Followers

Thursday, June 14, 2012

Jom Langkawi 2012

Setel dah kan citer New Zealand. Sorry la ye berkurun nak ngabihkan citer NZ.
OK ok kali ni jom kita story mory pasal lain plak.
Seminggu lepas balik dari NZ tempoh hari, ako ke Langkawi plak. (ok memang citer dah basi tapi kowang layan je la ye....berderet lagi hutang citer ako kat sini)
Percotian yang ini plak adalah anjuran Puspanita kat opis ako ni ha.


Tanggal 13-15 April 2012.
Perjalanan kami ke sana dengan menaiki bas.
Bertolak malam Jumaat, so memang konpom la hari Jumaat esok nya ako kena amek cuti.


Saat menantikan bas tiba dari HQ opis menuju ke Lanai.
Sangat la kelembapan menunggu.
Katanya ada yang terlewat atau tersesat hatta tersasar.
Namun, kami tetap gigih menanti dengan sabar.

Lebih kurang jam 11 malam, kami sumer selamat bertolak dari KL menuju ke Kuala Perlis.
Ini pertama kali ako ikot rombongan ke Langkawi naik bas kemudian naik feri.
Slalunya memang fly aje la kan.
Perjalanan malam tu memang tak terasa sangat. Maybe sebab excited travel beramai-ramai kekdahnya kot. Kali terakhir ako ikot rombongan macam ni, rasa nya masa zaman skolah.

Pejam celik pejam celik, dah sampai Kokdiang.
Time ni memang celik terus sampai la ke Kuala Perlis.

Ngam-ngam kitorang sampai kat jeti kuala perlis dah masuk waktu subuh.
Solat subuh dulu di masjid berhampiran. Ghopenya ramai juga yang datang solat di situ.
Kebanyakkan mereka adalah pelancong-pelancong seperti kami yang akan menaiki feri pertama untuk ke Langkawi pada pagi tu.


Jam 7:30 pagi.
Feri pertama.
Perjalanan lebih kurang sejam ke Langkawi (sorry klu ako silap..lupa sudah).

Muka x mandi pagi.
Arghh.. cuci muka sudah cukup!
Kang sampai kat resort boleh mandi terus.
Lalalala... 

Sudah lama x naik feri ke sana.
Seingat ako, kali terakhir adalah waktu kecik-kecik dulu.

Sampai di jeti Kuah lebih kurang jam 9 pagi.
Katanya xde disediakan transport dari jeti kuah ke resort.
Maka, sesiap la kitorang dok booking kereta sewa dari KL lagi.
Dan dan dah bayar, alih-alih dapat tahu ghope nya derang ada sediakan bas plak.
Aisshh sangat la geram! Tapi xpe la sebab ako pun memang suka memandu di pulau langkawi.

Sebab aktiviti hari itu adalah bebas, maka kami pikir adalah senang klu ada transport sendiri.
Maka terpisah la ako dan mereka yang lain di jeti tersebut.

Zasss... dapat je kereta terus kami menuju ke resort BNM di pantai cenang sana.
Lepas check-in, kami bekfes dulu. Kemudian baru la bersihkan diri dan bersiap-siap untuk menyopingkan diri. Eh menyibukkan diri dengan aktiviti bebas. 


Bebas la sangat kan!
Hahaha.... 

Menyempurnakan perihal 'mengidam' kawan nan sorang tu.
Tetiba ngidam nak naik cable car.
Laayan kan aje la ye.


Ha, puas tak cik kak oii dah dapat naik cable car tu??? ;p


Ekceli takde apa yang menarik sangat pun kat atas puncak gunung mat cincang ni.
Penat mendaki kat 'utan kecik' klu nak menuju ke jambatan tu ada lah.
Masa kita sampai kat atas tu, kabus dengan penuh memenuhi ruang lelangit. eh betul ke lelangit ek??
So bagi ako pemandanga, takde la cantek sangat sebab putih aje kan.


Cuma bila nak turun dari gunung tu, baru la cahaya mentari terpampang kat depan muka.
Ekceli ako pun suka juga naik cable car ni.
Hahahaha.. Duduk saja meh apa mau takot.
Sekali sekala je ko rasa cam buaian dek tiupan angin sepoi-sepoi bahasa tu.
Biasa la tu kan, sebab nama pun ko daki gunung. KLu x membuai, tak seronok nama nya haha :p

*psstt klu kecot, dok dendiam sudah*

Lepas turun je dari mat cincang, kami terus menuju ke pekan kuah.
Sebab hari itu adalah hari Jumaat, dan masa kami sampai kat pekan lebih kurang jam 130 petang, maka kebanyakkan kedai ditutup sementara bagi menghormati mereka yang ingin bersolat jumaat.

Takpe.. kita kasi alas perut dulu.
Lunch time!
Tak banyak kedai makan yang dibuka tengahari itu.
Ternampak satu kedai masakan Thai di sana, maka melantak arr kami disitu dengan harapan harga nya idak la mahal sangat. Al-maklum berjalan di tengah-tengah bulan, kena la pikir uwang yang dibawa pun cuku-cukup makan aje lor. (plus sudah kering kan baru balik dari NZ time tu)

Lepas makan, sudah kenyang baru semangat nak bersoping (konon nya la kan).
Klu ke Langkawi soping apa je sangat kan.
Konpom ceklat, ceklat, ceklat.


Konon lepas soping nak terus pulang ke resort.
Tapi sebab ada banyak lagi masa maka terus aje la kami ke Tanjung Rhu.

Konon nya nak melepak sambel menikmati keindahan pantai.
Tapi sesampai je kat situ terus TERsoping plak.
Sudahnya xde nya kami nak melepak kat situ.
Abis soping terus pulang.


Oh ye, skrg ni kawasan tanjung rhu dah private tau.
So, klu kowang nak sampai ke pantai rhu tu nanti kena lalu depan security guard.
Dia akan soh kowang tulih nama dan no plat kete.
Nampak gaya bakal ada pembangunan kah di kawasan tanjung rhu itu nanti?


Sewaktu kitorang berseronok mendaki gunung mat cincang, dan kemudian melantak masakan thai seterusnya menyopingkan diri di pekan kuah, mereka yang lain plak membawa diri ke Kilim Park.

Memang ako x pernah sampai pun ke Kilim tu tapi setelah melihat gambar-gambar mereka di sana, ako rasa x rugi pun klu x pegi. Coz tempat tu seperti ke taman negara di tanjung piai sahaja.


Ekceli tujuan kitorang ke langkawi aritu atas event family day anjuran puspanita kat opis ni ha.
So, hari sabtu 14 April adalah hari yang dinanti2kan oleh kitorang.
Pepagi lagi dah kena exercise.


Lepas tu sesi bergambar beramai-ramai plak. 
Tapi masa ni separuh je yang dapat bergambar.
Coz separuh lagi masih diulit mimpi kot heheh :p


Lepas exercise kita melantak.
Ha elok la sangat kan hahaha...


Lepas bekfes bermula la acara sukaneka.
Untuk game pertama iaitu "lari bawa getah menggunakan straw".
Ako pasti ramai yang tahu game ni.
Cuma yang cabaran nya di situ, setiap pemain kecuali pemain yang terakhir dikehendaki berlari dengan bertopeng sambel kedua-dua tangan berada di belakang.
Dan untuk game yang pertama ni, group ako sepatutnya dapat tempat kedua tapi diumukan mendapat tempat ketiga.

Ako sebagai pemain yang terakhir untuk game ni ghase sangat-sangat keciwa OK!!
Apa tak nya penat lelah ako berlari sekuat hati tuk sampai ke garisan penamat tapi sudah nya diumumkan dapat tempat ketiga gara2 pengadil x nampak kelibat ako?? Erkkk badan punya besar ni pun x nampak ke??? Aiyooo...... tapi at last, ada gak yang perasan dan kami dinobatkan sebagai naib juara. Terima kasih pada yang prihatin!!


Game kedua plak iaitu cari seberapa banyak bola ping pong yang ditanam sesiap dalam pasir itu.
Cabaran nya kat sini, seorang atau dua orang pemain dibenarkan berada di dalam kawasan yang sudah ditandakan sambel kedua belah mata ditutup dengan kain hitam.

Manakala pemain yang lain dibenarkan memberi arahan kepada pemain utama untuk mencari bola ping pong itu. 

Tinger kena peka.
Tangan kena cargas.
Hati kena teguh dan sabar.


Sangat teruja melihat kebolehan si nadia mengkais pasir-pasir itu untuk mencari bola ping pong tersebut. Abesh la kuku-kuku yang bersih putih terus jadi hitam dan kotor. Klu kowang jenis yang terlalu menjaga sangat kecantikkan kuku, memang TIDAK disarankan bermain permainan ini ;p

Syabas nadia!!!
Kerakusan dan ketangkasan menggali telah membawa kumpulan kita meraih tempat ketiga.
Alhamdulilah, walau hanya tempat ketiga tapi bila tengok usaha gigih si Nadia mencari, rasanya dah berbaloi dah tu.


Pastu game lari berpasangan sambel kaki diikat.
OK game ni cam biasa juga kan.
Tapi ntah mana silap, time turn ako nak berlari, ikatan tu plak buat hal.
Pasangan sebelum ako tu ntah macam nak cepat soh ikatan tu terus jadi ikatan mati.
Susah nak buka, dan membuatkan ikatan itu longgar.
Ok ako malas nak citer camne tapi kowang bayang kan je la sendiri yek.
Sudahnya bila ako ngan pasangan ako nak berlari terus kami terjebuk merebahkan diri.
Hahahaha... yang ntah pape pape tu x pasal2 kena marah plak ngan ketua kumpulan.

Eh helooo!!!!
Dah la ko x main, patutnya kasi la semangat sket kat ahli kumpulan yang tengah berhempas pulas nak bagi kumpulan ko menang. Tapi akhirnya kecundang seperti juga kecundang nya ako ke tanah yang berpasir itu. Dan opkos la game ni group kitorang tak menang kan.

Keciwa!
Keciwa!
Dah rebah terus tunduk dan berlalu pegi... huhu.


Yang ini plak nama nya games "aiskrim malaysia" (erkk memandai je ako kan.. hahaha )
Cuma perlu masukkan air yang bewarna-warni itu ke dalam plastik.
Ala sebijik cam nak buat aiskrim malaysia tu.
Game ni ako x main tapi klu x silap grup kitorang dapat tempat ketiga kot.


Cuba bayangkan klu orang tua yang main game ni??
Haaa bughok benor ghope nya tu.
Cari gula-gula dalam tepung.
Sebab game ni ako main, so skrg ni ako dah tahu la camne perasaan budak-budak klu main game ni.
Kesian OK!!!

Aisshh memang betul la, game ni kena soh orang tua yang main.
Asek-asek bagi kat budak-budak je kan.

Uwekkk...
Geli OK!!
Especially bila tepung mentah tu termasuk lam molot.
Part ni memang ako muntah banyak kali arr.
Tobat dah weii x moh main game ni.
Hahahaha... 

Selesai je menepung tawar eh silap hahahaa...
Abs je maka berakhir la acara sukaneka di pagi hari itu.
Sebelum semuanya berehat, kami berkumpul untuk membincangkan tugasan persembahan di malam hari nya pulak. Setiap kumpulan gigih membuat latihan untuk acara malam.


Salah satu kumpulan yang gigih berlatih.
Dapat lagu last minit.
Dapat idea pun last minit.
Tapi akhirnya berjaya juga buat 'show' yang perfect!
Tahniah!!

Btw, time ni group ako dok sibuk berlatih kat bilik karaoke.
erkkk bukan nak menyanyi pun cuma buat menari je pun hahaha..
Bila sesuatu yang kita plan untuk bersantai jadi sesuatu yang siyes, ermm hasilnya sumer jadi kelam kabut.

Kesian!
Kesian kat group ako je la dapat ketua kumpulan sebegitu ghope.
Nasib badan...... 

Sesi latihan setiap group ako rasa memasing lebih kurang amek masa dalam sejam dua la juga.
Lepas tu ada masa lagi tuk berehat, lunch dan buat la aktiviti bebas sebelum kita kena berkumpul semula dalam jam 3:30 petang (masa anggaran je ek.. ako pun x ingat sangat).

Masa yang terluang tu la ako dok sibuk cari sesuatu yang sesuai dipakai tuk acara malam nya nanti.
Tema pada malam itu adalah 'kain batik'.
Memang ako x bawa baju yang sesuai pun tuk dipakai.
Ingat memang nak beli je kain batik bila sampai kat langkawi tu,
Hahhaa... Cari punya cari, beli punya beli, end up ako pakai simple je pun.
Sebab kisahnya group kitorang ni konon nak buat 'fashion show' malam tu.
Dah ako cakap ako x bawa baju pape pun yang sesuai, tu yang siang tu memang jenuh juga la dok mencari sesuatu yang bersesuaian.


Seumur hidup x pernah main volleyball.
Klu netball tu pernah la juga main.
Ini main bola tampar, ok!!!!
Dahlah satu-satu nya sebab dari dulu ako x nak main bola tampar ni sebab menyakitkan tangan aje.

Masa first round tu memang ako bole elakkan diri dari bermain.
Masuk je second round, dah x pasal-pasal derang soh gak ako main.
Ok, dah la x reti main.
Ako belasah aje la ye.

Tapi bangga gak, dalam x pernah-pernah main tapi part menampar bola, fuh seb baek la lepas jaring tu. Dan yang lelain pun bukan nya ahli sokan kan maka game ni konpom la kitorang sekadar no 3 saja, jadi la kan :p


Selesai main volleyball, kita ada polo air la plak.
Hahahha sama la juga, permainan ni memang x pernah juga ako main.
Sebab kena basah so ako cam malas arr nak mengofferkan diri.
So mmg first round ako dapat elak la kan daripada bermain.
Tapi masuk je second round, sekali lagi ako dipaksa juga tuk basahkan diri.

Gurlpp!!!
Dah la x pandai berenang.
Dah la ako kurang gemor sket nak main basah-basah ni.
Akhirnya kecundang juga ako kebasahan di petang hari sabtu yang indah itu.

Gedebush!!

Keputusan nya, group kitorang berjaya mendapat tempat ketiga.
Ok la not bad juga hahaha.


Dinner time!
Malam yang dinanti-nantikan.
It's show time!!!

Plan nya dinner bbq kitorang dibuat kat luar tepi swimming pool.
Sedang-sedang melantak, alih-alih ujan renyai-renyai sudah turun.
Jadi sebelum semua yang dah mekap-mekap tu kebasahan, baiklah kita berpindah dan cari tempat berteduh yang sesuai.

Dan acara malam itu terpaksa diteruskan di dalam bilik meeting merangkap dewan kecik di resort itu.


Show daripada kami.

Ada dikir barat.
Ada tarian lagu aserehe ha..
Ada lakonan.
Ada nyanyian.

Wah memang berbakat sungguh kan ahli-ahli puspanita ni. :p

Tahniah buat para pemenang.
Tak kisah la yang menang baju ikut tema.
Dan x lupa juga yang menang untuk persembahan malam itu.
Paling utama, tahniah buat pemenang keseluruhan untuk event family day ini.

Terima kasih juga buat penganjur.
Terima kasih juga buat kengkawan ako.
Tanpa paksaan ajakan mereka, xde nya ako nak join.
Pape pun, tahun depan dengar-dengar nak buat kat Sabah ek?> :p

Gambar : ihsan dari kak mimah .. TQ kak ;-)

Nota Jemari: nama pun PUSPANITA..konpom 'kakak'kakak je yang kelihatan ;p

No comments: