sambungan dari entry ini ..

Macam biasa, jom kita tengok hotel yang kitorang stay masa kat Toyama.
Kitorang decide stay kat Hotel Route Inn Toyama.
Harga bilik yang kitorang amek tu dalam RM319 (twin sharing basis)


Bilik takde la besar mana pun tapi sangat selesa.
Boleh tengok bilik-bilik dia kat sini.


Kettle, tv, fridge, hair dryer sumer ada.


Yang penting toilet dalam bilik ye.
Hahahha... 
Ada bathtub tapi kecik je pun.
Bathtub yang jenis separuh dari bathtub biasa.
Tak bole la ko nak mandi baring2 bagai kan.
Hahahaa.... 


Takde lemari tapi ada la 2 bahagian tempat letak beg dan baju.
Siap hanger, ada juga penyembur wangi untuk kasut. :p
Strika kena minta kat receptionist.
Pastu jangan plak ko lupa nak pulangkan balik.
Takde room2 servis. Minta sendiri, amek sendiri, pulang sendiri :p


Hari ke lima.
Hari ni perjalanan agak panjang juga.
Kami mau ke Tateyama Alphine Kurobe Route.
Apa jadah plak tempat tu kan??? haha
Nak tau, sila la baca dengan lebih lanjut kat sini ye.


Masa ni jam baru pukul 6.30 pagi.
Cerah dah kan.
Tapi masih lenggang.


Moh kita gerak ke station.
Perjalanan ni kena gerak awal-awal pagi.
Coz tempat yang kita nak pegi ni jauh dan banyak gunakan transport yang berbeza-beza.


Dari hotel ke station ni dalam 5 minit jalan kaki.
Awal pagi orang x ramai lagi, kereta pun x banyak kat jalan raya.


Dah sampai station terus beli tiket.
Kita ingatkan dah sampai awal la tu, rupanya masa kitorang sampai, dah penuh dah tren.
Tren pun dah nak bertolak, kelam kabut juga nak mengejar tren.

OK perjalanan pagi ni kita nak tgk salji tinggi kan.
So takkan sepanjang jalan ko nak kendong beg kan.
Ada option, masa korang beli tiket tu.
Macam option ako, patut nya ako bole je amek delivery luggage dari Dentetsu Toyama Station.
Dia akan hantar terus ke destinasi akhir nanti iaitu di Ogizawa. Tapi memandangkan kitorang dah terlambat kan tadi, jadinya kita teruskan je dulu perjalanan sampai ke Tateyama Station.

Sampai-sampai je kat Tateyama Station, nanti akan ada orang approach korang untuk servis penghantaran beg. Korang follow je porter tu, dia akan bawa ke opis derang untuk urusan pembayaran. Bila dah setel urusan luggage, takde la pening-pening nak pikul beg gedabak ke hulu hilir kan. ;-)


Sepanjang perjalanan dari Toyama ke Tateyama.
Derang pun ada sawah padi gak hehhe...


Rumah derang pun betul2 tepi sawah.


Kubur pun dalam sawah!
Hahhaha.... sanggup tak makan beras jepun?
Ini macam situasi kat vietnam juga kan?!
Kubur derang pun dekat ngan sawah padi.
Gurlppp!! haha :p


Sejam dalam tren, kita dah sampai dah.
Bila dah sampai tu, tak payah la berlenggang kangkung ye.
Bila ada orang sapa korang, tanya pasal luggage, just follow je.
Dia akan bawa korang ke opis macam dalam gambar atas tu.

Harga servis luggage.
Kitorang kan dah sampai Tateyama, maka nya kena la bayar 1,540 yen.


Jangan lupa amek resit. Simpan resit tu, nanti senang korang nak claim luggage korang masa dah sampai kat Ogizawa tempat amek beg.


Ini lah perjalanan kita untuk hari ini.
Pelbagai kenderaan kita akan naik.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6-8 jam.
Belum masuk masa korang berhenti amek gambar, makan dan sebagainya.
So, klu betul2 nak tengok salji ni, sila buat plan betul2 k.

The Tateyama Kurobe Alpine (pronounced “Alpen”) Route is known as the “Roof of Japan”. The route passes through the dynamic scenery of Mt. Tateyama in the Japan Alps. It is traversed using a variety of vehicles with an elevation change of 2400 meters from Toyama Prefecture to Nagano Prefecture.


Bermula la perjalanan kita.
Memula kena naik cable car dari Tateyama Station.
Oh ye, harga tiket keseluruhan adalah 9,490 yen. (termasuk semua transportation).
Ramai giler orang so kena la beratur.
Tapi jangan risau, dia ada lane group dengan single lane.
Dia akan bagi single lane jalan dulu, then baru group lane.
Best! Best! Tak yah berebut-rebut.


Tengah beratur tu adalah satu skrin ni.
Tempat-tempat yang kita akan pegi.
Pastu siap dengan temperature sekali.
Tengok suhu kat dam tu 11.9, ok lagi rasa nya kan.
Takde la terlalu sejuk sangat . Suam-suam manja gitu ahha. 


Pastu skrin bertukar tempat yang lain.
Suhu menurun ke 7.5 celcius.
Ermm rasa ni ok lagi kan. Anggap macam sejuk ekon je la :p


Tukar lagi....
Kali ni erkkkk!!!
Suhu menurun ke 3.3 celcius.
Aiyooo........ erkk ermm...
Memang la tahu nak gi tempat salji kan.
Ada la juga bawa baju sejuk biasa je.
Dalam kepala hotak, ala nak gi tempat salji ni kejap je so x yah la nak hangkut baju sejuk tebal2 dari KL. Buat penuh beg je kan.


Haaaaa amek ko!!!
Terus x nampak pape dah... putih je pemandangan....
Suhu pun 1.1 dah.... Seb baek bkn negatif lagi tapi konpom memang akan beku nanti ni.
Tawakkal je la kan.
Tengok orang lain dah beriyer2 sarung jaket tebal.

Takpe takpe kita bole menten lagi sejuk ni...(cakap dalam hati la...padahal cuak juga tu


Tren macam naik bukit bendera je pun.
Derang panggil tu cable car.
Luas dan sangat laju!!



Memang padat laaa...
Yang best derang xde nya nak tolak menolak.
Yang tu memang ako puji la kan.


Dalam 7 minit la gitu, dah sampai Bijodaira (first stop).


Pastu kena teruskan perjalanan lagi menuju ke Murodo.
Kali ni kita naik bas plak.
Perjalanan lama sket la, lebih kurang 30 minit.


Memang bernasib baik la, sampai-sampai je bas dah ada menanti.
Jom naik bas plak.


Penuh dengan pelancong dari Taiwan.
Pepandai la cari tempat kosong ye.


Wow, sepanjang jalan adalah salji sesajo!!


Jalan adalah bengkang bengkok macam jalan ke genting.


Subhanallah....
Macam gurun diselaputi salji je.



Nampak dinding salji yang menebal dan meninggi tu?!

Impressive views can be seen just after the road is opened at the mid-April until May. After June the walls of snow become shorter but some snow remains even in August.



Taaadaaaaaaa, dah sampai!!!
Yeayyy...... excited tau tengok salji tebal macam tu.

"Cuba tiup, nampak x asap?!" hahahaha.... 


OK tak tipu, masa memula sampai je situ memang rasa sejuk sangat.
Terus cecepat pakai gloves dan jaket.


Tinggi kan salji tu?!!


Akhirnya sampai juga kat sini!!
Yeay..... ;-)



Selfie kejap.... jangan muntah darah tengok gambar2 kat entry ni ye :p



Pastu memasing gedik nak main campak-campak salji .. :D


Moh la kita buat snowman kecik...
Masa ni suasana dah x rasa sejuk macam memula sampai.
Sebab tu kitorang buka dah jaket.
Tapi tipu la kalau pegang ais tak sejuk.
Konpom la sejuk sampai merah-merah tangan ako ... 


Nak feel ala-ala titanic..
Eh titanic plak kan haha... 
Nasib la pakai baju colorful, klu tak, mau nya dull gambar kat sini kan ;-)


Korang bole rasa tak cuaca panas masa ni?
Memang panas sebab tu ako cakap x sejuk sangat pun.
Cuma bila kadang-kadang dia berangin, terasa juga la dingin nya tu ;-)


See the leg...
Nampak tak, nampak tak?
Betapa dalam nya salji itu.



Dah puas bergambar kat situ, moh kita gerak ke tempat berikutnya.
Kali ni kita naik tunnel trolley bus.


Walau 10 minit je perjalana kita dalam tunnel tu tapi rasa macam lama sangat. (boleh tengok video atas tu k)

Dah sampai kat bawah, kita naik ropeway plak.
Kalau korang pernah pegi Mt Sorak, ha camtu la lebih kurang ropeway yang kita naik.


Tak yah rebut-rebut.. sume dapat naik :p


Naik ni x yah duduk... rugi wooo!!!
Berdiri baru nampak pemandangan yang cantek dari atas.


Ok kita nak turun ke bawah lagi ni.


7 minit dah sampai next station.


Kali ni masih lagi tempat yang bersalji...
Apa lagi sesi bergambar tak henti2.
Banyak gambar aku dalam kamera si murshi plak.. Dalam kamera aku, byk gambar dia.. hahhah konsep ko snap aku, aku snap ko kekdahnya...!


Ni je la gambar yang sempat di snap dr kamera murshi....

Aksi melompat yang sangat cantek hahaha (harus la puji diri sendiri kan)

Kitorang lepak kat tempat salji kedua agak lama la jugak. Rasanya mau 2 jam kat situ je. Dah puas bergambar moh kita teruskan perjalanan lagi. Kali ni kita naik balik cable car yang ala2 macam ketapi naik bukit bendera tu. Terus menuju ke Kurobe Dam.


Subhanallah... cantek sangat!!!
Sejuk mata memandang.
Kita dah sampai di Kurobe Dam.
Nanti korang gugel la eh berkenaan dam ni.


Jom selfie dulu...


Tapi sayang ..dam ni kering plak masa kita sampai. Dengarnya klu derang buka air... lagi cantek pemandangan nya tu.



Lepak kejap je kat situ.
Jalan kaki sket dalam 10 minit sampai la di stesen terakhir untuk naik transport terakhir kita iaitu trolley bus.


Lorong laluan trolley bus.
Nampak mcm scary je.....
Ye la kan.. dalam terowong yang sempit. Ngam2 je laluan nya tu. Klu jadi pape..seriau gak klu pikir.


Ha camni la ghope trolley bus itu.
Nampak tak wayar2 kat atas bas tu? Wayar tu bersambung dengan bumbung bas.



Rupanya ada rel laluan bas kat bahagian atas.


Perjalanan diteruskan.
Kali ni kita naik bas lagi ke Shinano-Omachi.
Tempat di mana luggage kita ditempatkan.
Ingat tak awal pagi tadi kita ada guna khidmat penghantaran bagasi??
So, kita nak gi amek beg la ni.
Kena beli tiket bas harga 1360 yen.


Bas ni dah x termasuk pakej Kurobe Alphine tadi k.
Tu yang kena bilik tiket lain.


Bas penuh, so dapat seat paling belakang sekali.


Perjalanan dari Ogizawa Station ke JR Shinano-omachi station amek masa lebih kurang 40 minit.


Jangan risau, derang ada bagi map untuk ke tempat bagasi kita tu nanti.


Dah sampai Shinano-omachi station. 
Moh lekaih kita amek beg.
Jalan sket je x sampai 5 minit pun.


Ha nampak tu ramai orang tengah dok cari beg derang la tu.
Tu la nama tempat yang delivery servis tadi hantar beg kita.


Pilih-pilih mana satu beg korang.
Owner kedai tu peramah betul.



Saja nak tunjuk gambar JR Station ni.


Close-up sket nama kedai tu.
Jangan risau tentang bagasi korang k.
Insyallah dijamin selamat :D


Dah dah jom gi JR office dulu.
Kita kasi tukar tiket untuk amek seat.


Laaapaarr nyaaaa!!!
Makan je la apa yang ada.
Ni dah naik tren dah ni. 
Kita nak ke Tokyo dah.. yeehaaa!!


Perjalanan agak jauh juga la, dalam 4 jam gitu.
Punya la sepanjang 4 jam dalam tren bole tak perasan plug kat bawah tu.
Huwaaaaaaa geram betul. Dah la masa tu bateri dah tinggal nyawa2 ikan... 


Eh eh korang nampak tak apa yang ako nampak???
Nampak tak tu????
Ye ye Mount Fuji u'ols!!
Excited giler!!


Sepanjang jalan nampak jelas mount fuji tu.
Rasa nya ni dah nak dekat sampai area Tokyo kot.
Cantek giler!

Lebih kurang pukul 7 or 8 malam rasanya kita dah sampai Tokyo.
Hari dah gelap kan. Kita berhenti kat station Shinjuku.
Letak beg dalam locker.
Plan kita malam tu nak terus menyinggah ke Tokyo Tower dulu.
Nak naik atas tower tu memang dah x sempat la kan.
Maka nya bergambar aje la di depan Tokyo Tower.


Samada korang naik JR tren dari Shibuya or Shinjuku, just turun je di station Hamamatsucho.
Pastu kena la jalan kaki sket dalam 15 minit gitu.


Situ rasa nya area opis.
Memang ramai berpusu-pusu nak balik dah pun.


Tapi ada certain area sepanjang jalan tu, sunyi la juga.
Ye la sebab opis pun dah tutup kan.
Korang akan lalu World Trade Center.
Ada penghibur jalanan kat depan tangga world trade ni.


Nampak dah! Nampak dah!!
Nampak macam dah dekat dah kan.
Hakikatnya jauh lagi tu.


Kalau korang nampak temple ni, dah nak dekat dah tu.


Taadaaaaa dah sampai!
Pheww berpeluh ketiak dibuatnya tapi rasa puas bila dah ada depan mata.


Terus teringat "teru teru bozu" ... ala citer With Love ....
Murshi asyik la dok mention teru teru tu..
Hahaha ako pun dah lupa drama jepun tu...
Yang ingat Yutaka ngan Tanaka berlakon drama tu.
So laaaaa romantik!!!

Pose pose kat luar je.
Dah puas bergambar moh la kita patah balik.
Adoiyaiii nak kena naik tren lagi ni untuk ke tempat tinggal kita selama 4 hari di Tokyo.
Di luar kawasan tokyo, memang agak jauh sket la.


Station kami adalah ke Miyamaedaira.
Rasanya adalah dalam 45 minit juga perjalanan nya.
Kali ni tak boleh guna JR pass sebab nya kita akan naik local tren sahaja.


Dah lewat malam.
Kami menggunakan khidmat teksi untuk bawa kitorang ke tempat tinggal.
Nanti next entry cerita pasal tempat tinggal kita tu k.
Bukan hotel ataupun hostel tapi adalah rumah orang yang menyewakan bilik untuk tourist macam kami.
Sangat cantek rumah nya. Nanti citer k.

Ok dah jom tido dulu..... 
Hari esok masih ada..... 

Nota Jemari: .... pasni kita terus ke Tokyo