Kita hold dulu citer pasal raya ye, jom kita sambung citer korea lagi sikit.
Sambungan yang lama tergendala --> Korea Trip Day 4


Hari ke lima ni santai-santai aja.
Bila dah kata santai-santai, maka nya bersantai juga la kami bangun dan kluar dari guesthouse.

Tempat pertama yang dituju adalah ke Bukchon Hanok Village.
Tempat ni memang first time ako nak pegi.
Cara nak ke sana, sila pastikan korang turun kat Anguk Station (subway Line 3) pastu kuar ikot pintu 2. Pastu jalan terus sampai jumpa kedai-kedai coffee area Samcheong-dong. Jangan risau sebab nanti korang mesti akan terjumpa punya la tourist guide yang pakai baju merah mcm gambar bawah ni


Nanti juga derang akan bagi map Perkampungan Bukchon tu untuk korang terokai dengan mudah.
Selalu nya orang akan pergi waktu petang-petang sebab nak nikmati minum kopi sambil tengok pemandangan dari atas bukit. Memandangkan kami datang awal pagi, jadi nya waktu memang agak sunyi la sikit dan tak dapat nak minum kopi sebab kedai-kedai pun baru je nak buka time tu. 

.:Contoh map yang ako google:.

Kalau tak silap dia ada 8 spot yang menarik untuk amek gambar.
Tapi sebab kitrg ni kurang mahir nak baca map tu, (sebab map kitorang dalam bahasa korea), maka nya kitorang takde la jumpa spot-spot yang menarik macam yang dicadangkan nya tu. Memang frust la juga, walau dah cuba juga la nak paham arahan direction dalam map namun masih tetap gagal.


Surrounded by Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palace and Jongmyo Shrine, Bukchon Hanok Village is home to hundreds of traditional houses called 'hanok' that date back to the Joseon Dynasty. The name, 'Bukchon,' which literally translates to 'northern village,' came about as the neighborhoods that the village covers lie to the north of the two significant Seoul landmarks, Cheonggyecheon Stream and Jongno. Today, many of these hanoks operate as cultural centers, guesthouses, restaurants and tea houses, providing an opportunity to experience, learn and immerse in Korean traditional culture.

Perkampungan Hanok ni, ako google je apa makna nya. So, kalau nak tahu details lagi, korang pun bole la google juga ye :p


Sangat cantek perkampungan ni. Rumah-rumah tradisional yang masih kekal di tengah-tengah bandar Seoul. Kawasan yang penuh rumah-rumah tradisional ni agak tersorok sket dari jalan besar. So, korang kena jangan plak terlepas lorong masuk ke situ k.


Pastikan korang tak terlepas kedai farmasi ni.


Dah jumpa farmasi tu, belok la ke kiri dan ikot lorong tu untuk jumpa kawasan perkampungan hanok.



Sebab ini kawasan rumah orang, jadi kena la senyap.
Nak jalan pun kena pelan-pelan.
Nak gelak pun kena tutup mulut haha...
Lagi pun awal pagi kan kitorang sampai, takut penghuni rumah masih dibuai mimpi lagi.


Agak-agak korang berapa la nilai rumah ni ye?!


Sri: "Kalau la rumah kita kat sini kan?!"
Ako: "Tak yah berangan, dah jom balik!!" 

hahaha... 

Kalau korang berpeluang stay kat Guesthouse area situ, cuba la kan ;-)
Cuma takut gak, kalau dah stay situ konpom tak bole buat bising hehehe..


Dah puas pusing-pusing kat Hanok Village tu, jom kita gerak ke Gyeongbokyung Palace pulak. Katanya x jauh dari Hanok Village. Tapi dalam cuaca yang sejuk-sejuk macam tu, yang dekat terasa jauh juga tau. 


Bila terasa sejuk, ditambah belum brekfast lagi, maka nya menyinggah la kejap ke Starbuck. Ekceli nak try coffee shop local tapi mostly kedai belum buka lagi. 


Susah juga nak pilih menu. 
Takut tersalah pilih kang, haru jadinya.


Jadi la menu bekfes kami pagi tu.
Roti kosong letak je la jem.
Alhamdulilah kenyang.....


Dari Anguk Station (Line 3) kita naik subway je ke Gyeongbokgung Station (Line 3).
Dalam cuaca sejuk, memang x koser nak jalan kaki, walau katanya 15 min je kalau berjalan.


Kuar subway terus jumpa dah palace tu.
Tak yah peluh-peluh ketiak hahaa...


Kitorang masuk ikot pintu dari subway.
Terus ke depan tu agak nya pintu masuk dari Gwanghwamun Gate kot?!
Ako agak je hehee... sebab ako pun x sempat nak singgah Gwanghwamun tu.


Ke ini pintu Gwanghwamun tu ek?
Hahhaa maaf kan la ako ek, sebab dah lama sangat, ako pun ingat-ingat lupa je.


Tapi yang pasti ini memang pintu masuk ke dalam istana.
Plan asal nak tengok upacara pertukaran pengawal tapi kitorang terlepas pulak gara-gara melepak lama sangat kat Starbuck tadi tu kan.


So sebagai menebus kekesalan di hati, kitorang nampak ada tempat untuk bergambar dengan berpakaian pengawal kat hujung tu (rujuk arrow dalam gambar). Katanya PERCUMA je, jadi apa lagi, gigih la kita terus menuju ke lokasi hujung kawasan istana.


Boleh pilih jenis baju pengawal mengikut pangkat.
Sebabkan ruang menukar baju tu ada 1 bilik je, jadi dia hanya benarkan seorang saja dalam satu masa untuk menukar baju. Kira kena tunggu giliran la ye.

Pastu bila semua dah tukar, dia bagi kita dalam 10 minit je untuk sesi fotografi.
Apa lagi, moh la kita bergambar sakan.




Korang agak, ada ke nak amek kalau mak guard gemok camni?
muahahahaha..... 


Dah puas bergambar, moh kita gerak ke N Seoul Tower pulak.
Dari gyeongbokgung station, kita benti je kat myeongdong station.
So dari Myeongdong tu kuar ikot pintu 3, korang nampak Pacific Hotel, sila belok kanan.
Then jalan je terus dalam 15 minit sampai jumpa cable car ke N Tower tu.


Masa kat Gyeongbokgung Station ni memang sunyi sket.
Pastikan korang berada kat situ beramai-ramai ye.
Walaupun orang kata jalan sengsorang kat Korea ni ok je, tapi waspada je la kan.


Berjalan dalam cuaca panas tapi sejuk.
Ha camtu agaknya.....
Nampak je panas terik tapi suhu masa tu memang sejuk sesangat.


Sampai je kat pintu cable car, huwarghhhhhhhh dia tengah repair plak.
TIDAKKKKKK!! 
Masa tu dah nak pitam bila tengok anak-anak tangga ni.


Rasa nya lebih 1000 anak tangga kitorang kena mendaki sampai ke puncak cable car.
Hoi oii asal la time tu korang g repair cable car weiiii!!!????


Penat ke kak?? :p


Tambah semput bila tengok kat depan ada lagi anak tangga.
Erkkk........


Sikit lagi, dah nak smapai dah tu.


Sampai-sampai je terus beli tiket.


Amek je la round trip.
Tak koser plak nak amek sehala pastu turun ke bawah dengan berjalan kaki.
Ahkak is semput sudah hahaa...

Harga tiket tu untuk 3 orang round trip, 25500 won.
Maka sorang adalah 8500 won sahaja.


Nasib la tak ramai orang, so x payah tunggu lama sangat tuk naik cable car tu.


View bandar Seoul dari atas cable car.


Dah sampai puncak. 
Kuar je dari cable car, kena menapak lagi?!!


Fuh, kebas kaki camni ...
Patut la orang-orang Korea ni sihat-sihat kaki derang hahaha...
Kalau la hari-hari kena menapak turun naik tangga, memang konpom kaki tu selim melim :p


Hoyeeeeee akhirnya, sampai juga kat tempat "lock pad" ni.


Gedik kan!!
Nak juga buat...
Nak juga nama ku tergantung di situ...
Nak juga feeling-feeling ...


Sebab dah banyak sangat so susah sket nak cari port yang sesuai.


Taadaaaa....
"Mencari Cinta di Seoul"

... mimpi je la...
hahaha


Salah satu tempat wajib bergambar...
Kusi senget nama nya hahaha.... 


Tetiba jumpa 'sedara' kat sana...
hahahaha 


Kitorang tak naik pun N Tower tu.
Maybe next time.
Cukup la sampai kat bawah je.
Janji dah sampai kan :p


Dari N Tower, kita patah balik ke Myeongdong.


Pastu on the way tu kita singgah ke Namdaemun Market.
Apa lagi, masa untuk shoping untuk kali terakhir....


Budak sebelah ako tu memang soping sakan winter coat.
Kalau nasib baik, pandai tawat menawar, memang boleh dapat yang murah.

Selesainya kami bersoping, maka berakhir la sesi bergumbira di Seoul, Korea.


Hasil terakhir yang kami borong adalah beg besar itu hahahaa...
Tak sangka banyak pulak barang yang kami beli sampai kena beli beg lain kat sana :-D
Jadi la beg dari Korea gitu haahah.


Dinner malam terakhir.
Menghabiskan saki baki makanan yang dibawa dari Malaysia.


Babai Seoul!!
Insyallah ada rezeki kita datang lagi kan.

Nota Jemari: Lepas ni boleh la citer pasal raya pulak :p