Monday, November 19, 2018

Selamat Tambah Umur, SISLIN!!!

Dia ibarat kakak..
Dia ibarat ibu..
Dia juga sahabat..

Dia sabar mendengar..
Dia banyak memberi nasihat.
Dia juga rajin menegur.

Dia peneman yang setia..
Dia kuat makan..
Dia adalah Dia.

Ku kenali mula nya di alam maya.
MSJBOX dan dan blog menyatukan kamie.
Alhamdulilah persahabatan yang terjalin sejak 10 tahun lepas masih masih lagi utuh.

Tak ingat dah bila kali pertama ajak dia gi bercuti sesama. Rasa cuti ke luar ini yang pertama kali kot jejak ke Batam.

Pastu tahap keterujaan kita up bercoti jauh sket la kan.. kita sehati sejiwa ke Busan, Korea.

Tempat kegilaan orang, akhirnya kita jejak juga di bumi Seoul, Korea. 

Sempat juga kita menyinggah ke bumi Vietnam. Alhamdulilah. 

Ke bandung udah juga kita sampe.

Yang terbaru kita sesama ke bumi Hong Kong. Insyallah banyak lagi tempat bakal kita jejak sesama. Dengan izinNya, tanpa halangan dan rezeki terlebih, mana tau kita dapat pulak jejak ke negara-negara yang besar lagi.

Bercuti tak semesti ke luar negara kan. Ke Genting bersama pun kita udah jejak. Malah kita pernah bersama-sama dengan geng MSJBOX berkhemah di Sedili. Blogger msia dan spore bersatu ketika itu. Sangat happening kan waktu itu.

Part makan x dinafikan, memang sangat berbaloi bawa 'kakak' ni makan. Memang sangat kuat makan. Hahahaaa.....

Bagus kakak ni tak suka membazir. Jadinya memang kalau rasa-rasa tak bole nak abis, kita soh je kakak ni sape sampai licin. Alhamdulilah insyallah kakak ni memang x x rkira sangat bab-bab makan. 

Insyallah moga bertambah lagi murah rezeki kakak ni ngan laki nya. Dedua pun tak pernah lokek untuk berbelanja.

Kakak oo kakak, kita dah lama lak berboling dan dan karok kan. Agak-agak kita masih boleh menyumbangkan lagu lagi tak? Hahaha...

Apa pun yang kakak buat..
Dimana pun kakak berada..
Kita nak wish kat kakak

Selamat Hari Lahir, SISLIN
yang ke 40an...
Moga kakak sekeluarga dilimpahi rahmat dan sentiasa dilindungi olehNya. Bertambah rezeki kakak sekeluarga dan paling penting, apa jua rintangan, cabaran dan suka duka, kita tetap jadi kawan selamanya k!!!

Sayangggkakak

Nota Jemari: tahun ni hadiah sekadar mampu kekalkan sebuah persahabatan­čśŹ

5 comments:

  1. Weiii baru perasan enti ni oii..
    Hahaha aje gile gambo lelama aku tu, kurus nak mampos hahahaha...

    Btw terima kasih Retna..awak sentiasa ada bersama saya ketika senang dan susah ..
    Bila nk ke Jb ni oii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha harap kita dapat kawan selamanya walau kadang ada ribut dan taufan dalam friendship..hope x de la smp terputus silatutahim kita ye..

      Memang nak turn jb tp lately ni tak de semangat la nak ke selatan... ­čśé

      Delete
    2. Aaamiinn..insyaAllah..sahabat selamanyaa..
      Takpe tunggu urusan ko settle okay, nanti baru turun JB..

      Aku tak lari kemana hahahaha

      Delete
  2. hahahahhah...kemain oii kakak tu makan gambar tudung merah tu..hahahah

    ReplyDelete

  3. https://tvskybox.com
    7500 iptv channels only 5 euro/usd
    /europe/usa/asia/arabic/latino/russian channels....

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.