JJCM : GOSAME, Mas-shisseo!! 🥰     JJCM : GOSAME, Mas-shisseo!! 🥰

JJCM : GOSAME, Mas-shisseo!! 🥰

Annyeonghaseyo🥰🥰🥰

Macam lama plak tak 'balik kampung' kan padahal baru tahun lepas je pun yang bercuti ngan Uyum dulu tu. Haha ngengada kan, kalau bole 3 bulan sekali nak ziarah 'mak mertua' tak menjadi jadi kat sana 🤣🤣 tapi apakan daya duit poket tak cukup kumpul lagi. 

So bila dapat tau kedai ikan bakar, GOSAME nama nya yang femes kat Korea akan dibuka di KL, memang berzikir zikir la wajib jejak wajib jejak 😜🤣

Dan hari ni dalam sejarah kehidupan seorang anakomak, Jumaat 23 Oktober 2026, berjaya juga ako memenuhi tekak nan satu ni.


Gosame in KL guys!! 

Baru je tak sampai sebulan diorang buka di Bukit Tunku. Ok first of all, masa dapat tau dia nak buka kat situ, honestly ako macam kurang setuju sebab nya area tu memang agak susah oii nak cari parking. Terutama di waktu puncak iaitu waktu makan tengahari. 

Kalau orang pertama kali jejak area tu, konpom akan maki pun part nak cari parking 🙈🙈🤣 tapi korang kena gigih la buat double park ye cuma jangan lupa pass kunci kete kat penjaga parking situ ye. Supaya senang dia nak alihkan kereta bila ada kereta yang di parking lot hendak keluar.


Kawasan ni terletak di area Elit. Jadi parking di tepi jalan di luar kawasan adalah di atas risiko sendiri. Parking lot yang kosong dalam gambar adalah parking untuk penduduk di situ. Jangan plak suka² korang park kat situ ye😅

Bukit Tunku ni terkenal dengan tempat lepak untuk orang2 Vip tau🙈 , orang gomen yang ada mesyuarat di parlimen dan juga pekerja² sekitarnya. 

Ok back to Gosame, now dia dah upgrade sistem menunggu.


Baca ni dulu sebelum korang pi beratur ye😉👇

.:sumber IG Gosame.my:.

IG : gosame.my

Memandangkan parking kan agak susah sket, so korang pi hantar wakil dulu untuk scan no giliran. Sementara driver buat tawaf beberapa kali sampai la jumpa parking. Ada rezeki insyallah dapat je parking walau kena buat double park. Yang penting scan dulu untuk Q no giliran. Ok faham?!😜

Kedai ni buka jam 11 pagi. Wakil kitorang which is.member ako tadi sampai jam 11:30 pagi. Tengok2 no giliran adalah yang ke -46 😅😅 Jam berapa la mereka yang 45 orang sebelum kami tu start Q untuk amek no giliran ye hhaha. Tapi no worries sebab dalam link yang diorang bagi kat kita tu, ada live update berapa lama kena tunggu. Macam kitorang tadi kena tunggu dalam 30 minit camtu la. So sementara tu bole la lepak dalam kereta dl or bole la pi mengupi² dulu ke kat cafe sebelah😄


Ekceli beberapa hari lepas ako ada tanya kat TT gosame. Ako query kat situ wheelchair friendly tak? Memandangkan kedai gosame ni yang paling hujung, so laluan nak masuk ke pintu utama adalah tidak user friendly ye. Laluan nya berbatu batu, jadi plan nak ajak MAMA uyum yang berkerusi roda sekarang ni terpaksa la kita simpan je niat murni tu k😅😅


Nak kata luas, ekceli takde la luas sangat. Nak kata tak luas pun , nampak macam luas kan.😅 Tempat makan nya ada di bahagian luar.


Kami dapat di bahagian dalam, betul betul bertentangan dengan aircon. Memang nikmat la kan makan di waktu tengahari dalam suasana yang cool gitu😜.

Ada juga ruang di bahgaian atas. 


Di bahagian dalam (belah bawah) ada la dalam 4 ke 5 meja je camtu. Ako x naik atas, so ako assume bahagian atas maybe banyak la sket kerusi meja nya kan. 


With partner in crime🤣🤣 adik adik yang berjiwa remaja bersama kakak nan satu yang kertu tapi ikut sama nak jadi remaja purba😜🤣🤣🤣
Ekceli remaja purba ni yang beriyer nak makan sini, jadi adik adik just follow je tekak kakak kertu ni hahaha. Nasib baik diorang jenis tak melawan selera kakak kertu ni ye haha. 🙈🙈


Di Gosame ni, menu dia hanya 4 jenis ni aje. So tak perlu nak pening pening kepala nak order apa. Ko order je la emapt² menu tersebut. Menu utama nya, sudah tentu la ikan bakar mackerel. 


Menu kedua pula adalah sundubu Jjigae. Sepatutnya menu ni pedas tapi untuk orang yang kuat pedas macam ako, eheh apa la sangat warna merah tapi langsung tak rasa pedas. Tapi masih rasa sedap ye bila di makan panas panas. Isi nya soft tofu & juga telur.


Menu ketiga adalah Bulgogi daging. Untuk korang yang tak makan ikan, daging antara pilihan yang tepat. Memang tak pedas ye. Sedap tu memang sedap tapi macam ada kurang kick sket. Masih ok je kat tekak ako😄


Menu favorite ako adalah Sotong sambal. But still tak bole lawan sotong sambal kat kedai BusanJin di Myeongdong 😜

Sepatut nya ada satu lagi menu iaitu telur kukus. Tapi tadi lunch time menu tu takde plak dalam list. Mungkin disebabkan amek masa nak buat telur kukus, agaknya utk tengahari diorang kluarkan dulu dari list menu telur kukus. 


Banchan yang boleh refill. Ako tak berapa nak impress sangat banchan dia. Ini komen peribadi ako je tau. Ikan bilis dia terlalu manis dan tak ranggup. Mungkin diorng cepat sangat tutup masa panas² ikan bilis tu. Dia jadi terlalu lemau dan manis. 

Kimchi dia ako suka sebab tak terlalu masam. Dan telur ke kepingan tauhu tu agak tasteless sket😅😅 Masih bole dimakan cuma kitorang takde la nak refill ye. 


Sebelum makan 👆

Vs

Selepas makan 👇



Hahaha licin😜😜
Overall, ako bagi 9/10.
Ni semua based on tekak remaja purba ye 🤣🤣

Untuk korang yang nak cuba, boleh la ke

Gosame Bukit Tunku,
The Stories, A1, Jln Langgak Tunku, Taman Tunku, 50480 Kuala Lumpur.
Dibuka setiap hari, 11 pagi - 11 malam

Nota Jemari: dapat la mengubat rindu 🥰🥰

Post a Comment

15 Comments

  1. bagus menu nya sikit. semua menu boleh merasa. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..biar sket menu tp berkualiti 😄

      Delete
  2. Lor...kat tempat payah parking tu jugak dia buka Gosame situ ye....kena bertabah ni kalau nak makan kat sini....beratur tapi cepat x pe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannnn area tu juga drg nak buka kedai nya ye. Tapi ok laaa walau ramai, sistem dia cepat alhamdulilah

      Delete
  3. Untunglah pergi makan kat Kg boleh pergi balik kg je sekarang. Remaja purba katanya. Nasib saya masih muda remaja. ha ha belum level purba. Eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha dah hujung40s nk msk 50s ni kena sedor diri shai.. dari zaman purba nak msk zaman dinasor dah ni, kalau x sedor gak x tau la nak kata apa kan 🤣🤣

      Delete
  4. Kedai nampak cantik & exclusive. Peminat makanan korea boleh la mencuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah... tu la peminat kor3an foods boleh la cuba kan... 😄😄

      Delete
  5. Macam takde harapan je nak makan kat sini hahaha... My husband & I allergic sikit kalau susah nak parking ni hihi.. anyway semua nampak ohsem; the food & ambience

    ReplyDelete
  6. food semua nampak sedap esp ikan bakar tu!

    ReplyDelete
  7. bab parking susah tu leceh juga ..dh tau crowd ramai nape la buka kt situ kn haha...tgk org share menu sotong tu merah menyala..riso pedas tp yg ni tkde la nmpk pedas sgt..ikan tu kegemaran ramai..dlu pi korea lupa dh menu ni makan ke tak haha

    ReplyDelete
  8. Langsung la KSarie kelaparan huhuhu. Bab parking susah itu yang buat payah nak pujuk orang makan sini. Nanti kita Grab aje la kot ye

    ReplyDelete
  9. Ooo baru je nampak KA bawa semua staff dia makan sini.. nampak menarik, kalau Kakak suka ni..

    ReplyDelete
  10. pernah lihat tempat ini, pas teman makan gosame yang di tempat asli... saya dah penasaran sangaaaaat.. tp memang belum ada plan nak ke korsel pula ;p..

    ikan dia itu yang buat penasaran lah... jadi kalau di KL dah ada, okelaaah nak ajak raka nanti makan sana.. anak2 sebenarnya cuma si kakak yang suka korean, adiknya harus dipaksa hahaha

    ReplyDelete
  11. Senang 4 menu masakpun mesti tidak ambil masa.
    Takpelah tengok je memang tiada niat hendak.pergi.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com