Followers

Wednesday, May 7, 2014

Trip Matahari Terbit: Persiapan

Lama nya tak pegi holiday!
Yeah, its the first holiday for this year.
Excited sesangat. Harap semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Al-maklum cuti ke'besar'an hanya 2 tahun sekali je ;-)

Persiapan? Bole dikatakan hampir 90% dah ready.
Berdebar-debar juga rasanya.
Macam-macam perasaan ada, sejak kes kehilangan MH370 tempoh hari.
Moga perjalanan kami dilindungi dan dirahmati.
Amin.... :p

Ke mana percutian kali ni?
Insyallah akan ke negara matahari terbit.
Klu takde aral, esok malam dah terbang.
Harap percutian selama 10 hari akan datang ni sangat berbaloi.


Plan beli tiketnya ni kalau x silap awal bulan Feb aritu.
Check punya check, dapat la harga yang sangat berbaloi.

KL-Osaka (RM270)
Tokyo-KL (RM414)

Alhamdulilah passport pun masih valid lagi sebelum tamat tempoh Januari tahun depan.
Sempat lagi ni kalau nak buat trip lain ke seberang 'tambak'. ... :p


Sedikit stok makanan. Walau ako tahu kat sana bersepah kedai serbaneka tapi kalau dah uwang yang dibawa cukup2 aje, baik kita prepare sesiap makanan yang bole dibawa dari sini. Sekurang-kurangnya bole la jimat sket dari segi pembelian makanan kat sana kan ;-)

Beberapa bulan mengadap Lonely Planet dan juga blog-blog kowang yang dah pegi, akhirnya siap juga itinery yang baru je dibuat 2 hari lepas. Hahahha bapak lama nak amek masa nak skodeng sambil cari info-info yang sesuai kan.

Roughly itinery.
Moga berjalan lancar. Insyallah.

JR Pass pun awal-awal lagi dah beli.
Ada orang cakap x berbaloi beli JR pass ni sebab ada limited penggunaan nya.
Tapi bila ako tanya orang yang jaga booth masa MATTA FAir aritu, dia cakap OK je berbaloi.
Lagi pun perjalanan ako bukan takat dalam Tokyo sahaja. Pape pun, tunggu kepulangan ako nanti kita tengok macam mana hasil penggunaan JR Pass ni ye ;-)


Benda wajib bagi ako la ye!
Adaptor! Sangat penting bagi ako.
Rasa klu x bawa macam hilang arah kejap. hehe

Malam tadi baru terhegeh-hegeh packing baju..
Utensil, tupperware dan botol air, ako memang suka bawa sesiap dari sini.
Al-maklum bila pegi negara yang bukan Islam ni, lebih-lebih lagi kalau kita tinggal kat tempat yang bercampur-campur orang nya ni, konpom la pinggan mangkuk nya tu macam was-was sket nak guna kan. Maka nya la lebih senang dan selamat klu bawa sesiap dari Malaysia ni.

OK la, doakan perjalanan kami pergi dan balik selamat yaa.. hepi holiday semua... eh hehe :p

Nota Jemari: Sayonara!!

5 comments:

Azra said...

Have a good trip!

Jari Manis said...

Epy holiday Ako...enjoy your holiday nanti..boleh baca versi trip Ako pulak..mesti lagi best
In Sha Allah ..selamat pergi dan balik ye

yatt said...

kak syioknye... bila la nak smpai jepun nih. nak pegi arasiyama.

Zara AB said...

Have a safe trip Ako!

Intan said...

Semoga selamat pergi & balik... nanti share citer ye!