Followers

Friday, July 3, 2015

Bila JEMAH-JEMAH pergi Bercuti ke Bukit Fraser (Part 3)

OK kita sambung lagi ...
Pas kitorang mengKUDA dan menembak, kitorang shoot plak ke Allan's water.
Itu je la pun kan aktiviti kat Fraser :p


Waktu operasi adalah seperti dalam gambar ye.


Tiket naik paddle bot plak adalah RM8.



Tapi sebelom kita naik bot, moh la kita bagi ikan makan dulu.
Aktiviti ni sesuai yang ada anak-anak kecik.
Kalau mak-mak dah buhsan kot nak bagi 'anak ikan' makan hahaha :D


Yeay, kami dah ready nak kayuh bot.



Memang seronok main bot ni.
Tapi kalau ko sorang je yang kena kayuh, hahaha memang masak laaa!!
Penat weii ... dari 15 minit yang diorang bagi, ako rasa ako x sampai 5 minit kot dah patah balik. hahaha tak sanggup nak mengayuh sorang-sorang.


Dulu tingin nak main bola air ni tapi bila tengok dia masuk, erkk cam malu nya hehehe...
Sebab sume orang tertumpu kat kita.
Sumer nak tengok apa yang kita akan buat dalam bola air tu.
(itu perasaan ako la kan ... )


Lama juga melepak kat Allan's Water ni.
Eh, dah dah.. moh balik cepat!
Malam nanti kita ada aktiviti BBQ plak.
Kang tak sempat plak nak nyalakan arang ... 

dah dah... gerak gerak khass......!!


Sampai-sampai je resort, memasing dah start bizi balik.
Nak siapkan bahan-bahan untuk BBQ malam itu.



Orang kuar bakar membakar...
Harus la kan... :p
Terima kasih 'abam-abam' pembakar semangat... eh eh :D




Meriah masing-masing bila dapat makan.
Terima kasih la pada pembuat-pembuat makanan untuk malam tu.
Semua nya sangat ohsem!!!

Masih terbayang-bayang kelazatan, kenikmatan daging panggang dan ayam bakar...
Psstt.... bila nak buat makan-makan lagi?? :p


Dan malam itu kami sudahi dengan alunan sore-sore merdu mereka yang gian nak melalak lagu-lagu raya ... eh eh hahaha motip lagu raya la sangat kan?! :D

Nasib la resort tu jauh dari rumah-rumah yang lain.
Kalau la berdekatan, konpom ada yang kena ketuk pintu memalam buta tu :p


Esok paginya, hari terakhir kat Fraser.
Beriyer ako ingat derang bekfes kat luar beranda ni.
Kisahnya, ako terlewat bangun pagi tu.
Memasing sepakat nak bekfes kat luar je.


Dengar citer derang bekfes ala-ala 'buffet' kat Puncak Inn tu.
Boleh la kata derang. Takde la 'mewah' sangat kan ;-)


Bukti muka-muka tak mandi pagi...
muahahahahaa..... 


Pung pang pung pang, tiba la masa untuk pulang.
Terima kasih 'kakak' yang jaga banglo tu.
Umur panjang kami datang lagi ye... erkk...


Sebelum pulang, kita lunch la dulu k....


Konpius jap mana titik fokus gambar ini????


Macam biasa, tak lengkap kalau ke Fraser tapi tak bergambar kat depan jam ni.
Selamat tinggal Bukit Fraser.
Babai dan jumpa lagi....

Insyallah..

Nota Jemari: Next trip, please....

No comments: