Belek-belek groupon ternampak promo ni.
Pakej lunch kat KL Tower plus dapat bertenggek kat observation deck sambel tengok-tengok hidupan laut kat dalam aquarium. Kalau tak silap sumer sekali pakej nya dalam RM78 seorang. Apa lagi, grab aje la coz rasanya dah murah dah tu.

Dan kebetulan nak ajak orang tu berdeting. Tambah lagi orang tu pun belom lagi jejak ke menara KL, makanya terbeli juga la pakej tersebut. Awal-awal dah siap warning orang tu, soh FREE kan diri pada hari kejadian. Klu tak, moncong 44 hari ako dibuatnya... *motip 44 hari kan?? hhaha



Eh korang tau kat Menara KL skrg ni dah ada akuarium?
Lebih kurang macam Aquaria tapi kecik je pun.
Bole la kalau nak bawa anak-anak tengok ikan-ikan comel.
Nak ke Aquaria tu kan mahal, so bole la singgah ke KL Tower je pasni.
Kalau x silap tiket takde la mahal sangat. Tapi sebab ako dah beli pakej sekali hari tu, makanya ako pun x pasti la harga tiket yang asal ye.

Kowang tengok je la info detail kat website KL Tower tu eh :p


Pastu kan skrg ni derang dah buat konsep ala-ala mini malaysia gitu.
Ada beberapa replika rumah-rumah kampung kat sana.
Yang ni free je la. Buhsan-buhsan, bole la lepak kat situ.


Ako punya lunch date ada lah dari jam 1:30 hingga 3:30 sahaja.
Ramai OK!!
Terpaksa nak menunggu tu yang x tahan tu.
Nak makan punya la sekejap je pun.

So far, seriously ako cakap, makanan nya xde la berapa sedap sangat. So so je la.
Ako rasa cater yang dulu tu juga yang sedap makanan nya.
Dengar-dengar KL Tower dah tukar management.
Harap-harap, pasni ada pembaikan la ye ... 

Oh ye, restoran tu xde "sky juice"...
Klu ko nak ayor masak, beli la mineral sebotol kecik harga nya RM3.

Tak sure pasni nak makan lagi ke x kat situ.
Tapi maybe bole cuba dinner nya plak kan...
Mungkin lagi sedap dari masakan lunch, mana tahu kan?!
Pape pun, terima kasih kat orang tu sebab sudi jadi lunch partner kita.
Lepas ni kita cari tempat lain plak eh untuk lunch date ;-)

Nota Jemari: .. sudah ada perkembangan dari segi 'perbualan'...