Jom sambung citer....

Pagi sabtu... tenang je. Yang pasti sumer nya dah ada kat lokasi cuma maybe memasing tengah diulit mimpi lagi. Penat barangkali. Bekfes pagi tu kena la cari sendiri ye.


Time ni big bos kita belum sampai lagi, maka nya sebelom dia muncul kena la buat persiapan pape yang patut dulu kan. 


Event kita start dalam jam 330 petang. 
Ada banyak masa juga la nak buat persediaan sumer.
Alhamdulilah sumer nya berjalan lancar.

Game pertama kami adalah boling kelapa.
Terima kasih la kepada staf-staf kat resort tu sbb bersusah payah tolong kita carikan buah kelapanya walaupun kelapa yang tua takde, yang muda pun jadi la ye. Hahah yang mencabarnya kalau buah muda ni agak berat dan payah sket nak gulingkan nya..... Pape pun semua menunjukkan kesungguhan bermain walau agak sukar juga la nak golekkan buah supaya sampai ke botol-botol yang tersusun tu kan.

Sudahnya memasing main campak je buah kelapa, janji botol-botol tu jatuh.
Hahahaha memang aksi yang berbahaya. Silap campak bole kena orang kat depan dan kiri kanan ;-p


Oh ye sebelom acara start, sempat kita pose dulu beramai-ramai kat depan banner yang dibuat sendiri oleh mereka. Nampak macam x ramai yang join family day kali ni tapi sumer yang datang sangat-sangat enjoy dan hepi! 


Game kedua, bawa bola ping pong guna susu sambil mengayuh basikal.
Memula plan nak buat game ni utk budak-budak tapi memandangkan basikal bebudak x cukup, makanya acara ni bertukar untuk orang dewasa plak.


Menggigil dibuatnya. Apa taknya dah lama tak mengayuh basikal.
Plak tu basikal jenis beso .. hahha gelabah juga la nak kayuh kan nak control bola ping pong lagi.
Ditambah plak dengan angin pantai yang seronok je meniup time tu. 
Tapi memasing dapat menempuhi segala halangan dan cabaran dengan jayanya.


Next kita main game makan dengan cepat!
Ok ako lupa nama game ni :p
Game ni memang last minit plan.
Asalnya nak makan bauhu sahaja tapi macam x best plak.
Makanya kita tambah beberapa jenis makanan.


Ada telur.
Ada kinder bueno.
Ada tembikai.
Ada 2 ketul bahulu yang diletak sos cili.
Dan juga cekodok bawang.

Nampak macam simple je kan makanan-makanan tu.


Tapi bila dah makan, ermm jenuh juga nak abiskan sebab nya selagi x abes, orang seterusnya x bole teruskan misi derang plak.


Terpulang pada mereka nak makan apa.
Janji makanan tu kena abes ditelan baru orang belakang bole teruskan makan yang lain plak kan.


Memasing bersungguh-sungguh nak menang.
Makan jangan x makan.
Cepat! Cepat!
Kalau x silap team merah yang menang game ni.
Syabasssss!!


Next kita main pijak belon secara berjamaah.
Caranya kita kena pijak belon pihak lawan sambil jaga belon kita sendiri dari dipijak.
Sebabkan tetiba belon yang kita tiop malam tu banyak yang meletop secara berjamaah, maka nya x ramai yang bole main game ni. Jadinya kita terpaksa hadkan bilangan orang untuk setiap kumpulan. Ini adalah game untuk sumer orang, dewasa dan kanak-kanak.



Dah macam main datuk harimau plak ghasenya.
Hehehe... 


Game untuk anak dan parent kisahnya. Serius sungguh derang mendengar arahan.
Memandangkan x ramai family yang join, jadinya game ni tukar ke game antara kanak-kanak dan dewasa ;-)


Kanak-kanak kena suap dewasa makan buah tembikai.
Dedua kena tutup mata dengan kain.
Manakala yang lain tolong bagi arahan pada kedua-dua mereka yang ditutup matanya tu.


Agak mencabar juga la sebab buah tembikai tu agak berat untuk budak-budak.


Dan mencabar juga la nak abeskan tembikai sebesar tu tanpa pegang sendiri.
Tambah plak klu budak yang pegang buah tu x berapa nak kuat.
Pasrah je la ye.


Hoyeeeee kita menang juga akhirnya!!


Last game....
Walau game x banyak tapi memasing dah penat giler time ni.
Ekceli game akhir adalah game dalam pool tapi sebab sumer x nak basah jadi nya kita tukar je la game yang patutnya dimainkan oleh budak-budak menjadi game untuk dewasa.

Bom air!!
Belon yang diisi air... campak dan disambut oleh orang lain dengan menggunakan beg plastik.
Nasib la kan, klu dapat plastik besar or kecik tapi kita sangat baik coz kita bagi plastik yang sume nya sama saiz je ;-)


Yeah.... are you ready?!!
Jejaga kak jah .. bom nak meletop tu.... :p


Floopp!
Floop!
Salah sambut basah jadinya.


Masa untuk mengira markah.


Dah penat-penat, sangat sedap dapat makan sesuatu yang panas dan enak.
Minom petang!


Lapar campur penat dan juga lapar......
Ngap! Ngap!


Indahnya dapat minom petang di tepi pantai.....
Nyaaman...


It's YOGA time!


Layan....
Tepi pantai plak tu...
Sambil dibuai angin laut....
Asyikknyaaa...!!


Rileks!


Yang lain main pool.
Acara bebas sudah bermula...


Kanak-kanak pun seronok main dekat pool.
Memasing buat hal sendiri.
Lepak-lepak tepi pantai di waktu petang.

Dah senja, moh la kita masuk dulu ye.
Nanti sambung lagi.... :p

Nota Jemari: .....