ETIKA PEMAKAIAN DAN DOKUMEN
Calon yang hadir bagi sesi temu duga terbuka diminta untuk memenuhi etika pemakaian dan membawa bersama dokumen-dokument seperti yang dinyatakan di bawah:
Etika Pemakaian
- Bagi ujian kecergasan dan fizikal - pakaian dan kasut sukan
- Bagi sesi temu duga - pakaian formal
Dokumen-dokumen Penting
- Resume terkini
- Sijil akademik dan transkrip (SPM/ STPM/ Diploma) - sila bawa dokumen asal dan satu salinan
- Satu gambar terkini berukuran pasport
- Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) - sila bawa dokumen asal dan satu salinan (depan dan belakang)
- Penyata gaji tiga bulan terkini, sekiranya ada
- Kebenaran bertulis daripada majikan bagi anggota Polis Bantuan yang sedang berkhidmat
Qualifications
Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di bawah akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian dan layak ke peringkat seterusnya
Syarat - Syarat Kelayakan :
- Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun daripada tarikh temu duga dijalankan
- Berkebolehan untuk menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Pengalaman dalam bidang keselamatan adalah satu kelebihan
- Calon yang pernah berkhidmat sebagai Polis Bantuan perlu membawa salinan surat pelepasan dari majikan untuk menghadiri sesi temuduga
- Berdisplin serta boleh bekerja dalam pasukan di bawah pengawasan minimum
- Bebas rekod jenayah dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah
- Sihat mental dan fizikal
- Sekiranya terpilih, calon akan tertakluk kepada pertukaran antara cawangan di seluruh Malaysia berdasarkan keperluan Jabatan dari semasa ke semasa
- Penempatan dan pelantikan adalah berdasarkan kekosongan dan keperluan Bank
- Boleh bekerja mengikut syif, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum
- Calon yang lulus Ujian Kelayakan Fizikal dan Ujian Bertulis sahaja akan ke proses temu duga
Kelayakan Akademik:
- Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris.
Kelayakan Fizikal:
- Ketinggian minimum (tanpa menggunakan kasut) = 164 cm
- Berat badan minimum = 51 kg
- Ukuran dada = sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) / 86 cm (semasa menarik nafas)
- Indeks jisim badan (Body Mass Index - BMI) = 19 hingga 26
- Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak rabun warna
Faedah Kemudahan:
- Pakej gaji dan manfaat elaun yang kompetitif
- Pakaian seragam tugas disediakan
- Peluang untuk menghadiri pelbagai kursus dan latihan
- Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan
- Kemudahan rawatan perubatan termasuk tanggungan
- Perlindungan Insurans Nyawa dan Kemalangan
- Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya
- Peluang untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dengan peluang penempatan kerja di premis-premis Bank Negara di seluruh Malaysia
Nota*: Faedah dan kemudahan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan tanpa sebarang pemberitahuan
Mohon sekarang klik sini.


0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com