Family day department ako baru je lepas aritu 4 April.
Dah setahun perancangan nya nak buat family day kat Langkawi tu.
Walau pada mula nya ramai yang bersetuju nak buat kat Langkawi tu tapi bila tiba hari kejadian, ramai plak yang terpaksa tarik diri atas sebab-sebab tertentu. Last minit ada yang kena attend course, last minit plak ada yang tetiba terpregnant hahaha... Apa pun alasan derang, event ni tetap diteruskan dengan mereka yang dah bersemangat dari awal lagi.

Flight ako pada hari kejadian adalah pada jam 12 tengahari Jumaat.
Oh ye, kedatangan kami ke Langkawi adalah berperingkat-peringkat.
Ako adalah paling awal sekali sampai ke loksai kejadian.


Alhamdulilah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tepat jam 1 petang.
Urusan mengambil beg sangat lancar.
Kami ke tempat penginapan dengan menaiki teksi 'van' yang berharga RM35 (airport-cenang).


Moh kita check-in dulu.
Oh ye, lokasi adalah di resort BNM, Sri Kijang Langkawi.
Sape pernah gi langkawi especially pantai cenang, mesti ada perasan resort kitorang tu kan ;-)


Arghhh...... sangat rindu pemandangan itu!!
Rileks je.... 



Sebab kan ramai yang tak bole datang, makanya bilik adalah sorang satu.
Wah sangat heaven!!!


Lepas memasing masuk bilik, setelkan pape yang patut, kita gi lunch.
Pastu x plan nak sewa kereta tapi memandangkan kita ada misi yang kena disiapkan, maka nya termenyewa la kereta security yang jaga resort tu sehari dalam RM50. Jadi la kan....


Misi membeli barangan hamper untuk hadiah event tu nanti.
Since Haji Ismail dah ada bangunan baru, since pestime nak jejak bangunan baru tu, moh la kita menyoping kat situ aje ye. Setel sumer nya dapat dibeli di satu tempat sahaja.

Selesai menyoping, hari pun dah gelap.
Jam 7:30 malam baru pulang semula ke lokasi penginapan.
Penat!!


Malam nya plak sesi membalut hamper dan juga hadiah-hadiah lain.
Ntah jam berapa ako ketidoran malam itu.
Nyenyak!!

so nanti sambung lagi k.....

Nota Jemari: datang awal sebab kena setelkan misi.....