Followers

Sunday, March 22, 2015

Winter Trip Korea 2015: Hongik University, Hello Kitty, Itaewon, Cat Cafe ( Day 2)


Good morning SEOUL!!
Hari kedua ada sikit perubahan pada planning kitorang.
Asalnya ari kedua ni nak ke Nami Island tapi memandangkan ada sesuatu happen maka nya plan pun ada lari la sikit.

Hari kedua ni hari bertemu kucing je la eh..


Hari-hari ini lah laluan kitorang.


First thing yang kita perlu buat, kasi ON dulu pocket wifi.
Pastu kasi cari station mana nak dituju.


Nasib la nak ke Myeongdong Station ni ada esclator.


Hari ni kita plan nak ke Hello Kitty Cafe kat area Hondae @ Hongik University.
Puas la dok cari nama station.


Beriyer-iyer kitorang google.
Tetiba macam blur plak.
Tak nampak2 nama station dalam link subway tu.


Nak ke Hongik University Station tu banyak laluan boleh ikot. 
Laluan yang kitorang amek, 

 Myeongdong Station (Line 4) --> Dongdaemun History & Culture Park -->
Hongik University (Line 2)


Masa kat area Hongik University, bersepah kedai "RedEye" ni.
Harga barang-barang kat situ murah-murah belaka.
Ako budget, sebab maybe area budak-budak U la kan.


Ataupun sebab dah nak abes winter kan, sebab tu dia bole jual dengan harga murah2 kot..


Kuar je dari exit 9 tu, kitorang blur-blur lagi.
Hahahah dah la masa tu sejuk sesangat.

Google lagi, nak cari Hello Kitty Cafe.
Mana laaa tempat nya tu kan?!

Maaf ye, ako terlupa aritu kitorang kuar dari subway Hongik tu dari pintu berapa. Tapi menurut kata google, rata-rata cakap kena exit pintu 9. So lepas je exit pintu 9, kita kena jalan terus sampai jumpa simpang trafic light. Lintas trafic light tu dan terus je belok kiri. Lepas dah belok kiri tu, terus je jalan ke depan sampai korang jumpa kedai Tony Moly kat belah kanan. Masuk simpang kanan yang sebelah kedai Tony Moly tu k pastu korang terus je jalan. Jalan yang korang akan lalu tu nama nya "The street of Hongik University".

Memang kalau korang terus sampai hujung jalan, korang akan jumpa Hongik University tu sebab tu tak heran la kan kalau sepanjang jalan tu memang ramai je student-student berlegar-legar.

Dah jalan-jalan tu nanti korang akan nampak watson kat belah kiri.
Tepi watson tu ada simpang kecik ke atas bukit.
Masuk je simpang tu, x jauh je pun korang akan nampak dah pintu masuk Hello Kitty Cafe.


Nampak macam susah je tapi ekceli senang je nak cari.
Cuba-cuba la refer map kat atas tu k..


Taadaaaaaaaaa, dah sampai!!


Tempat ni bukan la tempat favorite ako.
Tapi bila tengok orang pegi, haha ako pun nak la juga jejak kan kaki kat situ.
Atlis, bila orang bercerita, kita dah dpt bygkan la  tempat tu kan.


View dari atas. 


Dah, jom kita naik!!


Oh ye, cafe ni terletak kat lokasi yang baru.
Kalau tak silap, lokasi yang lama tu masa korang on the way ke tempat baru ni, mesti perasan kan.


Sape suka pink, mesti suka decoration kat situ. 


Kita order dulu.
Tak yah nak pilih-pilih. Amek waffle ngan salad je sudah. 


Tempat pick up makanan.
Dah abes makan, kena pulang kan tray kat sini juga.


Lepas dah order, dia bagi button ni.
Tunggu sampai lampu buzzer dia bernyala, then baru la kita gi amek makanan yang dah order tadi. So tak yah nak berebut or beratur kelam kabut depan kaunter makanan tu kan.


Nyummmm.....
Waffle and aiskrim.
Sejuk-sejuk makan aiskrim adalah sangat nikmat!!
hahaa...


Comel je kan, cam sayang je nak minum haha


Bekfes kitorang pada hari itu.
Jadi laa..... 


Pas makan kita jeling jeling kejap kat kedai souvenir. Macam-macam ada...macam- macam rasa nak beli. Sume pun shomel shomel belaka.


Lepas lepak-lepak kat Hello Kitty Cafe, kita jenjalan kat Hongik Street.


Kita jeling-jeling barangan yang dijual.


Pastu kita menyinggah pula ke Trick Museum.
Tak jauh je dari Hello Kitty. 

Direction ke sana, korang kuar balik simpang Tony Moly.
Pastu korang masuk simpang yang ada kedai nama HolikaHolika.
Tak jauh dari simpang Holika tu korang akan nampak signbod "Trick Eye Museum" cam gambar atas tu. 


Trick Musem ni kena turun ke bawah.
First level korang akan jumpa "Love Museum".
At first ako ingat itu la museum trick eye nya.
Masa nak beli tiket kat kaunter, ako dah rasa semacam plak museum ni.
Harga dia lagi murah pastu macam banyak plak gambar-gambar 18SX.
Hahahha rupa-rupanya memang pun , museum tu adalah museum 18SX.
Nasib la belum bayar, tergerak nak bertanya dulu kat kaunter.
Adoiyaiiii ... :p
blushing blushing aii masa kat kaunter tu.
Konpom orang jaga kaunter tu pun macam pelik-pelik gak tengok ako hehe


Trick eye museum ni korang kena turun lagi ke bawah.
Underground gitu. hehe...


Masuk je area museum, nampak kedai hanbok ni.
Macam menarik kan tapi sebab kena bayar, terus jadi cam x menarik ahaha.. 
Maybe next time la kan, kita cari yang FREE punya :p


Dah sape pulak yang membuang kat luar ni? :p


Jom kita tengok harga tiket.
Lain-lain info leh klik sini.




Memandangkan kitorang rasa tiket dia macam "mahal" sangat,
maka nya kita x jadi la nak masuk ke dalam.
Klik klik kat bahagian luar saja.
Jadi la kan, nasib ada juga tempat nak snap snap.

.:tumpang berpaut juga ye:.



Rasa shomel je naik skuter ni.
Rasa macam 'ladylike' sangat hahaha


"Ouchh..... oh NO!!!"
"Someone took my photo!"


"Apa aii nak buat ni ???"..
adooii.....
Hahahaha..... 


"Help! Help! Mana sluar aii?"


"Oooo tadi curi-curi amek gambar wa eh?"
waachaaaaaa .. 


Kuda ku lari gagah berani ....
 yeeehaaaa..... 


Kita rest dulu la ye ...


Jemput minum...
Puas ni kalau dapat cawan besar gedabak camni :p


Before balik, jom singgah umah aii dulu :p


Pasni kita gerak ke Itaewon plak.
Dari Hongik University Station (Line 2) berhenti kat Hapjeong Station, transfer ke Line 6 untuk ke Itaewon pulak.


Bercinta sungguh nak naik tangga.
Tapi ako rasa tak seteruk masa kat Jepun.
Lagi arr masak turun naik tangga subway kat Jepun.

Maybe sebab masa kat Jepun ako kena slalu tarik beg sekali kot, tu yang terasa azab betul.


Direction ke Masjid Itaewon tu, korang boleh refer kat blog budak ni.


Bila korang jumpa junction cabang ni, korang amek belah kiri.
Nanti korang akan nampak kedai makan Siti Sarah.
Otomatik perut pun rasa lapar hahaa... psiko sangat :p


Kedai Siti Sarah ni kedai makanan Indon campur Arab.


So far kitorang memang suka makanan kat situ.
Sedap je mengikut citarasa tekak kitorang.
Cuma harga dia memang agak mahal la juga.
Well, dah kata melantak area Itaewon kan,
konpom la mahal ... *wink


Lepas melantak moh kita segera menunaikan yang fardu hehehe...
Dari Restoran Siti Sarah kita mendaki sket lagi untuk jumpa pintu masuk masjid itaewon.


Kena mendaki tangga plak.


Alhamdulilah berjaya juga sampai ke sini.


On the way nak balik dari Masjid Itaewon tu, kitorang ditegur oleh sekumpulan pelajar.
Derang minta kita jadi model untuk assignment projek derang.
Simple je , kita just pegang cawan yang budak tu pegang sambil cakap
"KOPI!!"

hahhhaaa.... Maybe derang nak buat cerita pasal kopi la kot.
Dia soh sebut kopi dalam bahasa kita.
Simple kan!!


Pastu kita gerak ke Seoul Station.
Ntah nape bila sampai Seoul Station ni, memasing cam x tahu nak ke mana.
Last-last kita decide nak cari kedai 'kopi'. 
Hahaha.... moh la ke Myeongdong aje la cari kopi kan.


Pape pun jom kita top-up T-money dulu la ye.
Esok nak jalan jauh 'sket'.



Sampai-sampai Myeongdong Night Market je, terus kucing ni tegur kitorang.
Macam tau-tau aje kita tengah cari-cari kedai 'kopi'.

video

Kita pun follow la dia kan.


Rupa-rupanya dia bawa kita pegi "Cafe Kucing".
Member memang suka kucing, apa lagi memang excited la kan.


Ako??? Erkk ok ok la janji kucing x kacau ako hahaha...
Ako memang alergik sket ngan kucing. 


Harga sekali masuk 8000 won termasuk minuman.
OK la kan.
Sape yang minat kucing memang berbaloi la lepak kat situ.


Before kita bole main-main ngan kucing, dia bagi kita plastik bag untuk letak sumer barang-barang kita termasuk baju ke scarf or beg. Bukan apa, just nak elakkan kucing dari terkencing atas barang2 kita.




Latte, mocha in da house.





Bebas main ngan kucing.
Kucing-kucing pun memang bebas berkeliaran kat cafe tu.


Kucing pun nak g jamban 'buang hajat' hehehe...


Ako ngaku ako bukan pengemar kucing..
Main acah-acah je tu.


Kalau korang suka, boleh terjah k...
Dia buka jam 12 tengahari sampai 11 malam.


Ruang letak kasut disediakan.
Korang kena tukar pakai kasut getah yang derang provide tu k.

So ok la ako stop dulu cerita hari kedua.
 Selamat bermain dengan kucing sambil minum kopi!!
Enjoyy!!

Nota Jemari: Letih nak mengarang cerita haha... bapak lama amek masa kan :p

13 comments:

kay dolce said...

Ramai jugak orang dekat cat cafe tu ya. Kucingnya banyak x? Saya ni takut kucing, jd hanya mampu tgk je la org pegi cat cafe ni.

Xpe karang slow2 ako :D

kay dolce said...

Btw 2nd day ni mmg tema kucing ke? Pagi ke Hello Kitty cafe, mlmnya ke cat cafe plak.

anakomak said...

Kay..
Banyak juga la kucing2 kat situ tp kucing2 kt situ cam dah lali ngan org ramai... dia x peduli sgt pun manusia2 yg dtg situ haha...

Aha hari kedua ni mmg tema kucing je

Jari Manis said...

Ako x print subway map ke..JM refer subway map je habis trip lunyai kertas tu kami kerjakan hikss

ala kenapa x nk masuk love museum tu mesti best..ohh..x masuk trickeye tu..best gak dalam tu...

jelzz Ako dah siapkan lagi satu entri..huhuh...di manakah mood utk menulis nih..harap2 jgn Ako TAMAT cite Seoul JM masih merangkak hohoho

anakomak said...

X print pun map tu JM ..just donlod je kt hp.
Malu la nak msk museum.love tu JM :p

Xpe kita tgu JM update

BIBIE KARIM said...

Fuh, akan ku jejak Hello Kitty Cafe tu nanti. Aku gi yang lama nye haritu. Haruslah akan jejak yang baru. Aku ni punyalah penchenta kucing, tapi xpernah sekali lepak kat Cats Cafe. Geram wei tengok budak2 comel tu semua.

anakomak said...

Bie...

Wajib terjah cafe kucing tu next trip tau hehe... mesti takmoh balik bila dah jumpa "budak2" tu :p

FiZ said...

Thank you Ako sebab bagi details explanation tentang hello kitty cafe tu. Dah copy masuk iti utk next coming trip. Tak sabar nya :)

anakomak said...

Fiz..
Tarak hal... enjoy melepak kt situ nnt k

Shaizhar said...

pandang - pandang
jeling - jeling
tengok - tengok
habis...

anakomak said...

shai,
jeling jeling
tengok tengok...

jeling jeling lagi
tengok tengok lagi :p

Intan said...

Fuhh... kalo Intan masuk Cat Cafe tu, sure tanggal hidung, bersin non stop!!Bukan penggemar kucing jugak dan allergy dengan bulus2 kucennn...huhuhu

anakomak said...

Intan,
Hehehe memang konpom la tak bole masuk cafe kucing :p