Gi Jay Bee aritu kan, lepas amek si biru nina, ako suggest makan kat tempat ni. Berbelit nak nyebut nama kedai dia. Haha mula nak try tempat lain tapi yana cakap kedai yang ako nak pegi mula nya tu tak sedap. Hahaha terus gigih ako cari tempat lain.
Tup tup kluar video video kedai ni kat TT. So apa lagi terus ako tanya yana, kedai ni dia dah try ke idok. Dia cakap belum cuba tapi kebetulan MAK memang teringin nak melantak kat kedai yg tengah viral tu.
Ha apa lagi terus ako buat booking. Nasib baik tergerak nak book, tak sangka memang ramai gila manosia oii yang nak makan kat situ.
Konsep kedai ni menarik betul. Dia ada 3 tema. Yang kami dapat ni tema ala ala pokok sakura gitu.
Tak yah citer panjang panjang k.... semua menu kat situ memng sedap belaka. Seriously walau harga dia agak keras hahaha tapi berbaloi la dengan portion dan keenakkan rasa nya. Haha tapi kalau nak makan lagi lepas ni kena betul betul tunggu gaji n bonus sket la. Baru leh order banyak lagi menu menu lain 🤣🤣
Kebanyakkan menu yang kami order adalah menu pilihan ramai. Memang 100% rekomen kedai ni. Sila la cuba ye kalau korang berkesempatan je JB nanti.
Alhamdulilah tertunai hajat nak belanja besday gal walau dah belated. Semoga besday gal sentiasa dilimpahi rahmat, murah rezeki dan sihat selalu.
Untuk korang yang nak mencuba,
Ashhryshoshedap
NO 24, Nongchik Riverside,
Jalan Kolam Ayer,
80200 Johor Bahru.
Dibuka setiap hari
12 tengahari - 12 tengah malam
07 - 207 1939
Nota Jemari: kenyang...
6 Comments
Terbelit lidah nak sebut Asshryshopshedap hahahaaa.
ReplyDeleteSusah juga nak menyebut nama kedai tu 😅. Tengok suasana kedai menarik, menu makanan pun semua nampak sedap tu. Terliur tengok.
ReplyDeleteHaaa.. memang keras regenya. Kita pun sama sampai sekarang eh susah nak sebut dan eja nama kedai dia.
ReplyDeleteApa muslihatnya tu guna nama yang susah untuk disebut. Yang dalam gambar terakhir tu apa menunya? Lain macam kuahnya, macam buttery.
ReplyDeleteNampak sedap-sedap makanannya.
ReplyDeleteowner kedai ni mmg suka masak2 ..mmg follow kt IG Asshry ni tagline die shoshedap....ada baca review mmg rmi update sedap...tgk menu2 tu trus lapar la
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com