Hujung 2 minggu lepas (Ahad, 27 September) sempat jenguk Abin di Poli. Tujuan asal nya nak survey survey kan rumah sewa di sekitar situ. Al maklum, pejam celik dah nak habis 1 semester dia kat situ. So semester 2 kebanyakkan student dah kena dok luar. Memandangkan tinggal lagi 2 bulan je nak habis semester 1, maka mak pak dah mula la sibuk tolong anak-anak carikan rumah sewa.
Termasuk la abin dan beberapa kawan. Ada tu memang ada tapi kebanyakkan rumah nak kena ada dalam 20 orang. Mostly rumah rumah yang disewa untuk pelajar Poli sekitar situ memang dah tetapkan maks 20 orang satu rumah. Since abin baru ada dalam 6 orang je jadi nya kita kena la cari rumah yang kecil sket yang nak amek dalam bilangan tersebut.
Yang ini memang random ako try google terjumpa satu group tanjung malim dalam FB. Rupanya memang ramai dah bertanya dalam group tersebut😅 tentang rumah sewa.
Dalam banyak banyak terjumpa 1 contact no. Maka nya kita pun cuba la juga call dan pergi lihat sendiri rumah tersebut. Kebetulan rumah yang kami cuba tengok tu terletak betul betul berhadapan Poli. Dan memang kebanyakkan rumah kat situ disewa oleh pelajar-pelajar senior.
Ada 1 rumah contract diorang dah nak habis sebab senior tahun akhir yang duduk. Rumah bujang kan so dont expect to much la kan. Sementara tu kami cari juga tempat lain, in case ada yang lebih better kan.
Dalam dok bincang bincang , sekali 3 orang tak jadi plak join. Sebab parents memasing dah dapat kan bilik utk 3 orang tu. Ok tinggal la 3 orang termsk abin. Alhamdulilah baru baru ni abin call, yang baki 3 orang ni dah dapat juga join group yang lain. Kira kan dapat join sewa rumah yang lagi besar kat area Behrang. Dalam 7 min kalau ada kenderaan. Nasib salah sorang yg ber3 tu ada kereta. So setel la kan bab nak ulang alik gi kelas nanti.
Alhamdulilah, so hujung bulan november dah kena prepare persiapan untuk masuk rumah sewa plak. Tapi dalam masa yang sama diorang ni cuba juga buat permohonan untuk duduk asrama. Kalau nasib baik dapat, alhamdulilah. Tapi kalau tak dapat, ko menyewa je la kat luar.
~~~~~~~~~~~~~
Eh melalut dah citer pasal Abin. Yang sebenarnya ako nak share 1 kedai makan yang femes dikalangan pelajar UPSI dan juga POLI di Tanjung Malim. Nama kedai tu adalah Kafe & Katering Zie.
Kedai ni ABIN yang rekomen haha of coz la sebab dia dah try ngan kawan kawan. Yang kita ni pun nak le juga cuba kan. Hahaha saja gatal² nak try makanan yang murah dan sedap katanya.
Nasi chicken chop 👆, nasi chicken katsu 👇 hehehe comel je tau. Haha sila jangan high expectation sangat ye. Ekceli terkejut juga sebab ciput sangat portion nya tu tapi berbalik pada harga, ok baru la faham kenapa semua harga nye hanya RM2 sahaja. Berbaloi la dengan portion nya yang comel.
"eh mana cukup untuk perut uyum kalau banyak ni!"
Hahaha tapi jangan risau, kita tambah lagi order yang lain plak.
Laaa rupanya ada je menu yang portion besar 'sikit' .. harga pun takde la mahal. Maka nya bertambah lagi la menu pilihan kami🤣🤣
Mi Kari Ayam. Not bad juga rasa kuah karinya tu. Memang licin la kitorang hirup🤣
Yang ini nasi campur berlauk. Ok la untuk standard student. Kena la tu ngan harga nya. Buat yang budget tak berapa nak banyak, pilihan menu menu kat situ sangat membantu untuk alas perut.
Waffle ice cream sebagai dessert.
Hahahaa kitorang memang order macam-macam menu. Yang ini nasi ayam. Ok portion ni besar sikit la.
Kepak ayam ni sedap sebab dia goreng panas². Bila order baru dia masak. So memang ranggup .. seketul tak cukup so kitorang order la 5 ketul.
Kedai dia betul betul belah tepi dan bersebelahan dengan UPSI. Masa kami sampai memang tengah ramai student makan. Tak ketinggalan ada juga 2 3 family yang sudah selesai makan.
Kesimpulan ako, bukan hanya student je akan datang je situ, malah yang berkeluarga seperti kami pun akan menyinggah ke situ. Overall untuk selera kitorang, memang berbaloi dan sedap.
Untuk korang yang berdekatan boleh cuba rasai masakan di
KAFE & KATERING ZIE
4, Jalan Nusa 1, Taman Bina,
35900 Tanjong Malim, Perak
Dibuka setiap hari dari 8 pagi - 10 malam
Foodie review --> https://www.instagram.com/reel/DapMaW9PDQQ/?xtok=Z205b3B1aWQ5ZXRp
Nota Jemari: lama betul nak publish entry ni 😜

















0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com