Salam Ramadhan,

Tahun ke-6 ako menunaikan kewajipan yang satu ini.
Alhamdulilah, tahun ni ako x terkocoh-kocoh nak membayarnya macam tahun lepas.
Tahun lepas hampir terlepas.
Tahun 2009 langsung ako terlupa.
Tahun ini, sekali lagi ako berjaya melaksanakan kewajipan itu.


Kowang macam mana plak?
Jangan tunggu lama-lama.
Klu jumpa je 'booth' membayar zakat di mana-mana, segera la berbuat demikian ye.


Rasa lega bila dah bayar.
Tahun ni zakat masih tetap sama macam tahun lepas iaitu sebanyak RM7 seorang.
Jangan lupa tanggungang kowang sekali.
Klu sorang macam ako, kira senang la.
Tak yah nak mikir berapa banyak nak dizakatkan hehe..



Ako dah!
Kowang bila lagi?!
Cepat-cepat tau!
Terlambat, melepas, rugi diri sendiri ;-)
Selamat Berzakat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).
Bagi tahun berakhir 2007 Masihi/1428 Hijrah dan 2008 Masihi/1429 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM5.20 bersamaan 2.70kg beras mentah.

[sunting]Syarat Zakat Fitrah

  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

[sunting]Kewajipan zakat fitrah

  1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

[sunting]Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

[sunting]Niat Zakat Fitrah

Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala.


sumber: wikipedia

Nota Jemari: alhamdulilah, mudah-mudahan murah rezeki ;-)