Perbezaan Belajar Memandu Dulu dan Sekarang

Teringat cerita seorang teman ni tentang husband nya yang baru je tersedar nak dapatkan lesen memandu. Umur dah makin meningkat senja, baru terkedek nak belajar memandu. Actually hubby dia memang dah expert dah memandu cuma tak 'berkesempatan' nak dapatkan lesen memandu yang sah. Bila dah tua-tua baru la insaf dan tergerak nak dapatkan satu.

Bukan nak cerita pasal hubby dia tu. Sekadar mukadimah.
Ako lebih suka nak bercerita perbezaan belajar memandu zaman ako dibandingkan dengan sekarang ni. Memang jauh gila beza nya kan.

#carian google

Ako belajar memandu betul-betul lepas habis jawab paper SPM yang terakhir.
Tahun 1995. Bapak lama kan, dah tua ahkak ko ni. hahhaa...
Ako belajar kat Institut Memandu Riakar di Skudai, Johor
Tak sangka wujud lagi tempat tu hingga kini.
Belajar memandu pada usia muda opkos masa tu excited yang amat.
Semangat berkobar-kobar.
Bangga tahap besar lobang idong ko jalan sana sini.
hahahaa...

Zaman ako, belajar memandu pakai kete macam kat atas tu. 
Haa... korang ado????
Tak pernah kan!!
Rata-rata sekarang kete dah senang, kecik je pun kete.
Tak perlu nak pikir, montot kete masa parking,
Tak payah nak pening-pening kena tahan napas masa nak tekan brek.
Tak susah-susah nak pastikan clutch korang bole tekan dengan kuat.

Hahahh... zaman ahkak masa tu, tuhan je yang tau betapa seksa nya nak memandu kete 'beso' dan 'bughok' macam tu kat tengah highway. Ha sape orang johor mesti tau kan laluan skudai tu macam mana punya jam dan penuh dengan lori beso-beso...
Ye , tu la laluan ako belajar bawa kete..
Jalan Skudai, OK!!!

Cerita pasal kete atas tu.
Pepaham je la, bila kete lama ni.
Clutch, brek, hand brek, stereng sumer nya versi ols skool.
Keras OK!!...
Insiden tak boleh lupa bila belajar park bukit.
Ermm... ko nak tekan brek je badan ko kena gerak sket ke bawah sebab brek pun dah ketat sangat hahahaa... Masa zaman aii belajar, aii is kecik molek je jadi bila memandu dengan stereng yang lebih beso dari paras muka ni, agak agak korang leh bayangkan tak?!

Bebudak sekarang sangat la beruntung.
Dah la kete kecik molek je.
Bila belajar parking tak payah nak pk pasal montot kete.
Pulak tu on da road pun smooth je bila drive.

Cuma ye ye, sekarang ni ada tambahan ilmu tentang kereta yang wajib belajar ye dak!
Kalau dulu simple je.
Parking & on da road.
Takde nak pening2 belajar buka tayar kete, belajar enjin kete.
Belajar mana nak isi minyak.

Tengok ahkak ko ni, dah hampir 23 tahun bawa kete.
Takde pun ilmu buka tayar pasang tayar,
tapi dah banyak pengalaman akak kena tukar tayar sendiri hahaha...
Ahkak ko ni xde belajar camne nak check minyak hitam, nak check air tapi bila ko dah start bawa kete, otomatik ko sendiri akan cuba nak tau perkara-perkara pasal kereta.

Ini jangan hanya tau bawa je tapi belajar macam-macam pun still tak tau pape.
Ermm penat korang bayar mahal-mahal tapi takat reti bawa kete je...
Aisshhh... especially untuk pemandu pompuan, nasihat ahkak ,
tolong ar amek tahu serba sedikit pasal kete.
Belajar dengan alami sendiri kete rosak, lain dik oii..

Pape pun, moga sesape yang tengah nak amek ujian memandu, moga lulus dengan cemerlang ye!!
Good Luck!

Nota Jemari: belajar dari pengalaman... 

4 comments:

  1. Ahkak juga adalah yg agak ketinggalan ambik lesen. Paling stress bila kat traffic light dan berada di depan sekali.masa lampu ijau tu, punyalah panic, nak msk gear clutch semua, kerap enjin mati trus 🤣🤣, skrg gohead auto je, manual...? Tah msh reti ke tak 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe skrg mesti dh expert kan!! Berdesup je bila drive 😝

      Delete
  2. tetiba tekenang kenang masa mula2 belajar drive dulu hehe

    ReplyDelete
  3. Sama juga aku, aku kena kete nissan , gear keras macam kayu..
    Lepas tu test pakai kancil, pun sama keras macam balak..aishhhh untung bdk skrang kan Axia ada, myvi ada..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com