Followers

Wednesday, July 17, 2013

Azam baru ke tu ABIN?

Awal ramadhan hari tu ABIN balik KL.
Sonok giler!
Sebab ako ada geng nak ajak melepak.
Hahahaa.....


Adegan ni lepas berbuka tempoh hari.
Solat maghrib.
Abang beriyer-iyer nak solat.
Si adik nya pun nak juga solat.

Si abang beriyer-iyer baca al-fatihah.
Si adik pun beriyer-iyer terkumat kamit.

Yang paling syahdu, bila si adik dok berdiri depan abang, dan time-time jgk la abang nak rukuk.
Apa lagi, cepat je tangan si abang pukul si adik.

"Tepi laaa aqeemmm!!!"

Dan dengan sepantas kilat juga si adik membalas pukulan abang.
Dah x pasal-pasal jadi insiden pukul memukul plak.
Tapi sekejap je, lepas adik ke tepi, abang pun teruskan solat.

(sila abaikan wayar yang berselirat dalam gambar tu)



Sesudah solat, si abang ntah lari ke mana.
Si adik tetiba mengemas sejadah.

Ermm ako pun terkedu jap sebab x sangka dia akan 'gulung-gulung' sejadah tu.
Lepas tu sangkut kat tempat penyidai.

Ako jerit panggil abang, buat dek je dia ye.
Amboiiii ABIN, kemain lagi awak ye!
Solat tu dah ok dah , tang nak soh mengemas, mmg hazab betul!

Takpe la dik, dapat juga awak pahala kan, AQEEM ;-)

Moga berkekalan la situasi macam ni sampai bebila.
Sejuk hati mama korang!

Nota Jemari: abaikan keserabutan bilik tu yek hahaa..

1 comment:

jarimanis said...

alahh..soooo cute lah ABIN nih..nanti besar jadi anak SOLEH tau..auntie JM doakan..aminnn