Followers

Friday, June 13, 2014

Trip Matahari Terbit: Osaka - Kyoto (Day 3)

Sambungan dari entry yang lepas.
Hari ketiga, jadi "selamat pagi, OSAKA!!"


Inilah tempat penginapan kitorang semasa di Osaka.
Hotel Taiyo. 
Hotel ni pun ekceli ako baca gitu-gitu je review dia.
Itupun kebetulan ako terbaca kat blog-blog travellers yang lain.
Memang dekat sangat dengan Shinimamiya Station-JR line (East Exit).

http://www.hotel-taiyo.com/


Nak check out dah masa ni.
Apa yang boleh dikatakan pasal hotel ni, hotel ni memang betul2 jenis backpackers.
Berlainan sket dengan hotel yang sebelum nya tu.
Kalau takat nak tido je semalam, ok la kot bagi ako. hehehe... 
Kalau plan lelama kat hotel tu, memang cam kurang selesa sket la ye.
Kemudahan semua ada, bukan takde.
Lengkap....


Tempat nak makan pun ada.
Cuma tak bole ramai-ramai la nak makan sekaligus kan.


Microwave ada.
Air panas ada, kot la korang nak buat air panas kan tuk bekfes pagi tu.
Cawan derang ada sediakan juga.
Kalau rasa nak air manis dan sejuk, tu kat sebelah mesin rokok tu ada juga mesin air.


Antara mereka yang pernah menginap kat situ.
Ada tak korang dalam tu? :p


Bilik dia kecik je pun. Twin japanese style.
Tilam je la ye. Harga sebilik RM118. (harga promo dari agoda.com)
Derang ada sediakan towel, baju bathdrobe.


Cuma yang kurang selesa sket, toilet adalah di luar.
Bukan takat di luar tapi di tingkat paling bawah.
Senang cakap kat tepi lobi la. 

Nampak signbod bilik mandi tu?
Dia ada peraturan, orang lelaki boleh mandi dari jam 6 pagi ke 10 malam.
Orang perempuan boleh start mandi dari jam 10 malam ke 6 pagi.
Ermm.... korang pikir la sendiri ye.

Ekceli ako ada gak nak try mandi kat situ masa malam tu tapi bila kitorang jengah, nampak orang mandi bogel, terus tak sanggup. Hahahaha... jadinya malam tu tak payah la mandi eh. Kita just lap2 muka dan cuci memana yang patut je la. :-D


Toilet memang ada.
Cuma toilet ni kat tingkat paling atas.
Memang untuk pompuan sahaja toilet kat tingkat tu.
Masalah nya, jamban je yang ada pintu.
Kalau korang nak cuci muka gosok gigi, memang takde pintu la ye.

Niat memula memang nak mandi kat toilet pompuan tu je.
Tapi bila tengok takde pintu, dah camne nak mandi kan.
Sudah nya colek-colek mata ngan air je la hahahaa :-D

Keesokan pagi nya baru aku pasan ada shower.
Fuh, nasib baik lah dapat mandi juga.
Cuma shower tu pun kira berkongsi juga la ye laki dan pompuan.
Nasib masa ako mandi tu takde laki yang masuk.
Tawakal je la ye :p

Kalau korang rasa nak try hotel ni try la tapi klu dapat hotel lain yang lagi bagus, better amek hotel lain k. Maksud ako yang jenis backpacker la ye ;-) Pape pun atlis ada pengalaman stay backpacker hotel kat negeri orang kan. *thumbs up


Mari kita melintas.
Jalan ke depan je dah JR Station.
Dekat je dalam 5 minit berjalan dari hotel kita tadi.


See!!
Kan dah sampai :p


Hari ke tiga ni kita nak ke Kyoto pulak.
Dari Shinimamiya station tadi kita kena ke Osaka station plak.
Pastu dari Osaka station baru lah kita naik tren ke Kyoto.


Sila beratur ye!
Babab kang sape yang x beratur tu :p
Masa ni sedang menunggu tren (JR Special Rapid Service).


Tren dah sampai pastu dok dendiam ye.
Jangan nak buat-buat muka terkejut macam dalam gambar tu eh.
Hahaha... 

Perjalanan adalah lebih kurang 30 minit sahaja dengan JR tren!
Ingat tu kengkawan, pastikan korang beli JR Pass sebab nya sangat-sangat berbaloi dan menyenangkan bila nak naik mana-mana JR tren ;-)


Antara pemandangan dalam tren sepanjang jalan dari Osaka ke Kyoto.


Bila dah sampai Kyoto Station, ermm mana nak pegi ye?


Jap kita check dulu map.
Oh ye, bila kita sampai je kat Kyoto, terus kitorang cadang nak ke Hotel dulu.
Plan nya nak letak beg-beg je dulu sebab masa tu still awal pagi lagi.
Dengarnya hotel kitorang seterusnya ni memang ada sediakan ruangan menyimpan beg.
Jadi jimat la sket kan nak sewa locker tu hehe :p


Eh tu bukan hotel kitorang! :p
Kat Kyoto ni kitorang dah tempah "Capsule Ryokan Hotel".
Cerita pasal hotel ni kat next entry k.


Kalau berpandukan map yang diberi dalam website dia, kluar je dari Kyoto Station tu mesti akan nampak Kyoto Tower Hotel tu. Jadinya bila korang dah nampak hotel tower tu, ikut je la line dot dot merah macam dalam map atas ni. 

Hotel ni sebenarnya tak jauh.. kaaalaaauu naik BAS. hehe..
Bila jalan kaki dengan beg tarik-tarik ni, ermm agak leceh la sket kan.
Kalau korang familiar dengan area situ, better naik je bas ni 206 terus dari Kyoto Station tu.
Terus benti kat depan CIRCLE K macam dalam map tu.

Naik bas memang x jauh.
Kalau x silap 2 perhentian je pun.

Sampai je hotel tu, ingatkan nak tumpang letak beg je tapi bila orang hotel tu cakap bilik dah ready, otomatik dia soh check in je terus. Perghh bagus bagus sangat la senang berurusan dengan orang kat hotel tu. Apa tunggu lagi, check in la cepat-cepat. Cepat check in cepat lah kita bole jalan-jalan kat Kyoto kan ;-)


Korang percaya tak dua bangku tu adalah bus stop?
Hahhaha... kitorang boleh tak perasan itu adalah bus stop.
Sebab nya just 2 bangku je, macam x caya tu bus stop.
Bila nampak bas berhenti, baru la tau situ memang bus stop.
Sebab nya, kita dah jalan jauh sampai ke depan gara-gara cari bus stop tu x jumpa. (bukan tak jumpa, lebih kepada tak perasan or pura-pura tak perasan?!)

Ok, abaikan.
Destinasi seterusnya, kita nak ke "Kiyomizudera Temple".


Dari hotel nak ke Kiyomizudera perlu naik bas 206.
Jangan risau bas sentiasa je ada.
Memang punctual.
Pepandai la korang baca jadual time bas tu eh :p


Camni la ghope bas nya.
Naik dari pintu belakang, turun dari pintu depan.
Sebab nya, bila turun baru kita bayar tambang bas tu.


Just nak tunjuk korang.
Kecik je lambang circle K tu.
So jangan terlepas pandang ye.


Nak tunjuk lagi.
Bas stop kitorang tadi betul-betul depan stesen minyak.


Ok, bas dah sampai, jom naik.
Bas dia bersih.


Jangan risau, kalau korang tak tau nak turun stesen mana, korang tengok je la kat map dalam bas tu.
Kalau tak cukup duit syiling, korang leh je tukar kat mesin duit sebelah driver tu.



Kitorang beli 1-day pass sebab rasa nak kena turun naik bas banyak kali kan.
Untung beli pass ni, harga 500 yen saja.


Hampir terlepas bus stop ke kiyomizudera ni.
Sebab sepanjang perjalanan tu memang la banyak temple.
Jadi kena pastikan korang betul2 turun kat temple yang korang nak pegi ni.
Nasib baik la ramai juga yang nak ke temple tu.
Jauh juga kena berjalan dari jalan besar.


Belum sampai temple tu memang dah berpeluh sakan dah ni.


Stamina kena kuat ye.
Memang kena berjalan jauh.
Jalan pun agak berbukit sket.


Sejuk mata memandang bila nampak amoi jepun ni.
hehehe.... 
Ramai sungguh orang berbaju kimono.
Tak tau la maybe yang pakai kimono ni ada hajat kot kat temple tu.

Ye la kan, macam kita juga la, pegi masjid kena la pakai baju sopan, tutup aurat.
Agak nya derang pun camtu juga la kot, pegi temple kena la pakai baju tradisional. :-D
(sesuka hati ako je buat tafsiran haha)


Nampak couple ni pakai kimono, terus ako ajak bergambar.
Nasib la derang pun ok je  .. 


Sepanjang jalan ke temple tu, memang banyak kedai-kedai souvenir.
Tapi harga nya sangat la mahal.
Kalau rasa banyak duit, bole la jenguk-jenguk dan beli barang seketul dua.
Kalau rasa kurang duitnya, kita jenguk-jenguk , jeling-jeling je la ye :p


Macam-macam ado.
Uwang ado tak? :p


Hoyeeee dah sampai kat pintu masuk temple.


See! See!
Kat belakang aii tu, deretan kedai-kedai souvenir.


Ini hajat bertulis la kot.


Ini plak mereka yang datang buat hajat sendiri.


Cop!
Sape kata free?!
Nak masuk dalam temple pun kena bayar tau :p
Entrance fee dia 300 yen.


Tiket dah beli.


Moh kita gerak ke pintu masuk nya.


Dah sampai pintu masuk.
Jangan lupa tunjuk kan tiket tadi kat penjaga pintu tu.


Nampak tak anak panah tu?


Kiyomizudera is best known for its wooden stage that juts out from its main hall, 13 meters above the hillside below. The stage affords visitors a nice view of the numerous cherry and maple trees below that erupt in a sea of color in spring and fall, as well as of the city of Kyoto in the distance. The main hall, which together with the stage was built without the use of nails, houses the temple's primary object of worship, a small statue of the eleven faced, thousand armed Kannon. - http://www.japan-guide.com/e/e3901.html 

Ako berdiri kat bahagian anak panah tadi untuk dapat kan view gambar atas ni.


Amacam??!
Unik tak temple ni?! ;-)


Cuba spot ako?!!
Hahahaa .....

Ok jom gerak ke destinasi seterusnya, Arashiyama.
Dari Kiyomizudera, kita kena patah balik ke Kyoto Station sebab nya kena naik tren plak untuk ke Arashiyama, nak tengok bamboo grove.



Kyoto Station ni besar.
Sangat cantek.
Tak sempat pun nak explore sangat.


Naik tren lagi.


Dalam 16 minit dah sampai tempat yang dituju.


Sebelum kita tengok bamboo, jom kita naik "Sagano Scenic Train" atau lebih popular kat sana dengan nama "Romantic Train"


Nak naik train romantic ni kena la bayar 1,200 yen (dua hala).


Ada muzium ketapi juga kat dalam tu.


Ada tempat makan dan kedai souvenir kat sebelah kiri.


Mana tren tak sampai-sampai lagi ni?!


Yeay dah sampai!
Tren ni ada no seat.
Kalau tak ramai, bole je pilih nak seat dalam koc yang macam mana.
Macam gambar atas, koc nya terbuka.
Takde tingkat, bumbung pun lutsinar.
Cantek klu dapat tengok pemandangan masa musim sejuk atau luruh.


Yang ni plak koc nya tertutup bumbung dan ada tingkap.


Kebanyakkan derang ni, ada seat tapi tak nak duduk pun.
Sebab nya sumer orang sibuk nak amek gambar pemandangan kat luar.


Antara pemandangan nya.
Nampak tak bot kat bawah tu?
Ha korang bole juga naik bot tu untuk patah balik ke station tadi.
Tapi tambang agak mahal dan makan masa juga la.
Cuma yang best nya dapat rasa satu pengalaman berbeza la sebab bot tu takde enjin tau, dia masih gunakan cara lama iaitu dayung. Haaa cuba bayangkan! :p


Patut la nama romantik tren.
Pemandangan nya memang cantek, aman, romantik je rasa. :-D
"Awak, jom kita gi situ. Nak juga feeling-feeling romantik kan!"


Ha ni ako zoom sket bot tadi.
Eh bot ke sampan eh? Hahaha konpius jap.
Jenuh la derang mengayuh kan.
Tapi macam menarik cuma pikirkan rege nya mahai bebenor terus kita cancel naik sampan. 


Konon nak feeling macam dalam drama la kan.
Ko amek gambar aku, aku amek gambar ko...!

~credit google~

Ha sama tak lebih kurang?! :p


Dah puas naik ketapi, jom kita feel ala-ala buat cover filem plak. hahaha
Yeay dah sampai pun bamboo grove.



Kat sini memang bergambo sesajo.
Berlambak gambar kat sini.
So jangan muntah plak tengok ye hahaa


Ni berkawad ke hape ni????
hahahaha 


Asyik sangat bergambo sampai dapat kawan.
Tetiba derang approach kitorang nak bergambar bersama.
Memula memasing macam malu-malu kucing.


Pastu tetiba kengkawan yang lain plak join bergambar.


Yeehaaaa......!!

"Ok, murshi, mana gambar kak ret yang derang lempar-lempar daun tu??" ;p

Hahah tak pasal-pasal lepas tu minta tolong derang campak-campak kan daun.
Konon nak feel macam daun-daun luruh la gitu..
Nanti dah dapat gambar tu, ako tempek.


Lepas tu on the way nak balik, nampak landasan ketapi ni.
Tetiba teringat drama-drama jepun.
Ha nak feeling-feeling sambel tunggu ketapi lalu.
Korang yang pernah tengok drama jepun mesti tau situasi macam ni kan?! :p


Sekali bila ketapi lalu, mak aiii melayang kejap. Laju giler!!


Lepak jap kat Kyoto Station.
Ni lepak kat tingkat paling atas station tu.
Tak tahu nak ke mana dah malam tu.
Bincang punya bincang, kita decide nak ke Gion.
Konon nya nak tengok Geisha.

So nanti sambung lagi....

Nota Jemari: ..dapat ke tengok Geisha?!

8 comments:

Jari Manis said...

Ohh ako jelez sama kamu sbb jm x pegi kiyomizudera dan x naik sagano scenic tren tu huhu yg pasti u ouls dpt kwn baru kt bamboo grove

anakomak said...

Aha JM... Tetiba dpt kwn baru kan..
Alaaaa sayang jm x g bamboo tu.. siywa cantek

Cik nun said...

Entri yg best ni..update seterusnya..owh lupa..salam pekenalan =)

anakomak said...

Salam utk cik nun juga... akan update lg k.. stay tune :)

ShirVen said...

alahaii makin cemburu buta lah tengok n3 ni. niat bkobar2 nak pi jipun lah pula. eehh... pitih kena cari dulu ek. nice n3 anyway

anakomak said...

Haha shirven chaiyokk gambate ne!! Moga tercapai hasrat tu k

Sis Lin said...

Hohohohoh....sedang menabung ni rm1 sehari ni..hahahaha

Ret, apsal ek sana souvenier dia mahal? padahal kan tau org ramai dtg melancong...sediakan le khas utk yg nak beli dan mampo beli ek..huhuhu

Eh aku perasan xde plak ko tunjuk ko makan kat mana2 restoran ke..kowang x makan ke ha??

anakomak said...

Sis Lin,

Hahahah sempat tak nak cukup tabung tu :p

Hehehe tak tau ar nape souvenir dia mahal...

Makan? Ada ada...Nanti aku tunjuk k ..