Jam 2:30 pagi nurse datang lagi.
Jam 3:30 pagi, nurse datang lagi suruh breakfast.
Jam 4:00 pagi dah kena start puasa.
Makan roti je ngan air milo panas. Alhamdulilah, jadi laa kan.
Jam 6:00 pagi, nurse datang tanya ako nak tukar bilik single tak?
Ha, ako apa lagi, setuju aje!
So, pack barang, sesiap ala kadar, nurse soh ako baring atas katil je, nanti derang sorong.
Eeeee tak pe la adik nurse, ahkak ko masih sihat dan boleh jalan lagi. :p
Alhamdulilah, senang ako nak bergolek sakan. Walaupun ako ni agak seriau gak nak tido sengsorang kat bilik sepital tapi sebab kan kesian ekceli kat patient-patient sebelah menyebelah, maka nya ako pun bertukar la bilik sorang-sorang.
8:00 pagi assistant doktor Amin datang bagi brief sket procedure nak bedah nanti.
Lepas tu bermula la penantian ako menunggu giliran untuk dibedah.
Ako kan start puasa jam 4 pagi, patut nya lepas 6 jam dah boleh dah masuk bilik bedah.
Tunggu punya tunggu, setiap 2 jam, berlainan nurse dok datang jenguk, tanya macam-macam. Soh sabar ye, sebab doc utamakan patient kanak-kanak dulu. Baik la ahkak tak kisah, janji tekak akak kena potong arini juga ye. :D Nasib la masa ni kakak ako datang jadi peneman kejap, so takde la buhsan sangat.
Lepas sorang, sorang nurse datang jenguk.
Cleaner plak datang bersihkan bilik.
Tukang hantar makanan plak datang jenguk.
"saya puasa kak!"
Pastu jam 2 petang, nurse datang check tekanan darah.
Tepat jam 3:10 petang, nurse datang lagi.
"Ok dah boleh tukar baju ye. Kita ke bilik OT"
Yeayyy, akhirnyaaaa!!!
Rasa nak melompat ahkak masa tu hhaha...
Nurse sorong katil ke bilik OT.
Masa ni kan hahaha ako ada lah fefeling cam drama tu oiii....
Sepanjang jalan tu kan ako baring so konpom la kita tengok ke atas bumbung je kan.
Perghh masa ni dalam hati terdetik dah, "ooo cenggini ghopenya feel kena sorong gi bilikbedah."
Hahaha... pening plak ako tengok sebab tengok sumer pun putih je kan.
OK dah sampai dah depan bilik OT, masa ni kakak ako just bole ikut sampai depan bilik ni je.
Dah check sumer procedure, maka nya kita pun kena la tukar katil yang lebih kecik sket dan terus dia sorong ako masuk ke ruang menunggu.
Masa kat ruang menunggu ni, ako dah gelisah dah.
Bukan gelisah sebab takot ke hape.
Tapi korang bayangkan ye, dari jam 3:30 petang sampai la ke jam 6 petang, ako masih setia menunggu kat ruang tu. Dah tak terkira dah berapa kali ako tido bangun tido bangun. Patient sebelah ako yang sesama menunggu pun dah masuk bilik bedah. AKo???? Masih setia kat situ... krohh kroohh. Akhirnya datang sorang nurse india approach ako,
"Lama ye tunggu. Sorry ye banyak patient arini" .. sambil senyum, sejuk sket hati ahkak ni, Lega akhirnya dapat gak masuk bilik bedah setelah hampir lebih 12 jam tunggu dan berpuasa oiii.
"Eh eh awat camni je ke bilik bedah nya?"
Detik ako dalam hati ...
Laaaa kecik je pun, ako bayangkan bilik bedah besar hahahah.. tengok lampu bedah tu, tengok alat-alat bedah derang tengah susun. Pastu derang masuk tiub la kan tangan. Ako perati je derang buat keje. Cekap, impresif!!
Tengok jam besar kat dinding dah dekat pukul 6:10 petang.
Doktor bius yang malam tadi datang.
"Ohh belom cucuk lagi ye!"
Sambil dia amek jarum cucuk sambil dia pesan, lepas cucuk ubat bius nanti rasa mengantuk, bla bla bla.... dia masuk 2 kali ubat, satu ubat elak loya. Ako angguk angguk, dah tak heran, hakikat nya ako memang tengah mengantuk. Tak dan ako nak dengar dia soh mengucap, ako dah Zzzzzzzzz hahahaha...
Tapi b4 ako zzzzZzz, sempat la doktor Amin datang cakap, "ok kita bedah ye, buang tonsil tu".
Ako angguk , senyum terus krohhhh... hahahaha...
Jam 7: 20 malam ako tersedar. Tu pun sebab ako mimpi yang buatkan ako terjaga tetiba.
Aisshh sonok ako mimpi weii hahahah.. pastu nampak nurse tengah monitor ako.
"Awak sakit ke?"
Ako jwab, "Tak!"
Nurse bgtau lagi, "sebab bp awak ni tetiba naik mendadak, cuba rileks -rileks je. Jangan pikir pape"
Hahah ako budget bp naik tu sebab mimpi ako tu la.
Beriyer ako dalam mimpi tu macam kena kejar hahaha...
Sengal tul la leh sempat lak termimpi-mimpi.
Jam 8 malam, ako dah leh masuk bilik.
Yeehaaa.... ako test juga la tekak ako, leh telan airliur ke tak.
Alhamdulilah, tak sakit. Maybe sebab ubat bius ada lagi kot.
Masuk je bilik, kak een dan anak-anak setia menanti dari jam 6 petang.
Tengkiu kak een...
Susah-susah je datang jenguk, pulak tu sanggup tunggu sampai ako masuk bilik.
Laaaapaaarrrr!!!
Makan bubur tapi tak boleh nak menikmati.
Payah nak menelan pulak tetiba.
Sadis nya.. Masa ni la baru terasa sedih sebab tak dapat nak makan hahaha..
Kul 9 malam, masuk ubat ke air ke...
Ntah, tapi tetiba je ako terus muntah.
Aiyo, muntah sekali ngan darah-darah kuar.
Huuuwaaaaaaa..... baru la rasa sakit yang amat.
Sebakul tisu habis ako guna.
Dah takde mood dah nak makan pape.
Dah la bubur tapi memang tak boleh nak telan.
Jam 10 malam, abin datang jenguk, tetiba windu kat si Qayyum.
Kejap je derang dapat lepak sebab lewat sangat dah.
Derang balik je, ako terus tido.
Itupun terpaksa tido duduk weii..
Oh ye lupa bgtau, ako bukan setakat bedah tekak, ako kasi cuci juga idung.
Bersihkan sinus ... kasi bakar sket daging dalam idung.
So sudah nya, ako susah nak bernafas akibat terlalu banyak sangat kahak tersekak kat tekak dan idung tersumbat. Tak lena tido bukan sebab sakit tekak lepas operate tapi sebab tak puas tak dapat buang kahak yang banyak kat dalam tekak.... huuwaaaa!!!
Malam tu terpaksa tutup aircon, tegak kan katil.
Dan tido dalam suasana suam-suam kuku.....
Nota Jemari: Nikmat menelan tu hilang sekejap aje...
15 Comments
Seramm kita baca..
ReplyDeleteSiann awak, maafin sama aku ya tidak dapat melawat kamu ..
Moga lepas ni kedengkurannya tidak kuat lagi dan hidungmu selesa ya ...
*apa bahasa indon plak ni hahahaha
Hahaahaa.. ko buat lawak lak lin... Aku pun dh bc style indon dah ni haha..
DeleteAlhamdulilah insyallah harap dah makin sihat
uhuhuhu....camtu ek buang tonsil..seram pulak seorang sunah yang tak jadi buang tonsil...mungkin satu hari nanti, merasa macam akak jugak...
ReplyDeleteEkceli takde apa nk ditakutkan tp biasa la pestime kan, konpom kita rs tkut tp percaya la, xde pape pun .
DeleteAllah... baru baca blog. Tak tau kena operate. Yg masa whatsapp tu tak leh tido sebab sakit ke? Sorry la ngaco. Semoga terus kuat dan sihat
ReplyDeleteTak tak. Ms wasap tu sesudah operate... No worries mmg x leh tido pun time tu hehe
Deletesekarang macam mana dah sis Tonsilnya ..ok ke..
ReplyDeleteAlhamdulilah so far so good...😊
Deleteorg ckp klo opret suara jd sengau.. btul ke? brpa lama nk sembuh lpas opret
ReplyDeleteAlhamdulilah xde plk sengau.. so far saya sembuh dalam 3 minggu
DeleteSalam kak nk tnye, sebelom buang tonsil tu akak rse mcm mne,badan rse lemah tak,
ReplyDeleteSlalu sgt demam.. lidah mcm pendek je bila ckp sbb tekak dh bengkak sgt..nak telan air liur pun perit..
DeleteNak tanya,sekarang bila telan makanan rasa lapang sangat ke bila dah takde tonsil. Makan ape ye lepas operate tu nak bagi cepat sembuh?sbb anak sy next week nak operate. Umur 6 tahun
ReplyDeleteYe shenna mmg rs lapang je nak makan. Demam pun dah kurang. Cuma elakkan makanan pedas je. Ms lps operate tu, mmg bubur or eskrem je la.. slalu doktor ckp bdk2 ni cpt cpt dalam seminggu dah ok luka nya. Semoga anak sheena cepat sembuh ye. Harap bertabah seminggu dua dgn kerenah dia menahan sakit ye ☺️
Deletekat KPJ Ampang Puteri
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com