B☆M OPEN DAY 2026     B☆M OPEN DAY 2026

B☆M OPEN DAY 2026

Open day kat sini maksudnya hari terbuka untuk warga opis ako 😅🤣 Lebih terperinci untuk setiap staff mengenali lebih dekat apa fungsi setiap jabatan yang ada dalam b☆m. Al maklum, kadang kita sendiri kurang pasti contoh apa tugas dalam jabatan regulation, dan kadang ada juga tak tau apa tugas jabatan ako. So event macam ni la memberi peluang semua staf untuk belajar dan memahami fungsi setiap jabatan yang ada di situ.


Of coz setiap jabatan akan disediakan booth dan masing masing diberi kebebasan untuk buat pameran, games atau apa jua bentuk aktiviti.


Booth nya takde la besar mana pun tapi memang meriah ye lobi opis ako pagi ni haha.. ni sebahagian dari view untuk booth department ako.


Ekceli yang paling menarik minat kitorang bila dapat singgah kat booth 'fresh market' ni.


Pastu dapat plak bawa balik bayam organik yang derang tanam. Mula nya ingat kan daun pokok hiasan. Haha bila diberitahu yang itu hasil tanaman bayam organik, ha moh la kita kutip dan cuba masak. Kemain besar besar daun nya ye. Cop jangan tanya nape warna sebegitu sebab ako pun 1st time tgk bayam warna tu😅😅 Selalu yang ako tengok warna hijau je ye.


Then kitorang nampak pentas. Eh ada konsert apakah itu? Hehe rupanya ada persembahan Caklempong katanya. Aikk versi moden kah? Kebetulan cuaca cerah tengahari tadi. Memang sesuai la lepak chill² sambil dengar alunan muzik caklempong.


Ada kupi percuma...
Ada ayam percuma..
Ako lupa da apa lagi yang percuma hahaha...
Memang makan minum free la untuk 2 hari ni 🤣😅


Ada satu booth aktiviti dapat perfume percuma weii..... sape tak nak kan 🤣🤣 Boleh pilih lagi, ako amek bau rose tapi seriously dia bau sweet bunga from 8to8.my. Rasa nya ni brand local kita. So its good la for them to be known by local people. Buat masa ni diorang jual online. Dalam proses nak setup kedai katanya. So all the best 8to8.my


Antara gift yang ako dapat dari beberapa booth. Of coz daripada 46 jabatan, takde la ako singgah semuanya.... 😅😅 esok la kita sambung jenguk booth yang lain plak. 

Begitu la hari isnin ako di opis....
No monday blues this week..
Tak sabar nak tunggu esok.
Banyak lagi aktiviti dan doorgift ako nak collect ni 🤣🤣

Camne hari senin korang?

Nota Jemari: sorry ye, tak dapat nak share gambar² keseluruhan disebab kan polisi yang harus dijaga, harap memahami ye 🥰

Post a Comment

27 Comments

  1. Bestnya tengok konsert dok atas bean bag!

    ReplyDelete
  2. Seronoknya byk dpt doorgift. Saya pun tak pernah tengok bayam warna macam tu tapi kagum pulak tgk daunnya besar2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaann mmg besar² gila daun nya..kitrg pun mula was² gak haha

      Delete
  3. banyaknya 46booth lenguh kaki melangkah. ekceli bayam merah sedap kak.. saya suka buat rebus biasa saja letak ikan bilis. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la bayam hijau tu slalu la makan tp yg ni merah maroon haha mmg jarang nampak😅😅

      Delete
  4. wow 46 jabatan yer...byk sungguh!!! perfume rose tu menarik perhatian MZ sbb MZ rose lover

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ka saya bkn minat sgt bau² bunga ni tp kali ni dia bau mcm sweet² gitu...

      Delete
  5. Hari isnin 26/10/26 tahun ini cuti. Best pulak jadi warga kerja selangor ni. Nanti 11/12/26 cuti lagi birthday Sultan Selangor

    ReplyDelete
  6. Seronok ni kan acara begini
    Free mcm2
    Fresh pula tu sayur2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa tu la ciknur..tp mende free mmg laju habis kak 🤣🤣

      Delete
  7. Best nya ada aktiviti gini. Plus ada 46 jabatan mmg sesuai la buat open day secara internal gini.. suka la dapat pokok bayam tu. Rare

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn saya pun mcm rare jgk tgk bayam tu... 😅😅

      Delete
  8. Wahhh open house awesome ni sebab begitu meriah dengan door gift siap ada cak lempong bagai. Banyak rupanya jabatan di bawah BNM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa ye kak mmg meriah suasana aritu.. free gift jgn citer la, memasing mmg excited nak bagi🤣🤣

      Delete
  9. Kalau aku tu, dah banyak amik kat fresh market tu hehehehe
    Best juga yaa program camni, takde laa bisan di opis manjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaa kan².... mmg best sethn sekali hujung² tahun camni ramai nak chill² tu yg program dan event mcm ni sangat diperlukan

      Delete
  10. best ada open day camni utk warga keje utk lebih mengenali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tp kadang lebih kepada nak release tension juga😜

      Delete
  11. Makaihhh.. sampai 46 jabatan BNM tu eh... kalo dah gitu kerja 30 tahun belum tentu kenal semua staf😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye kak..mmg x kenal pun semua org tp kita akan cam dia staf bank haha cuma x tau nama je la 😅😅

      Delete
  12. itu bayam merah kak... di sini bayam merah memang banyaak sangat di jual.. ada yang organik, ada yang biasa.. bayam merah ini kalau di rebus, kuahnya pun akan merah ;p.. ini baguuus sangat untuk penderita anemia dan anti oksidan nya tinggi.. saya lebih suka bayam merah daripada hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo byk khasiat nya juga ya.. itu la pestime liat bayam merah.. apa rasa nya lain dari bayam ijo?

      Delete
  13. OK MZ dh setel BW semua entries yg MZ missed utk minggu ni yayyyy--sabtu ni MZ travel so BW akan tergendala for sometime jugak laaa

    ReplyDelete
  14. Seronoknya dapat barang percuma.
    Cik Ako, ada bayam merah tapi itulah saya tengok daunnya macam daun perhiasan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com