada yang sudah habis makan, maka nya dapat le kami 3 meja berasingan.



Dalaman kedai penuh dihiasi barang barang lama. Tapi macam banyak koleksi macam kedai repair kete kekdahnya.




Macam-macam yang kitorang order, al maklum 12 orang punya mulut kan hahaa. Tapi yang ini ako lupa, apakah ini eh?😅 Laksam? Mi sup? Laksa? Ya allah rupanya pun ako tak leh nak huraikan. Haha kalo korang terror, apakah itu? Seriously ako memang tak ingat ini apa🙈


Nasi lemak ayam goreng. Bole la cuma ako kireng sket kalau sambal cair macam tu.


Mi rebus?! Ke mi udang eh? Ya allah memang hilang ingatan betul ako ni haha..bukan apa, kadang rupa macam mi rebus tapi maybe mi kari udang haha yang pasti dengan gambar korang tafsir je la sendiri ye😅


Air kopi susu kan ni hahaha... 


Hahaha nasi asam pedas la kan yang ni 😅😅 sila bantu eh pada orang orang pantai timur. Sorry tau sebab nasi tu warna kuning, mula ako ingat nasi ayam tapi sebelah nya ikan asam pedas so ako assume betul la tu nasi berlaukkan asam pedas. Eh kat belah belah sana memang biasa je kan sarapan lauk gini? Maybe rabia bole tolong jawab kan, kan😅


Roti bakar kaya style kampung. Eh roti bakar style bandar camne? Hahaa xde la slalu kalau kat kopitiam dia guna roti bun, roti bakar roti 4 segi tu kan. Kadang ada juga guna roti 'benggali' cam dalam gambar tu. Haha suka hati ako je sebut roti benggali.🤣🤣 tapi betul la zaman kecil² memang orang benggali jual roti ni bawa motor memalam lalu depan rumah ako. Tak tau la area rumah korang dulu yang jual roti bai atau india? Dah melalut plak ako ni 🤣🤣


Mi goreng kampung tapi kalau kat Melaka diorang panggil mi 'bodoh' sebab takde rencah, mi kosong je semata² tapi nasib la berasa mi nya tu. Ako kalau makan mi kosong ni ok je tapi kalau letak sambal lagi umphh 😜

Alhamdulilah overall sedap je semuanya ekceli. Kalau ada rezeki jejak terengganu, boleh singgah situ lagi.

Bila semua dah kenyang, moh la kita ke destinasi seterusnya di next entry k...😉

Nota Jemari: stress la link blog ako masih tak helok² lagi 🤨

Post a Comment

30 Comments

  1. yg 1st tu laksa lemak ganu....yg nasi tu nasi minyak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo betul la laksam tp tgk mcm cair plak kuahnya tu was²😅

      Ooo nasi minyak eh yg merah oren tu

      Delete
  2. JJCM, lepas ini mesti episod shopping kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kitrg x soping sangat masa tu.. more to xtvt melawat² je

      Delete
  3. ahahahaaa kelakar la entri ni, boleh melalut pasal roti pulak. adoiii...
    but, i dont care ttg mkn ni, ngap ja semua looks yummy.

    ReplyDelete
  4. Nasi kuning tu nasi minyak Ganu rasanya. Asam pedas ke gulai ikan tu Ako? Biasa nasi minyak depa makan dgn gulai kan. Ke PH pun salah & tak tau jugak 😂😂😂

    Bloglist PH baru update sikit². Ada yg muncul dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo nasi minyak eh haha tgk mcm asam pedas haha myb btul la tu gulai ikan kot😅😅

      Huhu bloglist kita masih sama je

      Delete
  5. Menarik kedai ni sis.Mcm dlm kedai cendol dkt concubine lane - ipoh =D

    ReplyDelete
  6. Agaknya dekat Terengganu tgh trending kedai kopi stail klasik gini ek. Kat Kemaman kiteorg pernah singgah Kedai Kopi Klasik Kemaman. Lebih kurang gini jugak rupa kedainya tapi menu ada yg moden jugak macam pasta aglio olio.

    ReplyDelete
  7. nama je buruk tapi makanannya fuhhhhhh
    dah mcm kat hotel
    terliur sy tgk mi kari tuuuuu

    ReplyDelete
  8. Klasik betul kedai kopinya. Orang pantai timur pagi² sarapan nasi. Pekat betul tengok kopi tu.

    ReplyDelete
  9. Nampak anak buah Cie yang duk Ganu pi mengopi kat kedai ni. Rasa bulan lepas kot tengok story IG dia.

    ReplyDelete
  10. Macam kedai repair keta eh…geli hati saya baca 🤣

    Hmm…blog saya pun sama, masih tak update di bloglist kawan-kawan. Bertabah jelah guna platform percuma kan 😅

    ReplyDelete
  11. Memang buruk kedai nya tapi klasik hihihii... Makanan kalau ada vibe kampung2 ni sedap sedap... Biasanya lah kan..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya weyy laksa trengganu.. ishh memang 2 pinggan aku boleh makan kalau ke Trengganu.. patut nama kedai buruk.. okayy fahamm hehehehe

    ReplyDelete
  13. Nice juga kedai kopi buruk ni. Macam rumah lama buat kedai atau memang bengkel dibuat kedai. Saya pun kurang kalau sambal cair ni. Tak pasti lah pulak apa benda tu KakRet. Macam mi sup pun ada. Mungkin Laksam style Ganu kot.
    Mi goreng kalau ada sambal lagi umpph kan. Saya pun suka macam tu. Lama betul throwback ni KakRet. Nasib baik masih ada yang ingat.

    Samalah, link blog saya pun masih KO lagi.huhuhu...

    ReplyDelete
  14. Nama klasik mcm drama dulu 2
    Yg pentingg sedapp

    ReplyDelete
  15. Kedainya klasik betul. Kelaparan terus tengok semua gambar makanan ni

    ReplyDelete
  16. Best juga konsep Kedai Kopi Buruk ni, nama pun terus buat orang curious 😄 Suasana old school macam kedai kopi kampung memang ada feel tersendiri, lagi-lagi waktu sarapan. ☕️

    ReplyDelete
  17. Laksa ganu rasanya tu.. yang akak tau ada kuah putih dan kuah merah.
    1st time makan mak mertua adik buat. sedap sangat.

    ReplyDelete
  18. Sambal cairpun sedap. Haha lupa ingatan menu makanan.

    ReplyDelete
  19. Roti bandar biasa ada degree holder hahahaaa..

    ReplyDelete
  20. Ok, catat dulu tempatnya 😄😄❤️. Yg begini saya lebih suka daripada cafe kopi modern 🤭🤭.

    Lawak yang ditulis , jangan mengeluh kopi dingin itu 😅👍.

    Yg di atas tuh nampak macam laksam lah kak . Saya tebak itu 🤭😅.

    Saya kalau sambal nasi lemak cair, tak masalah, asalkan harus pedas 🤣🤣. Kalau tak pedas, mau cair atau tak cair, jadi tak suka 😄

    Mungkin supaya tak lupa kakak bisa record pakai voice notes dulu 🤭

    Saya tiap traveling , kalau sedang malas catat, saya record pakai voice notes hp kak. Apa yang saya makan, rasanya, terdiri dari apa aja, semua saya sebut. Jadi pas tulis di blog, tinggal saya dengar ulang rekamannya 😅. Makanya tulisan saya dari yang 5 tahun lalu pun masih ingat hahahahah

    ReplyDelete
  21. Banyak kali dengar kedai ni. Lama betul tak ke area sana. Antara semua makanan, kenapa lah roti bakar paling memberi kesan (seorang hantu roti 😂)

    ReplyDelete
  22. kedai buruk tp cute laa estetik gitu. food pun semua sedap2 tu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com