Pejam celik pejam celik dah nak habis raya kan.
Harap masih belum terlambat untuk buat ucapan raya ye.

Kami, anak-anak dan cucu-cucu arwah
Haji Mohd Yusof bin Abu Samah
dan juga
Hajah Kalsom binti Abdul Rahman
ingin mengucapkan

"Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin."



Tahun ni kami adik beradik beraya bertiga sahaja sebab adik bongsu tak balik ke KL beraya bersama keluarga mertua. Maka nya tahun ni beraya ngan anak-anak buah pun kurang 2 ahli. hahaha. Tapi yang ada ni pun dah cukup buat Nina pening kepala. 


Seperti biasa, lepas solat raya, lepas sarapan, sesi salam-salam pelok ciom sesama kita.
Yang paling excited boodak kecik ni la.
Sakan mengumpul duit raya.

Raya kami memang sederhana saja.
Lepas selesai, semua pun tukar baju, duduk depan tv.

So raya korang macam mana pula??

Nota Jemari: time-time camni la teringat kat arwah kan.. #alfatihah