Eka baru balik dari Ho Chi Minh. So dia nak pass souvenir untuk ako dan Eta. Tapi Eta ada kat Penang Jumaat aritu dan terus terbang ke JB. Hari ni Eta balik dari JB ke KL naik flight. Maka nya kami (ako dan Eka) pun plan la pickup Eta di KLIA.
Flight Eta landed dalam jam 1:25 petang.
Ako pick up Eka di Bukit Jalil then terus shoot ke KLIA. Dalam perjalanan memang banyak story. Al maklum rasa nya macam berbulan gak kitorang tak lepak sesama 😅
Sampai KLIA jam 1:50 petang camtu, terus kami ke cyberjaya untuk lunch. Hujan selebat lebat nya dalam perjalanan tu.
Ako cakap lunch area cyber tapi tak tau nak makan kat mana. Last² sebab hujan kan kita masuk je la Tamarind Square.
Liz Rashid - Dapur Pramugari.
Hahaha kemain kan nama kedai nya😅😅
Kata nya dah lebih 20 tahun beroperasi.
Ok , jom la kita cuba!
Kedai dia comel je.
Kecil sangat.
Bahagian dalam ada 2 meja untuk 4 seated.
Bahagian luar ada la dalam 3 meja untuk 6 seated tak silap.
Owner dia peramah gila. Orang selangor tapi mostly menu ke arah johor style.😅😅
Antara speciality kuih koci & pulut panggang katanya. Koci ni ada 2 jenis inti, kelapa yg biasa tu dengan inti labu. Ako suka inti labu sebab dia lagi moist dari yg inti biasa. Dan ako pun first time try koci inti labu hahaa.. ok la xde beza sangat rasa nya kat tekak ako😅
Kuih Sumsum ni makan sejuk² memang nikmat. Favorite ako ni, dulu arwah mak memang suka buat sum² ni. Kat situ sum² nya just nice. Tak terlalu manis dan isi yang putih tu pun rasa sedap cair di mulut 🤪
Pulut panggang ni bagi ako tak umph sangat sebab texture dia x sama macam ko bakar atas tapi. Tapi untuk korang yang x suka rasa kerak kerak hangus tu maybe yang ini kira ok la kot kan. Pulut dia memang tebal, isi nya tak silap macam rasa udang kering.
Laksa Johor....
Laksa utara...
Ok dedua pun ok la untuk tekak ako. Both Eka & Eta punya tekak kata ok la bole telan haha siot tau, al maklum dedua pun johorean kan so saja la ako soh derang bagi feedback.
Macam nasi lemak 😅😅 lauk dia ayam masak merah kot.. tapi yang ini memang sedap! Terasa kepedasannya tu. Puas makan 😜
Longan honey with sea coconut. Ini minum sejuk² memang melegakan tekak.
Ako order teh o ais je, member order latte ice.
Overall, makan kat situ ako kasi 7/10 laa...
Untuk korang yang nak try, boleh la ke Liz Rashid - Dapur Pramugari di Tamarind Square. Boleh search, senang je nak cari kedai nya kat level ground je pun😉
As penutup, tengkiu Eka totebag ni memang best! Dah lama gila tak gi HCM.
Tengkiu juga kat ETa yang baru minggu lepas balik dari umrah. Air zam² & kurma tapi alhamdulilah habis dah semua nya 😅😅
Nota Jemari: rezeki🤲















0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com