JJCM: ANA YONG TAU FOO     JJCM: ANA YONG TAU FOO

JJCM: ANA YONG TAU FOO

Assalamualaikum... first of all terima kasih atas semua ucapan ucapan selamat hati jadi tempoh hari. Terharu plak rasanya sebab dah lama tak munculkan diri tapi masih ramai yang ingat kat kita, kan Uyum 😅😅 

Insyallah kami masih sihat dan sentiasa je membaca kisah kisah korang kat blog masing masing. Walau bukan semua la tapi insyallah akan cuba lagi untuk memperbaiki mood kerajinan ni supaya korang semua tidak dilupakan di alam maya ni 🥰🥰

~~~~~~~~~~~~

Ya allah baru perasan entry ni dah setahun lebih tak di publish 😅😅 Memandangkan ako pun xde entrt lately ni so kita tekan publish je la entry yang tertangguh ni k dengan perasaan dan harapan semoga korang yang membaca dapat merasai sama pengalaman dan kenikmatan setahun yang lepas 😜🤣


Kedai makan Ana Yong Tau Foo
 ni sudah 40 tahun beroperasi. Asal nya dari jual di pasar malam terus dapat buka kedai di area Batu Muda. Legend kedai ni, mereka yang berada disekitar memang tau la kedai yang satu ni.

Dibuka setiap hari kecuali Ahad. Dari jam 4 petang hingga 10 malam. 


Ramai yang tak tau di situ bukan je jual yong tau foo dan cheong fun sahaja tapi nasi lemak dan mee kari pun ada. Malah sekarang ni dah pelbagai menu dia. Seriously ako memang rekomen nasi lemak dia sebab sambal dia sedap n power kat tekak ako!! 


Ekceli yong tau foo dia macam pricey juga la tapi ako suka kuah hitam tu! Tak masin tak manis, just nice. Seketul tak cukup, gerenti korang akan menambah lebih dari seketul😜


Sotong kangkung ni favorite MAMA Uyum. Setiap kali makan situ, wajib order ni! Ako x makan sotong "kurita" hahaa tapi ako makan kangkung so untuk tekak ako, not bad sebab sos dia sedap ada pedas² manis sikit , lemak berkrim pasti disukai ramai 🤣🤣


Gini la ghope yong tau foo selepas direbus dan letak kuah. Bole minta asingkan kuah kalau korang tak suka banjir camtu.


Dumpling soup shedap makan panas². 


Mi kari lemak lemak santan berlado 🤣🤣


Nasi lemak ayam goreng panas². Favorite ako sebab sambal dia menepati citarasa tekak.😉


Mantao dan kuah kari. Ini pun makan panas² memang mengaum laa 😜😜

So far semua menu memang shooo shedap. Buat minum petang atau makan malam. Kadang lepas pickup MAMA uyum habis dialisis kat PICOM, kitorang akan terus shoot lepak ke ana yong tau foo ni.

Untuk korang yang nak cuba, bole la ke

Ana Yong Tau Foo
Jalan Batu Muda 2,
Taman Batu Muda,
68100 Batu Caves,
Selangor.

Ctc No: 017-613 3358

Nota Jemari: ok setel posting🙊🙊😜

Post a Comment

23 Comments

  1. Ini betul2 JJCM. Dah lama tak maklan YTF. Biasa dulu duduk KJ selalu beli kat Pasar Tani KJ hari Sabtu pagi.

    ReplyDelete
  2. wah!baru juga makan semalam tapi beli dkt jualan Ofis..
    Jemput join segmen saya https://seindahcerita.blogspot.com/2026/10/segmen-nieyl-cari-bloglist-baru.html

    ReplyDelete
  3. Menarik ni. Ok.Bleh masuk dlm wishlist =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sis.... jalan jauh sket csri makan 🤣

      Delete
  4. Oh Batu Caves jer... Boleh la terjah kalau ke sana nanti.. okla ada benda lain nak makan selian Young Tau Fu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kalau mai area batu caves/gombK, bole la cuba k😉

      Delete
  5. Beberapa kali saya baca ayat pertama Kak Ret tu, lepas tu check balik tarikh publish post ni 🤣 mata saya silap ke, saya silap tekan entry lama ke camane ni? Nasib baik baca kat bawah tu entry throwback. Lain kali letak siap2 kat atas tu, confuse kita kak Ret 😜.

    OK lain kali mak datang sini boleh bawak dia gi makan YTF kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kita malas nak edit dah 🤣🤣😜 sekali sekala throwback tu x mention haha twtiba kena jd kbat plak kan 😅😅

      Delete
  6. kan YTF mana2pun, rasa amek sikit skali bayau, noooowh~ makanya makanlah sampai habis, kita suka YTF sup, rasa mcm diet benar kononnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn tu ka takkan nak ameknseketul je... bila x sedar terambil lebih, nak bayor rasa gigil je hahaah

      Delete
  7. Awat kami tak tau pun tempat ni? Tak 'cukup Gombak' lagi la kot noh 🤭

    Last time makan sotong kangkung few years ago, kat blkg Balai Bomba Taiping, tempat famous tu. Nanti boleh terjdh sini buat hilang rindu. Gitewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok PH.... next time bole cuba k... kemon org.gombak hahha batu muda seberang jalan je 🤣🤣😜

      Delete
  8. aisehmannnn....dia ni tau tak ammi peminat YTF? Dia promote YTF pulak. Mujur juga kedainya jauh sampai ke batukep tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ampunnn hahaha xpe ada rezeki bole je smp batukep kan 😜😜

      Delete
  9. Wah peminat YTF ye
    Nmpk sedapp je org mkn
    Kita nya kalu mkn kueteau dgn tauhu je he hee

    ReplyDelete
  10. Terliur tengok YTF ni Ratna......tak makan malam lagi ni. Hehehe

    ReplyDelete
  11. ***Retna (SORRY rasanya tersalah eja tadi. Jari ni cepat click enter)

    ReplyDelete
  12. wahh sedapnyer sotong kangkur tuhh., nyum2

    ReplyDelete
  13. Tengok malam2 memang terus rasa kruk kruk pulak bunyi perut ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com