Salam ramadhan kengkawan.
Pejam celik pejam celik dah 14 ramadhan.
Setengah bulan sudah berlalu.
Kejap je kan.

Tak banyak aktiviti dalam bulan pose ni.
Rasanya macam sama je ngan bulan-bulan yang lain.
Waktu keje pun masih sama.
Ramai juga yang tukar flexi hour mereka.
Mungkin sebab derang sibuk nak memasak.

Bagi orang-orang single macam ako, balik lambat adalah saat-saat yang paling bahagia dalam bulan puasa ni. Apa taknya, jalan adalah lenggang di waktu-waktu senja.
Soploh atau lima belas minit sudah sampai umah.
Sampai-sampai je sudah tiba waktu berbuka.

Nikmat!

OK la takmoh citer pasal waktu berbuka atau sewaktu dengannya.
Aci tak kalau ako citer pasal tempat makan dan juga makanan.
Hahahahaa..... nasib korang la ye klu ada yang terliur.
Ako dah warning awal-awal kat tajuk tu.
Hahahaha....


Sebelum berpuasa hari tu, kitorang ada plan nak makan-makan kat Restoran Dip-n Dip ni.
Selalu dengar citer je. Kali ni ada peluang, so moh la kita plak yang pegi mencuba.

Apa ke bende Dip n Dip ni kan?
Kedai makan yang menjual dessert sahaja.
Jangan plak ko minta nak makan mi goreng ke nasi pataya ke.
Memang la kena sepak terajang kang.
Hahahaha....

Orang dah cakap makan dessert sahaja OK!!
Pape pasal Dip n Dip ni kowang leh masuk website dia k.



Kedai ni terletak kat Jalan Telawi, Bangsar.
Memang ramai orang.
Masa kitorang sampai tu, dah penuh.
Kedai dia kecik je. So kalau ko datang ramai-ramai konpom kena tunggu la ye.

Alang-alang dah sampai sana, sanggup je la kita menunggu.
Lebih kurang 30 minit juga la.
Kitorang pegi tu Jumaat malam sabtu, permulaan malam minggu plak tu, memang la sesak.
Nak nak kat area Bangsar tu kan.
Mungkin kalau korang pegi hari biasa, kurang la sket orang gaknya.


Tengok menu. Hurrmm...............
Semua nampak menarik dan sedap.
Tapi bila tengok tang rege.... telan air liur juga la banyak kali.
Hahahahaa..... 


Ni nama nya 'dip n dip eclair pyramid'.
(11 pieces of mini eclair pyramid style topped with chocolate)

Ala eclair ni kalau x silap ako nama komersil nya 'creme puff' yang kecik-kecik tu.
Pastu derang simbah la ceklat.
Ceklat derang ni bukan ceklat yang cikai-cikai ye.
Ceklat Belgian tau!

Sedap! Memang sedap hingga menjilat bibir dan jari :p


Puff tadi kan cam kosong je kan.
Pastu masa waiter tu hantar ke meja, dia pun tunjuk kan la aksi menuang ceklat tu ke dalam pinggan puff itu. Pekat dan likat coklat nya.


Taaadaaaaa!!!!
Dah penuh dengan coklat eclair puff nya tu.


Nikmat!!!
Lazat hingga tak terkata.


Yang ini plak 'Tripple Chocolate Crepe'.
(folded crepe, filled with chocolate and topped with 3 kinds of chocolate - milk, dark, white)

Cantekkan?!
Sayang giler nak makan.
Hahahaha....


Besar tau!
Memang kena share.
Kitorang aritu pun share berempat.
Portion yang besar. Serius walau banyak coklat tapi x muak pun.


Mocca frappe
(chocolate, espresso in a cold icy creamy mixture)

dan juga

Caramel frappe
(caramel flavored frappe)


Strawberry milk Shake


Fondant
(chocolate rich fondant baked fresh, prepared from famous Belgian chocolate, served with ice-cream, whipped cream and topped with chocolate)


Licin!

Kalau bole nak jilat-jilat pinggan tu.
Hhahha bughok pangai kan.

Ikotkan hati nak order lagi tapi makan 3 jenis ni pun dah bole kenyang perut.
Pape pun overall memang sedap dap dap!

Tang rege nya tu, kalau x silap ako paling murah dalam RM17, dan paling mahal lebih kurang dalam RM200. So kowang agak-agak je la ek berapa harga rata-rata dessert kat situ.

      Jalan Telawi, Bangsar,
      59100 Kuala Lumpur, Malaysia. map it
      Phone: 60322015052
      Opening hours: Sat-Thu 11:00am - 1:00am, Fri 2:30pm - 12:00am

      Nota Jemari: Selamat Berbuka semua hehhe jangan marah ek entry makan-makan ni hahah :p