Citer berlaku bulan Februari aritu.
Ye ye memang sudah lapuk.
Tapi tetap nak cerita juga.
So korang layan kan aje la ye ;-)

Cerita pasal BIG BOS msjbox mau pulang ke kampung halaman.
Si wifey sudah pun berpindah tatkala entry ni dipublish.
Si hubby masih ada masa hingga hujung tahun untuk selesaikan segalanya kat sini sebelom berangkat pindah juga.

Maka nya majlis ni kami raikan khas untuk mereka.
Kenalan di alam cyber.
Perkenalan bertahun-tahun lama nya.
Dari yang bujang , sudah berumahtangga.
Dari belom beranak, sekarang sudah beranak-pinak.

Setelah sumer perancangan dibuat, tarikh 22 Februari 2014 menjadi saksi.
Tema 'pot luck' pilihan kami.
Pelbagai juadah terhidang membuka selera.
Yang jauh dan dekat, berkumpul kembali.

Alhamdulilah, murah rezeki lagi.


Sebagai ingatan, sesi bertukar-tukar hadiah paling dinanti :p


Bila sumer dah ready, moh la kita berparti.


Gambar bos dan juga bini sebagai pembuka sesi fotografi.
Psstt... sudah ready kah menabur bakti di bumi kelahiran sendiri? :p


Antara mereka yang awal-awal hadir.
Sakan bergambar, menyerikan majlis.
Bila dah berkumpul memang gamat la dibuatnya.


Yang bujangsss pun x moh ketinggalan juga.
Pilih mana berkenan di hati :D
Tahun depan bole makan nasi minyak lagi..... 
Antara mereka yang sudi datang.
Terima kasih semua. 

Dah puas bergambo, moh la kita makan.
Tak yah cerita panjang lebor, korang pun bukan nak baca sangat kan...
Hahhaha tengok gambo je sudah ;-)


Dah kenyang, sesi yang dinanti...
Tukar-tukar hadiah.


Pastu sumer pakat melepak kekenyangan....


Tiba masa nya ......


Bertambah yang datang ...
Bertambah juga makanan nya...
Adoiii sape nak ngabihkan tu weiii????

Terjadi lah sesi tapau menapau.
Bagus.... tupperware bawa sekali.
Lenkali bole datang lagi... hahhaa :p


Tetamu terakhir yang sampai.
Jauh ni dari utara ... 


Akhir sekali, sesi bergambar sebelum balik.
Sorry la eh, pada yang pulang awal aritu. :p


Kami sudahi dengan aksi menggila di malam hari.
Sekian......


All the best JUN & KARNI!
Walau jauh di 'seberang laut', moga persahabatan yang lama terjalin akan sentiasa kekal selamanya...

Nota Jemari: Friends are forever