Followers

Friday, July 20, 2012

JASM Staff Day 2012 - part 3

Bersambung lagi...
Kisah bercanda di tepi pantai belum berakhir lagi.
Malam nya kami ada BBQ dinner.
Tepi pantai ... tapi malam itu tak rasa plak angin pantai bertiop.

Acara dimulakan dengan pembawakan obor sambel diikuti oleh setiap orang ke atas pentas.
Kemudian berkumpul di dalam kumpulan masing-masing.
Melaungkan lagu 'cheers' setiap kumpulan, maka bermula la event "JASM Games". 

Kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan di awal-awal lagi iaitu "X TAHU", "KAWT1M" & "LOW INFLATION".
Untuk acara pertama, setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan untuk malam dinner tersebut. Pemarkahan persembahan dinilai berdasarkan kekreatifan, dan paling penting setiap orang diWAJIBkan menyertai persembahan itu. Tiada pengecualian.

Persembahan terpulang kepada kumpulan memasing.
Bagi kumpulan ako, kitorang telah menghasilkan satu video bertajuk "A Day in JASM"..
Insyallah kowang leh tgk video tu kat website department kitorang yang bakal di launch sedikit masa lagi.
(tapi video tu sekadar hiburan semata-mata)

Group kawt1m menari tarian joget. Boleh tengok kat sini derang punya show.
Manakala group X Tau buat persembahan ala-ala SMASH (mcm muzikal teater la gitu).


Pastu ada games plak.
Game pertama "Jangan Lupa Lirik".
Rasa nya game ni musti kowang tahu kan. Sama je konsep nya yang mcm kat tb tu.
Dah nyanyi-nyanyi pastu ko sambung la lirik yang tercicir.
Masa ni la ko kena yakin kat wakil grup kowang tu.
Samada dia bole hafal atau tidak lirik yang tertinggal.

Bersungguh-sungguh betul derang sumer menyanyi dan gigih mengingat lirik.
Memang berbakat derang ni ghope nya ye haha..
Nak soh ako melalak, erkk memang kelaut pigi nya tu kang.
Ahkak x mampu, nak hapal lirik apatah lagi, jadi serahkan aje la pada yang pakar untuk main games yang satu ni.




Sokongan padu dari ahli kumpulan KAWT1M. 


Ni group ako tema nya BLACK & PINK gitu. auwwww!!



Yang ni plak nama game nya erkkk "Teka Apa Itu?" (belasah je la nama game ek hahaa)
Ala game ni yang kowang pilih kategori apa, then wakil kumpulan kena buat gaya berdasarkan pilihan kategori tadi. Klu ko pilih drama, nanti ada tajuk drama. So, kena la teka tajuk drama tersebut berdasarkan clue (gaya/aksi tanpa sore) yang wakil kowang tunjukkan tu.

Macam-macam gaya so memang klakar la kan,
Ater jenuh la nak buat gaya tu. Dan hasil nya memang spontan dan masing-masing memang sporting!!

Teka kak teka, jangan tak teka!!

Pastu ada lagi game "Teka Tajuk Filem".
Tunjuk scene dalam 2-3 saat, kemudian dengan cepat dan tepat kowang kena bagi la tajuk drama atau filem tersebut.

Setiap jawapan yang tepat akan dapat markah. Dan markah tersebut akan dikira dan dikumpul untuk acara seterusnya. Buat masa skrg, group ako masih jauh ketinggalan.. Sadis tapi takpe ada banyak lagi aktiviti sepanjang tahun ni. Harap-harap masih boleh catch up lagi markah nya tu.

Dinner malam tu berakhir lebih kurang jam 11.30 malam.
Penat!!!
Balik bilik terus terbongkang tido...
Esok pepagi dah kena bangun.
Ada lagi aktiviti terakhir sebelum masing-masing pulang ke rumah.


Hari Terakhir.
Ahad 13 Mei 2012.
Lepas bekfes, kita kena masuk balik kelas.
Sepatut nya aktiviti pada hari itu macam banyak lagi tapi sebabkan memasing plan nak separuh hari je, maka aktiviti cam bawah ni je la yang dapat pihak penganjur bagi untuk kitorang.



Ako dah x ingat dah apa motip aktiviti yang satu ni.
Aktiviti pagi tu cam santai je.
Tak memerlukan kekuatan fizikal yang terlalu banyak.



Cuma aktiviti yang memerlukan pemerhatian mata, telinga dan ketangkasan.



Akhir sekali, just nak bezakan bunyi je.
Sorry ye ako x reti sungguh nak explain cara game ni (yg sebenarnya malas nak bina ayat untuk menerangkan game ni..aahah)

Abish je game tu kita lunch.


Lunch di tepi pantai.
Memang santai.


Sambel melayan permainan-permainan tradisional di situ.
Kebetulan ahad tu adalah Hari Ibu. So pihak resort cam ada sediakan la ruang untuk pelanggan dia beristirehat sambel join aktiviti derang.


Jam 2 petang, masa untuk pulang.
Setelah berkampung di situ selama 2 hari 1 malam, tiba masa untuk untuk kembali bekerja.


Gud bye Gold Coast.
Ntah bila 'mampu' ke situ lagi.
Klu ada yang nak 'sponsor', bagus juga.

Kami tinggalkan situ dengan seribu macam kenangan.
Tahun depan ke tempat lain la plak.

Cerita memang dah 'basi' tapi gigih juga nak mengupdate.
So jadi la ye. Mana yang terkurang bahasa tu harap maafkan la ye.
Mood nak menyambut ramadhan je skrg ni.
Pape pun, "Salam Ramadhan" untuk kowang sumer.
Moga ramadhan kali ni akan bertambah berkat dan pose penuh la ye! ;-)

Nota Jemari: seminggu makan megi.. berjaya kah misi itu??

No comments: