Assalamualaikum,

Hampir sebulan tak bersiaran. Alhamdulilah baru sahaja selesai urusan pembedahan tonsil pada 4 Disember yang lalu. Asalnya pembedahan ni sepatutnya dilakukan pada bulan November tapi camne ntah doktor yang merawat ako boleh terlupa nak masukan nama ako dalam list patient untuk dibedah. Dah la ako excited n dah ready masa datang check up awal November tu. Alih-alih bila cancel, adoi berdebor balik ahkak nak tunggu bulan akan datang nya tu.

Banyak betul halangan ako nak bedah tekak ni. Awal Disember iaitu pada 3 Disember, ako datang check up balik dengan Dr Aminuddin di KPJ Ampang. Hahaha nak tau tak?! Sekali lagi Doktor Amin terlupa nak masukkan nama ako dalam list patient dia untuk pembedahan. Adoiii la doktor oiii... berderau ahkak Ok!! Nak marah ke nak nangis? Tapi nasib la lepas bincang-bincang, ako cakap kat doktor, nak juga bedah sekarang! Ater ako dah ready weii dari segi mental especially nya. Takkan nak tangguh lagi kan. Nasib la doktor pun leh bawa bincang. So finally, nama ako tersenarai juga dalam list pembedahan pada esok nya. (walaupun ekceli patient dia untuk pembedahan pada 4 Dis agak ramai, so bertabah je la ye..)


Maka bermula la urusan check in di KPJ Ampang Puteri. Lama juga nak tunggu giliran untuk dapat bilik. Kisahnya mostly bilik banyak yang dah penuh pada hari tu. Ako dah la tak bekfes lagi oii. Gara-gara sebelum jumpa doktor pagi tu, ako ke Maybank dulu. Punya la lama nak tunggu giliran untuk urusan di bank. Bila selesai, dah kelam kabut plak nak jumpa doktor. Pung pang pung pang, dapat register untuk warded dah pukul 12.30 tengahari. Jam 1:30 petang baru la dapat masuk bilik. Ako minta single room tapi penuh, so dapat la room berempat. So OK la juga. Masuk bilik terus nurse check suhu ngan tekanan darah. Ako tanya boleh turun gi makan tak sebab tak makan pape lagi sejak awal pagi. Nurse soh tunggu dulu sebab kata nya nak amek darah pulak.

Ermm.. ok I is redho je la. 


Sambil baca ni sambil explore ruang bilik. 






Adoiiiii... sepital ni sumer nya kaler merah u'ols!! Hahhaa... Ni nak naikkan selera makan ke hape ni?! 




Pastu ako nampak ada list menu plak kat tepi katil ni. Aiikkkkk, ini sudah bagus!! Boleh order ni tapi memula ako moskel gak. Hahaha ye la betul ke diorang siap bagi menu ni untuk order. Takut gak kot la sesape yang tertinggal menu ni ke hahaha.. takut plak ahkak ko nak gi order. Sudah nya, hanya mampu tengok je la list menu tu sambil telan air liur.. gurlpp!

Jam 2:30 petang, nurse datang lagi tuk check suhu dan Bp lagi.

"Nurse, bila nak amek darah ni? Saya dah lapar!"
"Tunggu ye, kejap lagi kami datang amek darah, pastu boleh la gi makan"

Hadoii yaa.... lapar gila wei!!
Gigih la menanti dengan setia.
Jam 3 petang, nurse lain plak datang amek darah.

Dia tanya, dah cucuk jarum untuk pembedahan esok?
Ako jawab belom.
Dia tanya, nak cucuk sesiap tak, so tak payah la 2 kali kena cucuk.
AKo pun setuju, sebab dah alang-alang nak amek darah, better terus cucuk sekali untuk esok punya.
Makna nya, sepatut nya amek darah kat lengan kan, tapi sebab alang-alang kena cucuk lagi kat tepi ibu jari, baikla buat sekali gus. Prepare sesiap jarum cucuk kat tepi jari.

TAPIiiiiii...... hahahahadoiiii nurse x jumpa urat plak kat tepi jari ni.
PAP!! ako dah tepuk dahi dah. Ni konpom kena cucuk 2 kali gak ni.
Akhirnya, sah, memang dia x dapat nak buat kat jari, so dia amek je darah macam biasa kat lengan.
Nasib la tak sakit Cik Nurse oii...
Nasib la awak pun lembut lembut je cakap ngan kita.
Kalau awak kasar-kasar, konpom kita guling guling nangis kat situ juga.
Hahahaha.

Setel urusan amek darah & air kencing.

"So dah boleh turun dah ke cari makanan?"
"Boleh tapi make sure balik sebelum 3:30 ye sebab nak buat ECG plak"

Ako tengok jam dah 3:15 petang, aiyo 15 minit je nak makan.
Asalnya ako nak gi makan kat kedai depan sepital tu hahhahaa..
Dah masa pun dia bagi just 15 minit je, maka nya ako tapau je la roti kat cafe bawah sepital.

Tepat jam 3:30 petang, nurse lain plak datang.
Bawa gi check ECG.
Kejap je pun urusan ECG ni, dah petang-petang, tak ramai patient menunggu pun.

Setel! Fuh lega, so dah boleh rest, lelap mata jap.


Jam 7 malam, dinner. Ermmm... Aiyo ako tau ar tekak ako sakit tapi awat la lauk nya tawar sangat weii... Dapat pulak sayur bayam ke sawi tu , memang ahkak tak makan la gamak nya. Minum yakult je la jawab nya.

8:30 malam ako dah lapar balik. Tambah plak tekak rasa tak sedap sangat. Turun bawah cari makan.
Yang ada kedai roti je la buka lagi.



Ha hamekkk selera besar ahkak ko ni. Tak padan ngan sakit tekak hahaha..
Tapi sebab tekak rasa payau n semacam, dapat makan mende manis ni sangat la nikmat walau nak menelan nya sangat la payah.

Tengah gagah melantak sambil baring-baring tengok tibi, tetiba pakar bius datang melawat jam 9:15 malam. Tersedak ahkak uhukk...

Dia just bagi brief sket apa yang akan berlaku esok masa bedah.
Bla bla bla... bagi tips...
Ok doc, sambil angguk angguk tanda paham.
Doc tanya,

"Boleh tido tak malam ni? Selesa tak?"
"Bantal Ok?"
"Katil Ok?"

"Eh ok ok semua nya OK, insyallah saya pasti dan konpom, saya akan tido nyenyak!"

Cuma saya takut orang keliling tak leh tido dengar dengkuran saya malam ni muahahahaha..
(nasib laaaa......)

Doc gelak je dan berlalu pergi.

Dan malam tu seperti yang dijangka, memang ako tido dengan dengkuran yang kuar ako PASTI!!
Dan ako ada juga terjaga-jaga sebab patient depan ako asyik batuk tak henti-henti.
Dan patient sebelah ako asyik merengek "sakit! sakit!"
So, its FAIR la kan, apa la sangat dengkuran ako malam tu!!

Haa nite! Sambung citer esok pagi nya...

Nota Jemari: Pengalaman kedua bermalam di sepital