Sambung lagi.. Kat mana kita ye?
Oooo... semalam di Kyoto.
Plan nak ke Gion kan.
Ye ye memang jadi ke Gion malam tu dengan hasrat nak 'jumpa' Geisha.
Maka nya naik la bas 206 ke Gion.
Gion tu jalan yang sama masa kita ke Kiyomizudera.
Gambar kat Gion buat masa ni takde kat aku.
Belum transfer lagi dari kamera murshi.
Nanti bila dah dapat, ako tempek barang seketul dua k ;-)
ok moh ako citer pasal hotel yang kitorang stay masa kat Kyoto.
Hotel ni jenis backpackers juga ni cuma dia high class sket daripada hotel semalam :p
Sepanjang cari hotel ni ako dok berdoa, minta-minta la hotel kali ni elok sket roman nya.
Tak besar, tak kecik.
Sedang-sedang aje deh. :D
Masuk-masuk je dah nampak tempat simpan beg.
Masa ni takde orang pun kat receptionist desk tu.
Masa kitorang sampai ni baru pukul 10+ pagi.
Waktu check in kan dalam pukul 4 petang.
So kita memang dah budget just nak letak beg je pun.
Dok berlegar-legar jap kat depan receptionist tu, tetiba ada sorang staf dia muncul.
Memang friendly habis la..
Dia cakap bilik kita dah ada so bole la check in terus.
Wah, apa lagi.. cecepat isi borang, cecepat bawa beg masuk bilik, cecepat leh kuar jenjalan.
Sebelum tu, jom kita tengok dulu kemudahan yang disediakan kat hotel ni.
Dapur takde la ye.
Cuma ada ruang makan, ada sinki tuk cuci pinggan mangkuk dan juga fridge.
Sudu garfu pinggan cawan, sumer derang ada sediakan juga.
Kalau was-was, bawa la utensil sendiri k ;)
Yang ni plak korang leh pinjam streka, hanger, vacuum cleaner etc.
Janji korang isi je borang tulis barang apa korang amek dan berapa bilangan nya.
Nanti bila korang pulang kan, jangan lupa tulis time korang pulangkan tu.
"Helo! Helo!"
Memula ako ingat tu tepon olok-olok je.
Hahaha tapi bila angkat gangang, ada bunyi, ooo baru tau memang tipon betul la tu :-D
Antik kan?!
Ada ke nak call sesape masa kat sana :p
Yang paling best sebab ada washing machine dan dryer!!
Apa lagi, memang ako basuh sumer baju-baju yang dah pakai aritu.
Plus jeans sekali. Tak risau sebab ada dryer kan. :p
Sejam untuk keringkan dalam 300 yen.
Cuci pun amek masa sejam gak tapi cuma 200 yen je ;-)
Before naik ke bilik, dia ada tunjuk tempat mandi.
Ermmm kat bawah juga ni.
Ako dah rasa x best dah coz malas nya nak turun ke bawah nak buang air, nak mandi segala bagai kan.
Naik atas, kita dapat tingkat 2 kalau x silap.
Kecik je kaki lima ke bilik.
Dapat bilik paling hujung.
Masa kat Kobe dan Osaka pun dapat bilik paling hujung juga.
Masuk je bilik... taadaaaa!!
Teruja aii!!
Kita amek bilik "twin japanese style". Harga semalam RM258.10. Ako masih kekalkan pembelian dari agoda.com.
Rasa lega bila nampak ada toilet dalam bilik.
Fuh kesat peluh!!
Tambah lega bila dalam bilik pun ada shower.
Yeehaaaaaa!!!
Tak payah susah-susah turun bawah nak mandi.
Cuma shower nya tu agak can see thru la ye. Hahaha
So, pepandai la korang adjust camne nak mandi supaya orang luar x nampak :p
Hari ke empat.
Hari ni kita gerak dari Kyoto ke Nagoya.
Eh eh bukan kedai kain Nagoya eh :p
hahhaa....
Kita charge dulu tenaga.
Perjalanan dari Kyoto ke Nagoya makan masa lebih kurang 36 minit.
Train ni seat dia 2-3 .. sebelum-sebelum ni naik tren yang seat nya 2 - 2 je.
Tapi ada juga seat 2 - 2 dalam tren tu.
Cuma koc yang kitorang dapat tu seat 2-3, nasib baik la dapat duduk berdua, klu dapat seat yang 3 orang tu macam rimas plak rasa.
Pernah tengok dalam KTM ada telefon??
Ha, kat sana dalam tren ada telepon u'ols.
Masalahnya, ada ke nak call sesape masa kat sana? :p
Toilet pun bersih u'ols.
Eh silap tu bukan toilet hehe. Itu adalah ruang sinki sahaja.
Ha... yang ni baru toilet nama nya!
Bersih kan ;-)
Luas pulak tu.
Perjalanan dari Kyoto ke Nagoya cuma 30 minit je.
Memula plan nak menyinggah la kejap kat Nagoya.
Nak melawat Muzium Ketapi (SCMAGLEV and Railway Park).
Nak juga tengok jenis-jenis shinkasen dulu dan sekrang.
Tapi memandangkan kita pun x cukup masa, jadinya kita terus kan saja perjalanan ke Takayama.
Dari Nagoya ke Takayama plak mengambil masa lebih kurang 2 jam 35 minit.
Sampai je stesen Takayama terus kita cari locker.
Camni la rupa locker-locker nya.
Ada kecik, ada besar.
Ha seb baek muat.
Belah bawah takde plak yang kosong.
Jenuh nak mengangkat beg berat tuk letak dalam loker yang atas.
Apa nak buat kat Takayama ni ye?
Cuaca kat sini agak sejuk sket.
Maybe sebab hujan kot, jadi cuaca agak menurun sket.
Dah sampai Takayama, tempat yang kitorang nak tuju adalah ke Hida Folks Village (Hida no Sato).
Hida ni dikenali sebagai salah satu "Japan UNESCO World Heritage Sites" selain "Hiroshima Genbaku Dome", "Floating Shrine" dan "Kiyomizudera Temple".
Tempat yang masih mengekalkan keindahan dan keaslian asal sesuatu tempat tu.
So untuk ke Hida Village, kita perlu naik bas.
Bayar 930 yen, dah termasuk tiket entrance dan juga tambang bas.
Tunggu di platfom 1, dan naik "Sarubobo Bus".
Ini bas nya.
Tak jauh pun dalam 10 minit camtu la.
Kalau nak jalan kaki makan masa 30 minit la juga.
Naik je bas, bas gerak terus hujan pun turun renyai-renyai.
Soploh minit, kejap je dah sampai pintu masuk Hida Village.
Sebab kita dah beli tiket tadi kan sekali ngan pakej bas, so x yah la beratur lagi kat kaunter tiket situ. Jom kita masuk terus.
Here we are.
Hida Village ni serupa la macam Taman Mini Malaysia ataupun Kampung Budaya Sarawak.
Hida village ni memang asalnya adalah sebuah perkampungan tapi perkampungan dipindahkan dari lokasi sebenar untuk dijadikan muzium terbuka sampai la sekarang.
Jadi rumah-rumah yang ada di situ adalah rumah yang asal takde tokok tambah.
Hida Folk Village (飛騨の里, Hida no Sato) is an open air museum exhibiting over 30 traditional houses from the Hida region, the mountainous district of Gifu Prefecture around Takayama. The houses were built during the Edo Period (1603 - 1867) and were relocated from their original locations to create the museum in 1971.
Antara mainan-mainan tradisional derang.
Macam kita juga kan hehehe...
Antara rumah-rumah kat situ.
Korang tengok je la gambar-gambar rumah k ;-)
OK, ni rumah tukang kayu sebab banyak kayu :D
Banyak lagi rumah, kang naik muntah plak korang tengok rumah sesajo haha...
From the Hida Folk Village are magnificent views of the Japanese Alps. Made even more breathtaking during the colder months when the autumn leaves make an almost unreal display of coloured foliage covering square kilometres of the mountainside.
Dah abes round kat dalam Hida Village, kita pusing-pusing plak kat area sekitar nya.
Ada nampak Teddy bear museum ni tapi tak masuk la kot.
Rasa nya sama je kot macam yang dekat Korea dulu hehee :p
Kita jalan-jalan lagi masuk kedai souvenir plak.
Ermm takde yang berkenan.
Tengok jam, lambat lagi nak tunggu bas ni.
Kebetulan ada sekumpulan 'makcik-makcik' tengah berborak kat luar kedai souvenir.
Kita pun approach la derang.
Tanya pukul berapa bas akan sampai.
Kisah nya derang pun tak pasti.
Dan kebetulan juga salah sorang 'makcik-makcik' tu nak ke bandar, jadi dia offer hantar kita sampai ke Takayama Station. Ohh sangat bertuah! Terima kasih banyak-banyak la ye. (gambar dengan makcik tu dalam kamera murshi plak, kalau tak, bole tempek kat sini ;-)
Dah sampai Takayama Station.
Takayama ni pekan kecik je.
Penduduk pun tak ramai sangat.
Bermula la kisah hampir bermalam di stesen ketapi.
Ako pun x ingat camne kitorang bole end up naik local tren.
Rasa nya sebab perjalanan dari Takayama ke Toyama ni agak jauh juga, kalau x silap kita decide nak naik tren mana yang sampai dulu. Konon nya bila naik tren yang awal, nanti sampai pun awal la juga.
Yang sepatutnya kita bole je tunggu JR train tapi sebab memasing x sabar nak gerak, kita naik je la ketapi tempatan.
Tak sedap hati juga ni sebab tren adalah kosong.
Tapi kita think positif je la kan.
Janji sampai ke destinasi seterusnya.
Lepas tu kan lepas tu kan, tetiba ketapi benti kat satu stesen ni.
Drebar ketapi tu cakap, derang tak boleh teruskan perjalanan.
Erkk..... apakah????
Disebabkan cuaca agak buruk di kawasan seterusnya.
Masa tu memang tengah hujan pun.
Angin kencang so ketapi tak boleh nak gerak ke sana.
TIDAKKKKKK!!!
Masa ni cam blur2 dah.
Nak buat apa ni?? Sebab nya ketapi yang kitorang naik tu kena patah balik ke stesen Takayama.
Erkk gurlp!!
Takkan kitorang pun nak patah balik?
Ni dah separuh jalan ni.
Hari pun dah nak gelap.
Pastu masing-masing bertafakur kejap.
Tapi sebab x nak lepaskan peluang bergambar atas rel ketapi, moh kita bergambar dulu.
Kemudian baru cari jalan camne nak teruskan perjalanan.
Hahahaha..... dalam cuak-cuak ketakutan, sempat lagi nak hiburkan hati. :p
Ha seb baek ada gambar!!
Yeah bukti kami terperangkap kejap di Stesen Inotani.
Murshi cuba mendapatkan bantuan.
Tapi takde sape pun kat dalam stesen tu.
Semua nya sudah pulang.
Jam dah menunjukkan pukul 5 petang.
Hari dah nak gelap dah tu.
Apa nak buat ni??
Ada plak sorang pakcik ni pun stuck macam kitorang.
Yang susah nya, sebab pakcik tu x boleh berkomunikasi guna bahasa lain selain jepun.
Huwaaarrghhhhhh!!!!
Kosong!!
Ada teksi masuk situ.
Ako dah plan nak naik je cab sampai ke Toyama.
Bila tanya teksi tu, dia x nak sebab jauh sangat.
Huhu..... ;(
Pastu masa duduk dalam station tu, ako bertafakur kejap.
Tengok keliling, terus terpandang gambar kat dinding.
Erkk tu gambar orang-orang "wanted" ke????
aiyooo....... dah gabra dah...
Tak moh tido situ!!!!
Nak balik! Nak balik!!! (haha padan muka... adoiyaii)
Tetiba penyelamat datang!!!
Ohhh lega rasa hati.
Ekceli pakcik ni penjual kedai makan kat depan Inotani Station tu.
Agak nya dia tgk kitorang ke hulu hilir, tak senang duduk, dia pun datang menghulurkan bantuan.
Memang x communicate pun, cuma tup tup dia pegi kat dalam stesen tadi, dia tekan satu punat ni, terus dia berhubung dengan satu operator pompuan. Dari gaya dia bercakap, maybe dia bertanya kan ketapi seterusnya pukul berapa akan sampai situ sebab ada lagi penumpang tersangkut kat Inotani kan. Ako agak la kan.... Nasib baik la dapat jawapan yang positif. Hampir 45 minit stuck kat situ, akhirnya operator tu cakap, ketapi akan sampai kejap lagi. Makna nya cuaca angin kencang tadi dah takde so ketapi dah bole lalu.
PErghhhh!!
Alhamdulilah, rasa nak buat sujud syukur terus kat situ.
Terus ako ke kedai pakcik tu ucapkan banyak-banyak terima kasih.
Walau komunikasi kita tunggang langgang tapi ako ghase cam nak pelok je pakcik tu sebab sudi tolong kitorang. hhahaa....
Inotani Station dalam sejarah.
Ingat korang!!
Jangan gatal2 nak naik local train klu dah memang korang plan nak naik JR kan... :D
Yeay ketapi dah sampai!!!!
Nampak pakcik yang dalam bulatan tu???
Ha pakcik tu la yang stuck mcm kitorang juga.
Muka hepi dah selamat naik tren balik!!!
Rasa bersyukur sangat2 ...
Sepanjang perjalanan berdoa harap takde lagi halangan di hadapan.
Cuak beb hahahaa :p
Lebih kurang pukul 7 malam kita sampai kat Toyama.
Lepas je check-in perut pun dah berbunyi.
Lapaar weii.... sepanjang hari tak makan.
Bekfes pun sekadar roti dan air milo je.
Boleh dikatakan hari-hari bekfes tak roti or biskut cicah milo.
Perghh.... cuma kadang-kadang ako beli juga la sushi yang perisa kan tu kat FamilyMart.
Sebab beberapa hari makan x menentu, so malam tu kita decide nak makan sushi ekceli.
Dengarnya kat area Toyama memang femes dengan seafood fresh.
Tapi kat sana malam adalah awal, jadi banyak kedai jam 8 malam je dah tutup.
Yang ada pun kedai-kedai bar je la.
Gigih juga la kita mencari.
Google.... minta tolong pekerja hotel tapi sebabkan komunikasi adalah susah, sudahnya kita gamble je la cari sendiri. Malam tu angin sangat kuat. Hujan pula tu. Sangat sejuk!!
Kita pun masuk je la.
Kena konfiden!
Ermm belek-belek menu dia.
Pikir-pikir nak order apa.
Ermm erkk...
"Kita nak order apa ni murshi???"
Haaa sumer nya dalam jupun sudah!!
Gurlp!!
Pening juga nak order apa kan.
Akhirnya kita order caesar salad je.
Sedap weiii!!!!!
Ako siap pesan kat waiter tu, letak udang je.
Lain-lain tak moh.
Siyes tak tipu, udang sangat la fresh lemak berkrim.
Memang sangat puas hati.
Ahh x koser nak control2 dah.
Lapaaarrr!!!
Macam piranha makan.
Sampai je salad terus ngap ngap ngap!!
Hhahahaa....
Lepas tu lepas tu kan kita order lagi tau.
Kali ni kita try ikan mentah plak.
Lupa nama dia.
Tapi yang ni memang mentah-mentah la ye.
Udang, sotong dan ikan salmon.
Agak-agak korang lalu tak makan?
hahahaa... jujurnya memang ako x lalu nak telan tapi bila ko gigit udang dan sotong tu apatah lagi ikan, masyallah sedap giler! Rasa macam makan kopok. hahahaa
Tingin nak makan tempura.
Nyumm nyumm..... superb!
Dah kenyang... moh la kita balik.
Alhamdulilah....
Oh ye, hotel yang kitorang stay tu, receptionist dia kat tingkat 2.
Arghhh penat nyaaaa.... ok lah nanti sambung lagi..
Total dinner kita malam tu 2,950 yen.
Nota Jemari: Hujan menyambut kedatangan kami di Toyama....
8 Comments
Hahaha aku baru nak tanya jugak, sepanjang ko kat sana, apa bahasa yg ko guna..hehehe
ReplyDeleteKalau la stuck, memang jadi bini olang Jepun le ko kan hahaha ye la, silap2 wanted tu culik ko buat bini bawak balik uma hahaha
Perghh legaaaaa! Lenkali jgn gatei2 hahahaha :p
Haha konpom la aku guna bahasa omputih.. haha
ReplyDeleteAko!!...cuak jugak bila part stuck di itonasi station tu..kalau JM lah..mahu nanges dh kat situ..tapi satu je..JM mmg respect dgn org Jepun dgn sikap suka membantu dorang
ReplyDeleteCantik lah village tu haruslah repeat nanti ohh..Jepun
JM,
ReplyDeleteyup org jepun mmg jenis suka menolong tapi in term of tatasusila, ada kurenggg sket ;-)
pengalaman stuck kat stesen Inotani..kalau saya pun cuak jg..fresh seafood..sedapnya..
ReplyDeleteMemang cuak sangat masa stuck tu..
Deleteseriau klu betul2 kena bermalam kat stesen tu..
aha seafood dia mmg fresh gila
huii seriau ada pengalama stuck kat stesen inotani tu....kalau SA dah teriak dah tu...tgok makanan nampak sedap
ReplyDeletehahaha sama laaa masa stuck tu!!
DeleteMemang nak teriak oiiii.... seram siot bila x nmpk org...nasib da pakcik resque hhaa
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com