Assalamualaikum...

Sihat ke korang? Tuan tanah sihat sokmo je ni 🤪🤪 Alang alang tengah healing healing ni kan, moh la kita update status hari ini. Lama tuan tanah menyepi kan alih alih dia gi bercuti rupanya ye hahaha.

Tetiba rindu plak nak menaip ni ha. 

Dah lama rasanya nak gi jenjalan. Bizi memanjang kita ni, so bila ada kesempatan cutu wajib 5 hari ni, moh la kita pi healing healing sat. Tak jauh pun tuan tanah ke negara telen je pun. Haha dan dan dia nak g telen kan padahal telen tu kan tengah berperang ngan kemboja. Eeee tak takut ke.

Ermm tapi tu kat atas nun sana.. kita telen bahagian hok hujung hujung belah bawah teleb je pun. Arghhh xpe la hehe... so here's our trip mengejut. " Hat yai saadikapp krupp kapp kapp" 😂😂😂


Asal nak gi solo... pastu ada yang mengekor.. last last setelah ditimbang tara maka berjanji la kami bertiga.


Healing healing bersama adik-adik... yang sorang nak release dari kerja, yang sorang tu baru je bebas dari breast cancer. Maka nya ahkak yang sorang tu hepi hepi je nak bawa adik adik ni berjimba jimba. Semoga derang berdua akan rasa hepi hepi je lepas balik ke Malaysia nanti.

Actually ako dah sampai hatyai pada 1 Ogos 2025 iaitu semalam. So by the time korang baca entry hari ini (2 Ogos) bermakna sudah masuk hari ke dua la ye kami di bumi telen.

So insyallah nanti kan aktiviti dan entry seterusnya ye 🥰🥰

Hepi wiken u'ols !!

Nota Jemari: rindu korang korang hahah