Jam menunjukkan hampir 6.50 petang..
Keadaan masih terang walaupun senja bakal berlabuh..
Macam biasa, selesai saja rutin pulang dari opis, ako akan segera melepak di dalam bilik. Hajat di hati mau menghapdet blog tapi apakan daya kredit jaring sudah kehabisan. Maka hajat terpaksa beralih arah. Melepak di dalam bilik sambel menonton tibi.

krokk.. kreekk... gedebushh..
krekk... krookk.. gedegang...

erkk??? gurlpp!!
Debaran terasa di situ.. dag dig dug!
Oh itu bukan debaran gumbira tapi debaran ketakutan.
Apakah..??? Adakah..?? Siapakah..???
Tidakkk... tanpa membuang masa, terus saja ako menguncikan diri di dalam bilik.

Bunyi semakin kuat kedengaran.
Seolah2 'sesuatu atau seseorang' sudah berada di dalam umah.
erkk.... mengigil ketakutan tatkala mmg tiada sesiapa pun di dalam kecuali ako seorang.

Oh, tolong! Jangan insiden itu berulang kembali.
Ako gabra. Bunyi2an itu membuatkan ako fobia, trauma seketika.

Puas berpikir di dalam bilik. Lampu bilik dipadamkan. Supaya ako bole skodeng 'sesuatu atau seseorang' itu melalui lobang pintu. Tapi x berapa jelas. Bertambah2 ketakutan. Sms dengan sesape sahaja. Ooo... akhirnya kakak ako menelefon. Abg ipar sudah membuat panggilan ke 'Rakan Cop'. Dan pihak polis juga ada menelefon menanyakan keadaan ako ketika itu. Selagi mereka tidak sampai, selagi itu ako masih dalam ketakutan.

Jam 8.15 malam, kakak sudah berada di luar umah.
Phewww lega sket.
Setelah memastikan keadaan sekeliling selamat, baru ako berani kuar dari bilik. Harus la kami berdua pun masih ketakutan selagi polis tidak tiba di umah. Jam 8.30 polis pun sampai. Segera ako melaporkan apa yg terjadi. Rondaan sekeliling umah dibuat. Segala ceruk, ruang, bawah katil diperiksa. Ada kemungkinan 'seseorang' dalam usaha baru hendak masuk menceroboh. Aiyakk.... tapi sbb maybe ako sempat sms jiran sebelah soh buka lampu umah dia dan jenguk umah ako dari umah mereka, maka niat 'seseorang' itu x kesampaian.


Mengikut keterangan polis tersebut, baru minggu lepas satu kejadian pecah umah berlaku kat area umah ni juga. Terdapat 5 orang india berjaya msuk dan hampir mencederakan tuan umah. Ohh tidakk, ako sangat2 ketakutan di situ! Tolong jauhi ako dari berlaku keadaan seperti itu.

Setelah memastikan sumer nyer selamat, baru lah mereka pulang. Lega! Cuma malam tadi terpaksa jadi 'pak guard' sekejap. Adussss... lotih nya!! Terima kasih pada encik-encik polis itu! Mereka sangat peramah, auwww!! *sempat lagi tu.. muahahaha*

Tetiba ako windu kat 'abg polis'.. huwaaaa.... eheh nak cari boipren kojer polis laa. ahakss

Nota Jemari: abg polis oo abg polis