..ok jom sambung balik!

Lepas lunch memasing dah start mengantuk!
Biasa la kan, lepas melantak konpom berat je kepala.
Klu ada bantal time tu, for sure terlelap punya.
OK ok bukan nak citer pasal mengantuk or menidokan diri. Jom kita jengah aktiviti di sebelah petang nya plak.


Konon nya aktiviti petang itu adalah berkaitan dengan misi James Bond.
Wah, semangat berkobar-kobar dah ni nak menyelesaikan misi tersebut.


Maka masing-masing pun khusyuk la mendengar dan melihat slide show yang ditunjukkan kat depan tu. Misi james bond la katakan, so harus la ada muzik berlatarbelakang filem james bond kan.


Sampai la di akhir slide show, tetiba diarahkan ketua kumpulan untuk ke depan.
Apa lagi, bila dah dapat arahan macam tu, berlumba-lumba la wakil kumpulan ke depan dengan rakusnya sambel mengambil beg briefcase di hadapan itu.

Tanpa arahan susulan, berkobar-kobar la ahli jemaah untuk menyelesaikan code untuk membuka briefcase tersebut.

Excited OK!!!
Dah sumer terover excited, ahkak pun TERexcited la juga kan nak buka briefcase itu.
Cuba dan cuba!
Cuba lagi dan terus mencuba.
Akhirnya salah seorang cuba mendapatkan kod tersebut daripada ketua fasilitator.

Hanya clue yang diberi!
Clue sangat mudah!
Sampai tak terpikir dek akal mereka yang cerdik pandai.


Ok setel dah bole buka briefcase, rupanya ada misi lagi.
Misi menjawab soklan matematik.


OK part ni memang ako serahkan pada yang lebih pakar dan tangkas la ye.
Ahkak ni dah la lembabs nak menjawab soalan kira-kira.
Tapi sudah nya grup ahkak juga yang kelewatan mendapat sumer jawapan nya.

Erkk..... pasrah!!


Dah dapat jawab soklan tadi, kita diarahkan untuk ke stesen berikutnya.
Setiap kumpulan takkan berada di stesen yang sama.
Tapi klu kumpulan pertama tadi sudah siap menyelesaikan misi pertama mereka, berkemungkinan mereka boleh berada di stesen yang sama dengan kumpulan kami.


Berbincang punya bincang.
Baca punya baca.
Macam la ako paham sangat kan hahahha ater siyes bebenor muka nya tu haha :p


Misi nya adalah, diberi seutas tali.
Dikehendaki seorang untuk berjalan di atas tali tersebut sebanyak 4 kali pusingan.
Dengan ahli yang 6 orang sahaja, adalah mustahil untuk membuat misi tersebut tanpa bantuan yang lain.
Kebetulan ada lagi sebuah kumpulan yang baru sampai di stesen tersebut, maka berpakat la kami 2 kumpulan untuk bergabung tenaga.






Cukup empat pusingan untuk kumpulan kami.

Berat!
Saket!




Misi kumpulan lagi satu juga berjaya.
Nampak je kecik molek budak ni tapi keberatan nya, ya ampun mengalahkan ahli kumpulan ako yang tadi.

Gara-gara games yang ini, saket seluruh badan, pinggang, tangan .
Tak dapat nak digambarkan kesaketan dan kepenatan nya itu.

Alhamdulilah berkat kerjasama, kedua-dua kumpulan berjaya menyelesaikan misi ini dengan cepat.





Waktu ini ntah macam mana, boleh dikatakan sumer kumpulan kebetulan berada di stesen ini.
Tak suka betul main games ni.
Menyusahkan.

Nampak terowong guni kaler biru tu?
Dalam tu ada bola ping pong.
Kena isi kan air ke dalam terowong itu supaya bola ping pong dapat dikeluarkan.

Akan tetapi terowong tersebut telah ditebuk. Maka berlobang-lonbang la ia.
So, terpaksa la masing-masing mencari jalan bagaimana untuk menutup lubang-lubang tersebut supaya bila letak air, air tidak akan kluar.

Sudah lah hanya ada satu je paip air kat situ.
Pihak atcen hanya bagi kita satu baldi kecik sahaja.

Ha jenuh la cari sesuatu untuk menadah air.
Ada paip pun tapi kuarnya ciput aje.
Waduh memang menguji kesabaran masing-masing.



Sudahnya ahli lelaki grup ako mencari jalan dengan menghangkut air dari laut.
Hahahahaa.... So bila air laut dituang ke dalam terowong, konpom la siapa yang di bawah akan kebasahan dan terasa kemasinan air itu.



Air laut, masin plak tu.
Bila termasuk ke mata, pedih nya sukar digambarkan.

Games ni kebanyakkan macam sudah give up!
Ada yang hampir x nak sudahkan misi itu.
Ada plak yang terpaksa menipu untuk mengeluarkan bola ping pong tersebut.
Pihak fasilitator terlalu tegas. Sebab itulah kami terpaksa menipu unutk menyudahkan game yang satu ini.

Masa banyak terbuang kat stesen ini sahaja.


Seterusnya kita ke stesen 'angry bird' nama game nya.
Hanya beberapa orang sahaja diperlukan untuk menyelesaikan misi itu.



Ada pelbagai jenis bola.
Yang kecik.
Yang besar.
Yang bolat.
Yang leper.

Tak kisah camne ghope bola nya, janji ko lastik dan pastikan rakan di sebelah sana dapat menyambut bola tersebut. Tak payah banyak-banyak, satu bola yang berjaya disambut pun sudah memadai.

Memang nampak senang tapi klu xde skill melastik, kira agak susah la juga.
Bukan setakat skill melastik, skill menyambut bola juga musti power. hahaha


Dah dapat bola, kena plak melukis.
Kali ni, warna yang diberikan bergantung pada berapa jenis bola korang dapat sambut.
Klu dapat satu je, maka satu je la jenis warna yang boleh dipilih.
Klu dapat dua, bole la ko amek 2 jenis warna iaitu samada crayon dan magic ink.



Kerjasama penting!
Masa ni, dah x kira dah ko grup sape, ako grup sape.
Kesuntukkan masa, maka sesape saja akan turut membantu antara satu sama lain.


Inilah hasil lukisan kami.
Hahahaha mengalahkan lukisan budak darjah satu.
Jadi la, emergency la katakan :p



Selesai sudah.
Tapi macam x berjaya je misi james bond ni.
Ermm.. kami sumer menggunakan masa yang melebihi waktu yang tlah ditetapkan.

Sangat keciwa.
Penat tapi enjoy la sikit.
Daripada xtvt terperuk je kat dalam kelas kan.
Sekurang-kurangnya ada juga xtvt di luar yang memerlukan tenaga fizikal.

Jadi laaa..... *sigh


Ambooiiiii akak-akak sekalian.
Makan-makan tu ingat orang sebelah :p
Bila dah letih, hilang lapar.
Dah terbayang bantal dan tilam aje tu.


Kelas berakhir lebih kurang jam 6 petang.

Bilik!
Katil!
Bantal!


Masuk-masuk je bilik, wah teruja!
Sangat luas dan cantek!
Harga bilik, sila rujuk kat official website Palm Tree Gold Coast Sepang.




Jadi la tempat untuk bermalam.
Cuma dapat bermalam satu malam je pun.
Tak sempat nak menikmati keindahan bilik puas-puas.
Sebab nya malam itu kami ada dinner BBQ dan juga persembahan.



Toilet yang lutsinar.
hahah tipu la kan.
Harus la derang sediakan bidai.


OK la nak berehat dulu.
Sepetang di Gold Coast.
Eh eh kena la feel ala-ala di ostrolia kan.
hahaha daaaaa

Nota Jemari: ..ada lagi k....tunggu!