, ,

Bila JEMAH-JEMAH pergi bercoti ke Bukit Fraser (Part 1)

Assalamualaikum ....

Lama nya tak membebel kan.
Sebab kan masa sangat mencemburui ako, jadi ako terus kan aje la ke agenda bebelan ye.

Nak citer pasal jemah-jemah ni.
Tetiba je wujud grup jemahs ni haha.. 
Tak kisah la macam mana dia wujud kan.
Cuma nak bebel sket, aritu jemah-jemah tu pergi bercoti.
First time la kan jemah-jemah ni pergi holiday secara berjamaah.
Excited masing-masing.
Maka nya merancang la para jemah ni semua.

Pada mula nya plan nak berBBQ ikan pancingan di dusun kepunyaan 'abg jem' je.
Tapi lepas tu ada plak yang usul untuk ke Fraser Hills.
Memandangkan ako pun tak pernah jejak ke sana, setelah dibincang-bincang, bersetuju la para jemah untuk 'melancong' ke Bukit Fraser.


Dan bermula la pembahagian tugas-tugas dari booking resort sampai la acara masak-memasak.


.: Dah macam pelarian plak memasing dok berbincang di bilik 'rahsia' :.

Tarikh 29 Mei hingga 31 Mei menjadi saksi pendakian kami.
Di hari kejadian, tak disangka-sangka, ako terpaksa membuat 'kerja lebih masa' plak membuatkan plan asal kami terpaksa bertukar. 

Grup pertama bertolak seperti yang dirancang.
Grup kedua terpaksa menunggu ako setelkan kerja dahulu.
Lebih kurang jam 9:30 malam, grup kedua bergerak ke Bukit Fraser.
Sepanjang perjalanan mendaki, alhamdulilah tiada kejadian buruk berlaku kecuali terpaksa berhenti di tengah-tengah hutan gara-gara ada yang termuntah di dalam kereta. 

Kami semua 'selamat' tiba di lokasi rumah rehat tepat jam 1.30 pagi.


.: Bukti selfie dulu jam 2 pagi dengan baju opis masih di badan :.

Bila semua jemahs sudah berkumpul, maka bermula la sesi meriuhkan suasana di lokasi kejadian. Banyak tugas sedang menanti sebelum semuanya dapat melelapkan mata.


Gagah memasing menyiapkan bahan untuk perap memerap daging dan ayam, siang menyiang udang, dan yang sewaktu dengannya.


.: ada sesi luahan perasaan ke malam tu ye adik shiqah oii?! :p :.


Bila jam 3 pagi memasing tak tido lagi, semua pun jadi x keruan...
Pastu kita tido ke?
Tido???
Tido???


Hahhaaa takde makna nya, bebelan bersambung di dalam bilik tido pulak.
Memang kita semua kongsi bilik.
Bila dah ramai-ramai, konpom banyak citer nak diluahkan.
Sudahnya, jam 4.30 pagi baru memasing nak lelap. 

OK la dah cakap tadi MASA mencemburui ako ... 
Esok kita sambung lagi eh .... 

Nota Jemari: tergantung jepp.... :p
Share:

No comments:

Post a Comment

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.