JJCM: KAFE & KATERING ZIE @ TANJUNG MALIM     JJCM: KAFE & KATERING ZIE @ TANJUNG MALIM

JJCM: KAFE & KATERING ZIE @ TANJUNG MALIM


Hujung 2 minggu lepas (Ahad, 27 September) sempat jenguk Abin di Poli. Tujuan asal nya nak survey survey kan rumah sewa di sekitar situ. Al maklum, pejam celik dah nak habis 1 semester dia kat situ. So semester 2 kebanyakkan student dah kena dok luar. Memandangkan tinggal lagi 2 bulan je nak habis semester 1, maka mak pak dah mula la sibuk tolong anak-anak carikan rumah sewa.

Termasuk la abin dan beberapa kawan. Ada tu memang ada tapi kebanyakkan rumah nak kena ada dalam 20 orang. Mostly rumah rumah yang disewa untuk pelajar Poli sekitar situ memang dah tetapkan maks 20 orang satu rumah. Since abin baru ada dalam 6 orang je jadi nya kita kena la cari rumah yang kecil sket yang nak amek dalam bilangan tersebut.

Yang ini memang random ako try google terjumpa satu group tanjung malim dalam FB. Rupanya memang ramai dah bertanya dalam group tersebut😅 tentang rumah sewa. 

Dalam banyak banyak terjumpa 1 contact no. Maka nya kita pun cuba la juga call dan pergi lihat sendiri rumah tersebut. Kebetulan rumah yang kami cuba tengok tu terletak betul betul berhadapan Poli. Dan memang kebanyakkan rumah kat situ disewa oleh pelajar-pelajar senior.

Ada 1 rumah contract diorang dah nak habis sebab senior tahun akhir yang duduk. Rumah bujang kan so dont expect to much la kan. Sementara tu kami cari juga tempat lain, in case ada yang lebih better kan.

Dalam dok bincang bincang , sekali 3 orang tak jadi plak join. Sebab parents memasing dah dapat kan bilik utk 3 orang tu. Ok tinggal la 3 orang termsk abin. Alhamdulilah baru baru ni abin call, yang baki 3 orang ni dah dapat juga join group yang lain. Kira kan dapat join sewa rumah yang lagi besar kat area Behrang. Dalam 7 min kalau ada kenderaan. Nasib salah sorang yg ber3 tu ada kereta. So setel la kan bab nak ulang alik gi kelas nanti.

Alhamdulilah, so hujung bulan november dah kena prepare persiapan untuk masuk rumah sewa plak. Tapi dalam masa yang sama diorang ni cuba juga buat permohonan untuk duduk asrama. Kalau nasib baik dapat, alhamdulilah. Tapi kalau tak dapat, ko menyewa je la kat luar.

~~~~~~~~~~~~~
Eh melalut dah citer pasal Abin. Yang sebenarnya ako nak share 1 kedai makan yang femes dikalangan pelajar UPSI dan juga POLI di Tanjung Malim. Nama kedai tu adalah Kafe & Katering Zie. 



Kenapa kedai ni femes di kalangan pelajar? Sebab nya harga makanan di situ rata rata hanya RM2 sahaja. Ye betul menu dia memang banyak tapi semua pun hanya RM2. Of coz la student akan repeat dan repeat kan. 

Kedai ni ABIN yang rekomen haha of coz la sebab dia dah try ngan kawan kawan. Yang kita ni pun nak le juga cuba kan. Hahaha saja gatal² nak try makanan yang murah dan sedap katanya.


Nasi chicken chop 👆, nasi chicken katsu 👇 hehehe comel je tau. Haha sila jangan high expectation sangat ye. Ekceli terkejut juga sebab ciput sangat portion nya tu tapi berbalik pada harga, ok baru la faham kenapa semua harga nye hanya RM2 sahaja. Berbaloi la dengan portion nya yang comel. 


Korang tau, apa uyum cakap?? Memang takde insuran budak tu 🤣😜 

"eh mana cukup untuk perut uyum kalau banyak ni!" 

Hahaha tapi jangan risau, kita tambah lagi order yang lain plak. 



Laaa rupanya ada je menu yang portion besar 'sikit' .. harga pun takde la mahal. Maka nya bertambah lagi la menu pilihan kami🤣🤣


Mi Kari Ayam. Not bad juga rasa kuah karinya tu. Memang licin la kitorang hirup🤣


Yang ini nasi campur berlauk. Ok la untuk standard student. Kena la tu ngan harga nya. Buat yang budget tak berapa nak banyak, pilihan menu menu kat situ sangat membantu untuk alas perut.


Nasi ayam gepuk pun not bad juga. Untuk yang tak memilih sangat, memang sesuai lepak kafe tu. Macam biasa la, student life kadang bila ada extra duit dapat le makan sedap sket tapi buat yang kurang mampu, harga kat kafe ni memang sangat membantu untuk diorang. Tapi knowing budak budak sekarang, rasa nya macam terlebih mampukan🙊


Nasi impit rendang ayam ni, cukup 2 kali suap hehe... buat ghaso² bila teringin nak makan rendang tapi budget ciput. So bole la cuba ke kafe & katering zie.


Waffle ice cream sebagai dessert.


Hahahaa kitorang memang order macam-macam menu. Yang ini nasi ayam. Ok portion ni besar sikit la.


Fries nya pun so shomel je. Bole la buat pembuka selera.


Kepak ayam ni sedap sebab dia goreng panas². Bila order baru dia masak. So memang ranggup .. seketul tak cukup so kitorang order la 5 ketul.


Kedai dia betul betul belah tepi dan bersebelahan dengan UPSI. Masa kami sampai memang tengah ramai student makan. Tak ketinggalan ada juga 2 3 family yang sudah selesai makan. 

Kesimpulan ako, bukan hanya student je akan datang je situ, malah yang berkeluarga seperti kami pun akan menyinggah ke situ. Overall untuk selera kitorang, memang berbaloi dan sedap. 

Untuk korang yang berdekatan boleh cuba rasai masakan di

KAFE & KATERING ZIE
4, Jalan Nusa 1, Taman Bina, 
35900 Tanjong Malim, Perak
Dibuka setiap hari dari 8 pagi - 10 malam


Nota Jemari: lama betul nak publish entry ni 😜

Post a Comment

26 Comments

  1. Begitulah poli life. Sem1 je duk asrama, sem2 dan seterusnya dah kena menyewa di luar. Kalau cuba nasib mohon ada je yang dapat asrama sem2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la cuba juga mohon asrama utk sem2... so harap dpt la kan haha

      Delete
  2. Oh Sem 2 dah kena duduk luar ye... Alhamdulillah la dapat dah rumahnya.

    Dekat SG ni hujan. Kita tengah lapaq ni, tengok gambar makanan pulak adoi dugaan betoi 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la PH kalau nasib baik mohon asrama sem2 dpt alhamdulilah la kan.. kalau x mmg kena dok luar la..

      Delete
  3. boleh makan macam2 menu gini. tapi portion sikit pun da kenyang utk student yg buzy dgn assignment, janji makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan student ni x kisah sikit ke banyak janji dpt makan je kan

      Delete
  4. jadi budak UPSI ada choice utk makan selain dalam kawasan kolej. Mujur anak bongsu yg skrg belajar kat Politeknik Nilai ni duduk dalam dari sem 1 hingga sem akhir sebab dia aktif selain dia juga MT. Kalau duduk luar tu kena ada transport selain kos rumah sewa pun mahal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak... kena ada transport la yg penting... plus belanja mmg mahal la kan, sewa, duit makan lagi.. duit sharing kereta lagi😅😅 bak kata semua pakai duit la

      Delete
  5. Amat dulu dapat stay dalam Poli sampai 3 sem, then baru duduk luar..
    Alhamdulilah urusan Abin dipermudahkan..
    Now tak cuti jerebu ke dia?
    Next lps ni ko kena review laa port makan Tg Malim lebih sikit Ret hahaha senang sapa nak ke sana tau tempat makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sana x jerebu sangat lin tp ni tgh cuti study week.. minggu depan ni dia final exam..

      Byj tmpt yg dah try since dia kat mrsm lagi haha tp tu la nak review kdg malas.. ok nnt lps ni kena rajin review blk la

      Delete
    2. Kat sana x jerebu sangat lin tp ni tgh cuti study week.. minggu depan ni dia final exam..

      Byj tmpt yg dah try since dia kat mrsm lagi haha tp tu la nak review kdg malas.. ok nnt lps ni kena rajin review blk la

      Delete
  6. smoga dipermudahkan urusan abin utk semester 2 dok umah sewa...harga and portion stident tu psl murah...mmg tk cukup la uyum hehe...nasibaik ada juga portion besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah mmg confirm x cukup utk uyum 🤣🤣🤣

      Delete
  7. Biasanya salah satu syarat klu nak stay dekat asrama dlm kena aktif aktiviti ko-ko. Klu Abin ada mewakili poli dlm pertandingan inter-kolej ke, lagi cerah la permohonan tu. Tp klu dok luar pun ok je, boleh belajar berdikari.

    Klu Uyum kena makan kat kedai ni hari-hari boleh kurus Uyum dlm sebulan 🤣 syomel betul portion makanan kat kedai ni. Bagus utk org yg sambil diet, sambil jimat duit elaun hihi.

    ReplyDelete
  8. Oh sem 2 dah kena duk umah sewa
    Kena dptlkan kwn2 serumah yg sehati dan bagus ni
    Pandai masak he hee
    InsyAllah baik2 utk uyum , untie doakan ye

    ReplyDelete
  9. Pandai concept dia tu. small portion but then u blh order dan order lagi.

    ReplyDelete
  10. Patut namanya RUMAH MAKAN RM2. ha ha ha

    ReplyDelete
  11. student rate memang jimat lah nak mkn2 kat restoran :)

    ReplyDelete
  12. Dulu kalau tak silap kedai ni harga RM1.70 untuk setiap makanan lepas tu tutup dan skrg dah buka semula tapi harga RM2.00.

    20 org satu rumah.. padat sangat tu.. elok lah kalau dapat yg kurang sikit dalam satu rumah..

    ReplyDelete
  13. rumah size apa tu sampai 20 orang satu rumah? ammi dulu duduk 2 storey 5 rooms house cuma ada 12 orang je.

    ReplyDelete
  14. Dulu kan zaman saya belajar, tempat tinggal dapat sampai habis belajar. Kemudian....tak payah pun aktif join sana sini. Lepas tu makan disediakan di dewan makan. Time tu Diploma kat UITM Dungun, Terengganu. Dah la bayar yuran RM200/sem. Masuk semua dah kecuali belanja sikit2 kita la buku, alatulis, etc....kesian juga student sekarang ni. Kena sewa luar kadang mahal pulak. Kawan2 Dania sem 5 ni dah ada yang menyewa kat luar. Bersyukur la utk diri sendiri kebetulan rumah dekat. Duduk je la kat rumah.

    Apa pun selamat mencari rumah sewa ya. Dulu, bila UITM Shah Alam ambil ijazah. Saya menyewa sebab tak dapat kolej. Penat nak ulang alik Damansara - Shah Alam tu. Dah la time tu Shah Alam tu kira sesak sebab ada tol kat Batu Tiga tu. Sewa 10 orang dan bayar RM120 sebulan. Tapi gang dari Diploma Dungun yang dapat sambung kat Shah Alam.

    Panjang pula komen saya....

    ReplyDelete
  15. Uyuuuuuum, kalau aunty sedang minum dekat Uyum di sana, tersembur aunty rasa dengar cakap Uyum 🤣🤣🤣🤣🤣.

    Berarti dulu adik saya beruntung yaa saat belajar di USM. Sebab dia 4 tahun dapat duduk asrama. Sampai tamat dari USM. Kalau saya memang sewa kamar saja dengan Chinese family, dekat college. Baik sangat keluarga Chinese tuh.

    Ini nanti dah plan untuk kirim anak sulung dan bungsu kuliah di Malaysia juga. Harap2 dapat duduk asrama, atau dapat sewa apartemen dekat kampus.

    Kalau cafe dekat kampus, memang saya pun tak akan expect sedap 😄. Mostly harga murah tapi pastii porsi disesuaikan. Dan rasa yaa begitulah. Masih bisa dinikmati, tapi bukan yang sedap sangat kan.

    Dulu ada kafe terkenal di Solo, muraaah. Dekat kampus. Teman bilang sedap sangaaat. Jadi ekspektasi saya tinggi

    Ternyata murah, porsi besar, tapi rasa, betul2 so so 🤭🤭. Bukan something yang saya akan repeat. Tapi paham kenapa ramai. Karena segmen mereka memang untuk mahasiswa dan mahasiswi. Jadi pastilah ramai. Karena tak semua dari mereka budgetnya besar kan

    ReplyDelete
  16. Alololo comel je portion gambar nasi dan ayam yang pertama itu. Kalau target market nya students memang sedap ke idok tolak tepi yang penting kenyang. Tapi Alhamdulillah kedai ini harga mampu milik dan ada rasa

    ReplyDelete
  17. Fries dia memang banyak tu ya? Comelnya portion.

    ReplyDelete
  18. Ramai student poli ya sebab sem 2 dah duduk luar. Mujur Bami masa Poli Muadzam dan Kawi Poli Sabak Bernam stay kolej je. Degree je tahun ke2 baru duduk luar.
    Besar kot rumah yang sampai 20 orang tu.

    ReplyDelete
  19. Harga RM2 itu bolehlah pesan banyak-banyak untuk menu lain untuk rasa.
    Hehe betul comel je makanan itu dalam pinggan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com