Memang dah lama niat nak dermakan sebahagian pakaian ako kat sesape.
Tapi tu la pertama, tak tahu nak salurkan ke mana.
Kedua, malas nak mengemas pun iye juga.
Asyik la bertangguh-tangguh nak kumpulkan baju-baju tu sumer.
Malam tadi ntah semangat apa muncul, berkobar-kobar ako melipat kain baju yang rasa-rasa nak let go tu.
Bukan satu lemari tapi 3 lemari.
Sebabkan 3 gobok tu la juga kemalasan mengatasi kerajinan.
#abaikan keadaan serabut dalam lemari tu ye!
Masa dok melipat baju-baju tu, rasa sayang pun ada.
Apa taknya, ada juga baju yang ako x pernah pakai langsung sejak dibuat.
Ye la, camne nak pakai.
Masa menyiapkan baju tu, badan mengecut je.
Bila baju nya dah siap, badan ni membesar bagai johan tak henti-henti.
Hahaha... abih camno nak pakai baju baru gamaknya.
Belek punya belek, wah banyak juga baju ako dari dulu sampai skrg.
Pelbagai fesyen dan gaya.
Dari kebaya nyonya, kebarung dan baju kurug.
Tak lupa juga kain 'thai' yang kena ikat tu. (erkk korang pernah pakai x?)
Dari Perempuan ke Gaz Butik.
Malah First Lady pun ada juga.
Yang x berjenama apatah lagi.
Kain dari obersee pun nak sebut juga.
#muahahaha
Ada juga antara baju-baju tu, ako baru pakai sekali je pun.
Sebab 'meriah' sangat kot jadi cam erkk x sesuai nak pakai selalu.
Tambah lagi x pegi function memana, lagi la x tau bila masa nak pakai baju tu.
Sudahnya, x yah pikir lelama, kita kasi orang juga la ye.
Untung-untung dapat pahala bagi orang lain pakai baju baru kita kan ;-)
Ok dah SIAP!
Perghhh ni baru satu beg.
Oh ye beg tu pun ako baru pakai sekali.
Still in good condition, so ako niat dermakan juga la.
Beg banyak-banyak pun buat nyemak bilik ako je.
Korang ada pakaian yang nak didermakan?
Lagi bagus klu ada pakaian budak kan.
Coz ako rasa kebanyakkan orang mesti akan derma baju-baju dewasa je.
KLu ada, bole tanya detail kat ako k camne nak dermakan.
Email me at : anakomak6@gmail.com
Nota Jemari: Sumbangan bermula dari 19 Ogos - 6 Sep sahaja.
6 Comments
haaaaa ada kot....nanti kalau dah ada..nak pass kat retna ke??
ReplyDeletesalam...saya pun byk baju nk dermakan..tetapi xtau nk salurkan kat mane
ReplyDeleteIla,
ReplyDeleteNanti ko letak kat lam bilik BAKTI tu k... ada orang yang akan uruskan.
Siti,
Kalau betul2 serius nak derma, nanti email kita k.. Mana tau, bole deal ke kan.. ;-)
ok saya email retna k ..tq;)
ReplyDeleteassalamualaikum...saya pon nak derma pakaian terpakai..kalau di melaka kat mne ye??
ReplyDeleteAssalamualaikum,saya nak derma baju sejuk (winter jacket) untuk orang-orang Syria yang menderita kesejukan. Dimanakah saluran yang betul boleh saya hubungi?
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com