Jam 10 pagi, ako masih berselibung atas katil. Alih2 dapat sms dari sowang teman ajak jumpa. Ok la since ako pun xde pape nak buat kan. Dari ako membuta je macam semalam, ada gak pekdahnya ako kuar jenjalan arini. So, siap2 ala kadar. Tepat jam 12 pm ako dah terpacak kat umah dia. Destinasi kami adalah ke midvalley sahaja.

Member ako ni tgh preggy. Al-maklum lama kawen baru skrg ada rezeki mengandung. Alhamdulilah. Dah nama pun owang pregnant, tentu la ada sesuatu yg diidam2 nak makan. Member ako ni mengidam nak makan eskrem. Aiyoo... nak tak nak harus la turutkan juga. Memula nak makan eskrem baskin robin tapi alih2 terpandangkan satu gerai eskrem dari Itali.. tak x tahu apa jadah nama kedai tu, so TERsinggah la kami kat situ. Member ako tu teringin nak makan eskrem ceklat. Oooo staf kedai itu bg kami cuba sumer perasa tapi ako adalah sangat2 TERsuker perasa vanilla. Tambah menarek kerna ia berwarna biru. Nama eksrem itu adalah 'baby blue'.


Banyak tau eskrem nih..
Rege adalah murah sket dari baskin..
Ako rasa ini eskrem adalah 'buat sendiri' punya sbb bila di ujung2 ada rasa cam marjerin sket.

Sonok tengok dia makan. Berselera sungguh. Agak nya camni ek ghope owang mengandung yg tgh mengidam. ehehee...

Lepas makan eskrem, kami jalan2 ke Toys'rus *camne eja dier ek?* Saja jenguk2 sesuatu. Dah kata kawan ako kan tgh mengandung, so tempat2 sebegitu adalah wajib bagi mereka. Ako ikutkan ajer la. Pusing2 satu midvalley, kaki adalah sangat penat. Pewot adalah sangat lapar. Aterr ako kan x bekfes pagi tadi. Makan kat food court sebelah GSC. Manusia sangat la banyak. Puas mencari tempat tuk berlabuh akhirnya dapat juga.


Ini adalah makanan tengahari ako..
Nasi goreng kampung sama popia goreng..
Sedap.. Tengah lapar sumer nyer nampak sedap.

Dapat call dari bos..
Ooo kawan ako adalah kena ke pejabat atas urusan kerja sket..
Seb baek opis dia adalah di midvalley sahaja.

Sudah sampai situ, harus lah posing dulu depan opis dia.


Sebelum dia setelkan keje, meh kita posing2 dulu.
Oooo ako sudah lama tidak jumpa ini kawan.
So bila sekali sekala dapat jumpa, harus la bergambar sakan.
Al-maklum lepas ni ntah bila lagi dapat jumpa.
Maybe lepas dia bersalin la kot..


Sementara tunggu dia setelkan keje, ako layan perasaan depan tibi dulu..
Sangat buhsan..
Sempat tido.. hehee..


Jam 4.30 kami pulang..
Masing2 mengidam mau minum air kelapa.
Singgah tepi jalan..
Slurpp....
Thanks Lin 4 everything..

Nota Jemari: Arini dia banjer ako... murah rezeki anak ko!!